Friday, April 24, 2015

Sirrul Asror - Taubat 20. Wali-wali yang menjadi guru


Wali-wali
yang menjadi guru
yang memiliki kehampiran
yang serupa dengan
Nabi s.a.w dengan Tuhannya.

Amanah dan penjagaan
terhadap ilmu ketuhanan
yang serupa dianugerahkan kepada mereka.

Mereka merupakan
Pemegang
sebahagian daripada kenabian,
dan diri batin mereka
selamat di bawah penjagaan Rasulullah s.a.w.

Friday, April 17, 2015

Sirrul Asror - Taubat 19. Golongan yang memakai baju bulu


Dalam semua itu
mereka mengikut teladan
daripada pengikut-pengikut Rasulullah s.a.w
yang terkenal sebagai
‘golongan yang memakai baju bulu’ 
yang telah meninggalkan
semua aktiviti keduniaan
untuk berdiri di pintu Rasulullah s.a.w
dan berada hampir dengan baginda.

Mereka menyampaikan khabar
sebagaimana mereka menerimanya
secara langsung daripada mulut Rasulullah s.a.w.

Dalam kehampiran mereka
dengan Rasulullah s.a.w
mereka telah sampai
kepada peringkat
di mana mereka boleh bercakap
tentang rahsia israk dan mikraj Rasulullah s.a.w
sebelum baginda
membuka rahsia tersebut
kepada sahabat-sahabat baginda.

Friday, April 10, 2015

Sirrul Asror - Taubat 18. Guru bukan Nabi.


Guru kerohanian
yang mengaku diri mereka merdeka,
menyamakan dirinya dengan nabi,
jatuh kepada kesesatan dan kekufuran.

Bila Nabi s.a.w mengatakan
sahabat-sahabat baginda yang arif
adalah umpama
nabi-nabi Bani Israil,
baginda memaksudkan lain daripada ini – kerana
nabi-nabi yang datang
selepas Musa a.s
semuanya mengikuti prinsip agama yang dibawa oleh Musa a.s.

Mereka tidak membawa peraturan baharu.
Mereka mengikuti undang-undang yang sama.
Mereka juga orang-orang arif
dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w
yang bertugas membimbing
sebahagian daripada orang-orang suci yang dipilih,
mengikuti kebijaksanaan Nabi s.a.w,
tetapi menyampaikan perintah dan larangan
dengan cara baharu yang berbeza,
terbuka dan jelas,
menunjukkan kepada murid-murid mereka
dengan perbuatan yang mereka kerjakan
pada masa dan keadaan yang berlainan.

Mereka memberi dorongan
kepada murid-murid mereka
dengan menunjukkan
kelebihan dan keindahan prinsip-prinsip agama.

Tujuan mereka ialah
membantu pengikut-pengikut mereka
menyucikan hati
yang menjadi tapak
untuk membina tugu makrifat.

Friday, April 3, 2015

Sirrul Asror - Taubat 16. Perlulah kepada guru yang matang


Bagi memperolehi suasana tersebut,
untuk membersihkan dan menyinarkan hati,
perlulah kepada guru yang matang,
yang di dalam keesaan dengan Allah,
yang disanjung dan dimuliakan oleh semua,
dahulu dan sekarang.

Guru berkenaan mestilah telah sampai
kepada makam kehampiran dengan Allah dan
dihantar balik ke alam rendah oleh Allah
untuk membimbing dan
menyempurnakan mereka yang layak
tetapi masih mempunyai kecacatan.