Monday, December 15, 2014

Sirrul Asror - Taubat 01 langkah pertama

Tahap-tahap dan peringkat-peringkat
perubahan kerohanian telah pun disebut.
Perlu ditegaskan
bahawa setiap peringkat dicapai terutamanya
dengan taubat.

Taubat bolehlah dipelajari caranya
dengan orang yang mengetahui
cara berbuat demikian
dan yang telah sendirinya bertaubat.

Taubat yang sebenar dan menyeluruh
merupakan langkah pertama di dalam perjalanan.

“(Ingatlah) tatkala orang-orang kafir itu adakan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan jahiliah. Lalu Allah turunkan ketenteraman atas rasul-Nya dan atas mukmin. Dan Dia wajibkan mereka (ucapkan) perkataan menjaga keselamatan (taubat) kerana mereka lebih berhak dengan itu, dan memang (mereka) ahlinya, dan adalah Allah mengetahui tiap sesuatu”. (Surah Fath, ayat 26).

Rujukan:
http://tamansufi.tripod.com/asrar08.html

No comments:

Post a Comment