Friday, August 16, 2013

Ceramah Sempena Israk Mikraj 2013 (D)

Nama Program
Ceramah Sempena Israk Mikraj

Tarikh Diadakan
06/06/2013 ( Khamis ) Selepas Solat Maghrib

Tempat Diadakan
Masjid An-Nur Kg. ketapang Hilir

Penceramah
Al Fadhil Ust. Nor Hadi bin Sulaiman
Timbalan Khadi Daerah Pekan

Bilangan Jemaah 200 orang

 Bulan Rejab dikaitkan dengan Israk dan Mikraj. Ulama masih berbeza pendapat menentukan tarikh pasti terjadinya peristiwa tersebut. Imam Al-Nawawi sendiri memiliki dua pendapat yang berlainan. Dalam kitab al-Raudah, beliau menegaskan bahawa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Sementara dalam kitab Fatawanya, beliau mengatakan peristiwa itu berlaku pada 27 Rabiulawal.

 Malam itu, Rasulullah saw berada di rumahnya di Mekah. Jibril AS dan dua orang malaikat lainnya membangunkan baginda. Mereka membawa Buraq, iaitu seekor haiwan yang lebih kecil daripada kuda, lebih besar daripada keldai. Satu langkahnya sejauh mata memandang.
 Rasulullah SAW menunggangi Buraq menuju Masjidil Aqsa. Setibanya di masjid, baginda mengikatnya di pintu masjid. Seterusnya baginda masuk ke dalam masjid dan melakukan solat tahiyatul masjid dua rakaat.



05-10
Para jemaah begitu khusuk mendengar ceramah dari Al Fadhil Ust. Nor Hadi.

No comments:

Post a Comment