01. Al-Quran adalah Kitabullah terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran adalah senjata yang penuh dengan rahmat, ianya ibarat mata air yang tidak mungkin kering, dalamnya penuh dengan nur, hidayah, rahmat dan zikir.
02.Keutamaan Al-Quran adalah mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.
03.Allah swt memberikan ganjaran yang amat besar kepada kita yang menghampirkan diri dengan Al Quran. Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : “Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran pada hal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.” (Hadis riwayat Muslim)
04.Al Quran adalah kalamullah. Keutamaannya mengatasi segala perkataan seperti keutamaan Allah swt mengatasi seluruh makhlkukNya. Membacanya adalah amalan yang paling utama dilakukan secara lisan. Keutamaan mempelajari, mengajar dan membaca Al Quran dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari. Rasulullah saw bersabda dengan maksud “Sebaik-baik kalian adalah siapa yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya”.
05.Perlukah kita malu untuk belajar mengaji.Mungkin kita tidak berapa faham apa perasaan mereka yang mendapat merasai nikmat belajar membaca Al-Quran.
06.Di riwayat daripada Aisyah ra, katanya Rasullulah bersabda “Orang-orang yang membaca al Quran sedangkan dia mahir melakukanya, kelak mendapat tempat dalam syurga bersama sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca al Quran, tetapi dia tidak mahi, bacaanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya (belum lancar) dia akan mendapat dua pahala” (Riwayat Bukhari dan Abul Husain Muslim bin al Hujjaj bin Muslim al Qusyairi an-Nisabury)
07. Masih ramai yang masih merangkak-rangkak membaca al-Quran. Sedikit
sebanyak tentu ada rasa nak mahu turut sama menambahkan pahala dengan
membaca Al-Quraan. Tetapi membaca masih tidak lancar (gagap atau memang
tak 'reti'). Apa pun, yang lepas sudahlah jangan sebut-sebut.
Sekurang-kurangnya kita semua perlu ada azam untuk memperbaiki bacaan
al-Quran kita. Ini sudah tentu jauh lebih bagus dari pengantin baru yang
tiba-tiba mahu melancarkan semula bacaan al-Quran sempena majlis
perkahwinan.
Links:
1. hembusan.blogspot.com (belajar-membaca-al-quran-dalam-masa-23)
2. wajibtajwid.com
3. eqari.com.my
4.cahayarumahku.com (mengaji-al-quran-mengajar-belajar-dan-diajar)
5. qurandewasa.com
6. luahfikiran.blogspot.com (mari-kita-membaca-al-quran-tak-tahu)
7. lizarazak.com (perlukah-kita-malu-untuk-belajar-mengaji-di-usia-tua)
2. wajibtajwid.com
3. eqari.com.my
4.cahayarumahku.com (mengaji-al-quran-mengajar-belajar-dan-diajar)
5. qurandewasa.com
6. luahfikiran.blogspot.com (mari-kita-membaca-al-quran-tak-tahu)
7. lizarazak.com (perlukah-kita-malu-untuk-belajar-mengaji-di-usia-tua)
No comments:
Post a Comment