Saturday, June 29, 2013

Link: Keutamaan ilmu pengetahuan

Maksud dari ali imran:18;” Allah telah menyasikan bahawasanya tiada tuhan melainkan dia jua, begitu pula para malaikat dan para ahli ilmu pengetahuan turut menyasikan sama, iaitu tuhan yang berdiri diatas keadilan.”
Maksud dari az zumar:9;”katakanlah: tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pengetahuan.”
Diantara wasiat luqman al hakim terhadap anaknya ialah; wahai anakku,, pergaulilah para alim ulama dan rapatilah mereka dengan kedua lututmu, sebab allah swt menghidupkan hati dengan nur hikmat, sebagaimana dia menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit.
 
Keutamaan ilmu pengetahuan; Dari imam al ghazali [ihya ulumuddin]

Saturday, June 22, 2013

Link: Keutamaan belajar

Maksud dari at taubah122; “mengapa tidak ada sekelompok pun dari setiap golongan mereka itu, yang berangkat untuk menambah ilmu pengetahuan agama.”
Maksud dari an nahal:43;”maka tanyakanlah para ahli ilmu pengetahuan, kiranya kamu tiada mengerti.”
“menuntut ilmu itu adalah wajib diatas setiap orang muslim.”
Berkata fatah al maushili rahimahullah: bukankah sipersakit itu bila tidak diberi makan atau minum ubat, ia akan mati ,,, orang ramai menjawab: benar katamu,,, da dia berkata pula: demikian pulalah sifatnya hati, kiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari saja, akan matilah ia.
Berkata ibnu mas”ud r.a.: hendaklah kamu mencari ilmu pengetahuan sebelum ianya terangkat, dan terangkatyan ilmu pengatahuan itu dengan kematian ahli-ahlinya.

Monday, June 17, 2013

Program Solat Maghrib, Bacaan Yasin dan Tahli Memperingati Allahyarham Tun Haji Abdul Razak (3)

Gambar 12
Para jemaah begitu kusyuk ketika mengaminkan bacaan doa yang dipimpin oleh YH Dato’ Hj. Mohd Aripin b. Hj. Daud.

Saturday, June 15, 2013

Links: Keutamaan mengajar

Maksud dari At taubah:122.”hendakah mereka memberikan peringatan kepada kaumnya, apabila telah kembali kepada mereka nanti, moga-moga mereka berhati-hati.”
Maksud dari Al baqarah:146.”ada sebahagian dari mereka itu yang menyembunyikan kebenaran, sedang mereka itu mengetahui.”
Maksud dari al baqarah:283.” Barang siapa menyembunyikannya, maka berdosalah hatinya.”
“sesungguhnya allah swt. Dan para malaikatnya, begitu juga penghuni langit dan buminya, sehingga semut yang berada dilubangnya dan ikan yu dilautan, semuanya memuhon rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai.”

Monday, June 10, 2013

Program Solat Maghrib, Bacaan Yasin dan Tahli Memperingati Allahyarham Tun Haji Abdul Razak (2)

Gambar 11

Selesai membaca Surah Yassin dan bertahlil arwah sekali lagi YH Dato’ Hj. Mohd Aripin b. Hj. Daud memimpin solat Isyak berjemaah.

Saturday, June 8, 2013

Link: Berbahayanya menyendiri

Hadis dituturkan oleh ahmad dari ibnu umar bahawanya nabi saw melarang menyendiri:

“tidur sendiri dan bermusafir sendirian pula”.
(musnad,ll, halaman 91/kitab al-jihad/shahih al-bukhari,lv,halaman 80)

Dituturkan oleh al-bukhari dari ibnu umar, katanya berkata rasulullah saw:

”Kalau seandainya manusia ini tahu bagaimana berbahayanya menyendiri seperti apa yang aku ketahui, nescaya ia tidak akan mahu berjalan malam hari sendiri untuk selamanya”.(musnad,ll,halaman23,24,60,120/kitab al-adaboleh ibnu majah/sunan ibnu majah,11,halaman1239/sunan at-tarmidzi,111,halaman111)

Dituturkan oleh ahmad, dari abu hurairah, katanya:

“rasulullah saw, mengutuk kaum lelaki yang meniru wanita dan wanita yang meniru lelaki, serta lelaki yang hidup membujang yang berkata bahawa ia tidak akan  kahwin dan wanita yang melacur yang menyatakan tidak mahu kahwin pula. Juga baginda melaknat penunggang kenderaan jauh secara sendirian dan yang tidur di rumah sendirian pula”.

(musnad,ll,halaman 186/al-muwatbtba,ll halaman978/kitab al-isti”dzan)

Monday, June 3, 2013

Program Solat Maghrib, Bacaan Yasin dan Tahli Memperingati Allahyarham Tun Haji Abdul Razak (1)

Ini adalah satu lagi Program Masjid Masjid An-Nur iaitu Program Solat Maghrib, Bacaan Yasin dan Tahli Memperingati Allahyarham Tun Haji Abdul Razak b. Tun Hussein  yang juga merupakan ayah kepada Perdana Menteri  YAB  Dato’ Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak. 

Program ini juga adalah anjuran bersama dengan UMNO Bahagian Pekan dan Jawatankuasa Penduduk Zon B Majlis Daerah Pekan.

Gambar 02
Hebahan dan jemputan kepada penduduk setempat.
 
Gambar 02
Tn. Hj. Ibrahim b. Hj. Hamzah Imam 1 masjid An-Nur menyambut ketibaan Y.Bhg Dato’ Mohd Fadzli b. Mohd Kenali Pegawai Daerah Pekan.
Gambar 03
Tn. Hj. Ibrahim b. Hj. Hamzah Imam 1 masjid An-Nur menyambut ketibaan Y.Bhg Dato’ Hj. Zainal b. Pa’Wan Setiausaha UMNO Bahagian Pekan.
 Gambar 04

Gambar 04-07
YH Dato’ Hj. Aripin b. Hj. Daud Ahlijawatankuasa UMNO Bahagian Pekan merangkap Ketua Biro Agama Ajk Umno Bahagian Pekan memimpin Solat Maghrib, Solat hajat , Bacaan Yasin dan Tahlil Memperingati Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak.

 Gambar 05
 Gambar 06
 Gambar 07
 Gambar 08
Tn. Hj. Ibrahim b. Hj. Hamzah Imam 1 masjid An-Nur, Tn. Hj. Abdul Halim b. Abdul Rahman Pengerusi masjid An-Nur turut bersama-sama YH Dato’ Hj. Mohd Aripin membaca Yassin dan bertahlil.
 Gambar 09

Gambar 09-10
YH Dato’ Mohd Fadzli b. Mohd Kenali Tuan Pegawai Daerah mewakili Jawatankuasa Penduduk Zon B Majlis Daerah Pekan turut serta membaca Surah yassin bersama hadirin jemputan ,muslimin dan muslihat jemaah masjid An-Nur.

 Gambar10


Saturday, June 1, 2013

Link: Ilmu yang fardhu ain

Termasuk ilmu yang dikatakan fardhu ain itu, ialat ilmu pengetahuan yang bakal mengenal asas tauhid yang dengan nya pula dapat diketahui zat Allah dan sifat-sifatnya. 
Juga dengannya dapat dituntut cara-cara beribadah, perkara halal dan haram dalam agama  yang dibolehkan dan dilarang didalam urusan hidup seharian