MASJID adalah rumah Allah untuk beribadat kerana itu kesucian dan
kemuliaannya hendaklah dipelihara. Segala amalan atau perkara yang
dianggap boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid tidak boleh
dilakukan di dalam masjid.
Masjid juga bukan untuk tatapan dan ibadat sembahyang pada hari dan
waktu tertentu saja. Sebaliknya, ia adalah pusat dan nadi kegiatan
ummah, sama ada dari segi kerohanian atau keduniaan seperti kegiatan
yang menyentuh perhubungan antara manusia dan pencipta (Allah). Begitu
juga, perhubungan manusia sesama mereka sendiri dalam menguruskan hal
ehwal keagamaan, ekonomi, sosial, keilmuan dan pentadbiran negara. Ia
adalah tempat melaksanakan segala kegiatan manusia yang mencerminkan
kepatuhan dan ketaatan kepada Allah.
Al-Quran menjelaskan fungsi masjid di dalam firman-Nya yang
bermaksud: "Nur hidayah petunjuk Allah bersinar dengan nyata (terutama
sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah
supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di
situ juga dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang.
(Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan
oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati
Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari
(kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." – (surah
Al-Nur, ayat 36-37)
Dalam ayat berkenaan, tasbih atau zikir bukan hanya bererti
mengucapkan subhanallah saja, melainkan lebih luas lagi, sesuai dengan
makna yang dicakupi oleh perkataan berkenaan serta konteksnya. Sedangkan
erti dan konteks berkenaan dapat disimpulkan sebagai takwa.
Kalau dikaji dari segi bentuk fizikal masjid pada zaman Rasulullah,
ternyata sifatnya tidak seperti sifat masjid yang dibina di negeri umat
Islam pada masa kini. Pada zaman itu, masjid didirikan daripada pelepah
tamar dan atapnya daripada daun kurma dan apabila sujud debu melekat
pada dahi.
Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, langkah pertama yang baginda
lakukan ialah membina masjid. Masjid pertama yang dibina oleh
Rasulullah ialah Masjid Quba. Masjid ini didirikan secara
bergotong-royong di atas sebidang tanah kepunyaan dua anak yatim.
Keadaan masjid itu sangat sederhana, dikelilingi tembok batu bata yang
diperbuat daripada tanah liat dan berlantaikan pasir (Shalaby, Ahmad.
Perbandingan Agama Islam hlm: 77)
Ini disusuli pembinaan Masjid Nabawi di Madinah. Jelasnya kedua-dua
masjid itu dibina atas dasar ketakwaan sebagaimana yang dijelaskan dalam
firman Allah: "Janganlah engkau sembahyang di masjid itu (yang dibina
oleh orang munafik) selama-lamanya kerana sesungguhnya Masjid Quba yang
didirikan atas dasar takwa dari mula (wujudnya), (maka) sudah sepatutnya
engkau sembahyang padanya..."– (Surah Al-Taubah, ayat 108).
Setiap masjid seharusnya memiliki landasan dan fungsi berkenaan.
Itulah sebabnya Rasulullah meruntuhkan bangunan kaum munafik yang juga
disebut sebagai masjid dan menjadikan lokasi itu tempat membuang
sampah-sarap. Ini kerana bangunan itu tidak menjalankan fungsi masjid
yang sebenarnya iaitu ketakwaan.
Masjid tidak dilihat dari segi peranannya yang khusus saja, malah
dari segi pembangunan dan perkembangan ummah seperti yang pernah
dilakukan pada zaman Rasulullah dan sahabat.
Di antara fungsi masjid pada zaman Rasulullah ialah:
l Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah.
l Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam.
l Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu
pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak.
l Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat.
l Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam. Ada sahabat yang menyampaikan syairnya dalam masjid.
l Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam.
l Tempat letaknya Baitulmal negara.
l Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu.
l Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari
lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira
kedudukan dan keturunan.
l Tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytiharan
pelantikan khalifah (Abu Shuhbah, al-Sirat Nabawiyyat Fi al- Qur'an Wa
al-Sunnat jld: 2 hlm: 31).
Antara sebab masjid pada zaman silam mampu berperanan sedemikian luas ialah:
l Keadaan masyarakat yang bersatu padu dan berpegang teguh kepada nilai keagamaan dan kebudayaan.
l Kemampuan pembina masjid menghubungkan aspek sosial dan keperluan masyarakat dengan kegiatan masjid.
l Manifestasi pemerintahan terlaksana di dalam masjid.
Di sesetengah masjid di negara ini, fungsi dan peranan masjid
sebagaimana pada zaman keagungan Islam dulu tidak lagi dilaksanakan.
Namun ia tidak bererti bahawa institusi masjid tidak mampu berperanan dalam hal berkenaan.
Dalam muktamar Risalah al-Masjid di Makkah pada 1975, soal peranan
dan fungsi masjid dibincang dan disepakati bahawa masjid boleh
berperanan dengan baik apabila memiliki peralatan dan ruangan yang
memadai untuk:
l Ruang solat yang memenuhi beberapa syarat keluasannya.
l Ruang khusus untuk wanita yang memudahkan mereka untuk keluar
masuk masjid tanpa bercampur gaul dengan lelaki. Ini termasuk ruang
solat dan pendidikan.
l Ruang bagi sebarang pertemuan dan bilik perpustakaan.
l Ruang klinik dan ruang untuk memandi dan mengkafankan jenazah; dan
l Ruang untuk beriadah bagi remaja Islam.
Semua perkara ini harus diwarnai dengan keadaan fizikal bangunan
masjid, namun semestinya melaksanakan peranan masjid sebagaimana yang
disebutkan di atas. (Quraisy Shihab, Wawasan al-Qur'an hlm: 463).
Masjid adalah rumah Allah untuk beribadat kerana kesucian dan
kemuliaannya hendaklah dipelihara. Segala amalan atau perkara yang
dianggap boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid tidak boleh
dilakukan di dalam masjid.
Rujuk: bicaramuslim.com
Labels
Ajk Masjid An Nur 2012-2014
(15)
Anda suka peranan masjid dikaitkan dengan apa?
(1)
Arwah
(1)
Belajar Mengaji
(1)
Berbuka Puasa 2013
(7)
BERSAMA KOLEJ KOMUNITI PEKAN
(5)
Biro 2012-2014
(6)
Ceramah
(1)
Gotong-royong
(3)
Israq Mikraj 2013
(7)
Kami
(5)
Keputusan Undian
(2)
Khatan Quraan
(1)
Korban
(1)
Kuliah
(1)
Links
(26)
Links Laman Pahang
(13)
Maulidur Rasul 2013M/1434h
(7)
Memperingati Allahyarham Tun Razak
(7)
Pageviews by Countries
(17)
Pantun
(1)
Pegawai Masjid An Nur
(6)
Pertandingan
(1)
Popular Posts
(9)
Program 2013
(5)
Program Bicara Ilmu Mukim Pekan 1
(2)
Promosi 2014
(2)
Promosi 2015
(1)
Rombongan Masjid Nenasi
(7)
Sajak
(2)
Siri Belajar Tajwid Al-Quran
(24)
Siri Belajar Tasawuf
(22)
Siri Sirrul Asror - Taubat
(33)
Surah
(1)
Tahlil
(1)
Tarawikh
(1)
Ulasan Buku Agama Islam
(7)
Sunday, July 13, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment