Friday, January 30, 2015

Sirrul Asror - Taubat 08. Peyesalan yang sebenar


Dalam melakukan taubat
seseorang itu mestilah mengambil perhatian
supaya
penyesalannya
tidak samar-samar dan
tidak juga secara umum
agar dia tidak jatuh
ke dalam ancaman Allah:
“Tidak kira berapa banyak mereka bertaubat mereka tidak sebenarnya menyesal. Taubat mereka tidak diterima”.

Friday, January 23, 2015

Sirrul Asror - Taubat 07. Tujuh proses bertaubat

(1)
Mula-mulanya kamu mesti bebas
daripada ego kamu
yang mengheret kamu kepada kejahatan.

(2)
Kemudian kamu akan mula
memiliki suara hati yang belum penuh,
walaupun kamu masih belum bebas
sepenuhnya daripada dosa.

(3)
Kamu akan memiliki perasaan
mengkritik diri sendiri – tetapi
ia belum mencukupi.

Kamu mesti melepasi tahap tersebut
kepada peringkat di mana
hakikat yang sebenarnya
dibukakan kepada kamu,
kebenaran
tentang benar dan salah.

(4)
Kemudian kamu akan berhenti
melakukan kesalahan
dan akan hanya melakukan kebaikan.

Dengan demikian
diri kamu akan menjadi bersih.

(5)
Di dalam menentang hawa nafsu
dan tarikan badan kamu,
kamu mestilah melawan nafsu kehaiwanan –
kerakusan,
terlalu banyak tidur,
pekerjaan yang sia-sia –

(6)
dan menentang sifat-sifat haiwan liar di dalam diri kamu –
kekejian,
marah,
kasar
dan berkelahi.

(7)
Kemudian kamu mesti usahakan
membuang perangai-perangai ego
yang jahat,
takabur,
sombong,
dengki,
dendam,
tamak
dan lain-lain penyakit tubuh
dan penyakit hati kamu.

Cuma orang yang berbuat demikian
yang benar-benar bertaubat
dan menjadi bersih,
suci murni dan tulen.

“Sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang bertaubat dan memelihara kesuciannya”. (Surah Baqarah, ayat 222).

Friday, January 16, 2015

Sirrul Asror - Taubat 06 musuh dibawah rusuk kanan


Kemudian satu hari
selepas kembali daripada peperangan,
Nabi s.a.w berkata
kepada pengikut-pengikut baginda,
“Kita baharu kembali daripada peperangan yang kecil untuk menghadapi peperangan yang besar”.

Baginda s.a.w merujukkan kepada perjuangan dengan
ego diri sendiri,
keinginan
yang rendah
yang menjadi musuh
kepada penyaksian kalimah tauhid.
Baginda s.a.w bersabda,
“Musuh kamu yang paling besar ada di bawah rusuk kamu”.

Cinta Ilahi tidak akan hidup
sehinggalah musuhnya,
hawa nafsu badaniah kamu,
mati dan meninggalkan kamu.

Friday, January 9, 2015

Sirrul Asror - Taubat 05 Rasulullah s.a.w mengajarkan cara yang mudah


Saidina Ali r.a meminta Rasulullah s.a.w
mengajarkan kepadanya cara yang mudah,
paling bernilai,
paling cepat
kepada keselamatan.

Baginda s.a.w menanti Jibrail memberikan jawapannya
daripada sumber Ilahi.
Jibrail datang dan mengajarkan baginda s.a.w
mengucapkan “La ilaha”
sambil memusingkan mukanya yang diberkati ke kanan,
dan mengucapkan “illa Llah”
sambil memusingkan mukanya ke kiri,
ke arah hati sucinya yang diberkati.

Jibrail mengulanginya tiga kali;
Nabi s.a.w mengulanginya tiga kali
dan mengajarkan yang demikian kepada Saidina Ali r.a
dengan mengulanginya tiga kali juga.

Kemudian baginda s.a.w mengajarkan
yang demikian kepada sahabat-sahabat baginda.

Saidina Ali r.a merupakan orang
yang pertama bertanya
dan menjadi orang
yang pertama diajarkan.

Friday, January 2, 2015

Sirrul Asror - Taubat 04 La ilaha illa Llah disebut dua kali


Hatinya menjadi hidup
bila dia menerima benih tauhid
daripada hati yang hidup
kerana benih yang demikian sangat subur,
itulah benih kehidupan.

Tidak ada yang tumbuh
daripada benih yang kering
lagi tiada kehidupan.

Kalimah suci
“La ilaha illa Llah” 

disebut dua kali di dalam Quran
menjadi bukti.

“(Kerana) apabila dikata kepada mereka “Tiada Tuhan melainkan Allah” mereka menyombong. Dan mereka berkata, ‘Apakah kami mesti tinggalkan tuhan-tuhan kami buat (mengikut) seorang ahli syair dan gila?” (Surah Shaaffaat. Ayat 35 & 36).

Ini adalah keadaan orang awam
yang baginya rupa luar termasuk
kewujudan zahirnya adalah tuhan-tuhan.

“Oleh itu Ketahuilah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan mintalah perlindungan bagi buah amal kamu, dan bagi mukmin dan mukminat, dan Allah mengetahui tempat usaha kamu (di siang hari) dan tempat kembali kamu (pada malam hari)”. (Surah Muhammad, ayat 19).

Firman Allah ini menjadi panduan
kepada orang-orang beriman
yang tulen
yang takutkan Allah.