Ceramah Sempena Israk Mikraj
Tarikh Diadakan
06/06/2013 ( Khamis ) Selepas Solat Maghrib
Tempat Diadakan
Masjid An-Nur Kg. ketapang Hilir
Penceramah
Al Fadhil Ust. Nor Hadi bin Sulaiman
Timbalan Khadi Daerah Pekan
Bilangan Jemaah 200 orang
11
Para muslimah tidak ketinggalan turut bersama mendengar ceramah dari Al Fadhil Ust. Nor Hadi
Kenapa Baitulmaqdis dipilih sebagai destinasi Israq ?
Baitulmaqdis adalah masjid yang kedua didirikan sebagai rumah ibadat menyembah Allah SWT. Yang pertama ialah Masjidil Haram di Mekah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
Masjid Al-Aqsa diasaskan oleh Nabi Yaakub, cucu Nabi Ibrahim. Selang masa antara pembinaan kedua-dua masjid ini adalah 40 tahun.
Abu Zar pernah bertanya kepada Nabi: "Wahai Rasulullah, masjid apa yang pertama kali dibina?" Baginda menjawab: "Masjidil Haram." Abu Zar bertanya lagi: "Lalu masjid apa?"
Rasulullah menjawab: "Al-Masjid al-Aqsa."
"Berapakah selang masa antara (pembinaan) kedua masjid ini?" tanya Abu Zar lagi.
Baginda menjawab: "Empat puluh tahun. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
No comments:
Post a Comment