Saturday, December 15, 2012

Sejarah Masjid An-Nur Kampung Ketapang

Masjid An-Nur Kampung Ketapang dapat menampung lebih 1000 orang jemaah sekaligus dengan keselesaan yang maksimum disediakan.
gambar Masjid An-Nur Kampung Ketapang

Masjid An-Nur Kampung Ketapang ditadbir urus oleh seorang pengerusi berserta 15 orang ahli jawatankuasa yang dilantik termasuk seorang bendahari, dua orang imam, dua orang bilal berserta dua orang siak yang disumbangkan oleh jabatan agama islam melalui pejabat kadhi daerah dengan bayaran elaun bulanan.

Kesemua urusan penyelenggaraan dan pengendalian aktiviti harian Masjid An-Nur Kampung Ketapang dibuat dengan ikhsan orang ramai yang amat terhad melalui kutipan tabung yang disediakan dalam masjid.

Masjid ini diklasifikasikan antara masjid yang aktif dibandar ini dengan penyediaan kuliah maghrib berterusan setiap hari untuk para jemaah memahami ilmu tauhid, feqah dan al-quran. Melalui ustaz-ustaz yang bertauliah yang dilantik khas oleh pengurusan dan pentadbiran masjid ini.

No comments:

Post a Comment