Sunday, June 17, 2012

CERAMAH SEMPENA ISRAK MIKRAJ (USTAZ REDZUAN JAMIL) 17.06.2012

 01.  Pada 17 Julai 2012 telah berlangsung Ceramah sempena Israk Mikraj. Ceramah Israk Mikraj ini telah diadakan di Masjid An-Nur Kampung Ketapang Pekan.CERAMAH SEMPENA ISRAK MIKRAJ (USTAZ REDZUAN JAMIL) 17.06.2012
 02. Ceramah Israk Mikrajini telah disampaikan oleh Ustaz Redzuan Jamil.
 03. Ramai kaum muslimin dan muslimat yang turut hadir bagi mendapatkan ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Redzuan Jamil..
 04. Menikmati jamuan.
 05. Reseki yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
06. Gembira dengan rahmat Allah SWT.

Manakala Mikraj adalah maksud naiknya Nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.Dengan ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu adalah:

1. kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda.

2. Bau harum kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya.

3. Orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Mereka dihalau seperti binatang ternakan makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada. Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain. Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir. Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka serta dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Itulah orang yang mengumpat dan menjatuhkan menghinakan orang lain.

10. Lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit dan Tak dapat masuk semula lubang itu. Itulah orang yang bercakap besar.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Itulah gambaran umur dunia yang sudah sangat tua dan menanti saat kiamat.

Link:
1. myadha.blogspot.com (peristiwa-israk-mikraj)
2. lizarazak.com (peristiwa-israk-mikraj-sejarah-agung-umat-islam)
3. norish77.blogspot.com (sejarah-israk-mikraj)
4. hans-mohd.blogspot.com (israk-mikraj-sejarah-solat-5-waktu)
5. tarbawi.my (batu-terapung-masjid-al-aqsa-dan-israk-mikraj)
6. terataksamsmel.blogspot.com (ceramah-israk-mikraj)
7. nursyahadah-iman.blogspot.com (sejarah-israk-mikraj)