Saturday, September 12, 2015

ANU SYIRWAN@(RAJA FARSI

dalam satu cerita berkenaan ANU SYIRWAN@(RAJA FARSI), dimana beliau mempunyai seorang guru yang mengajar ilmu adab kepadanya sehingga ia menjadi masyhur dalam ilmu itu.
pada suatu hari guru tersebut memukulnya dengan ketiadaan dosa (tiada kesalahan) lalu ia menyimpan marah didalam hatinya.

maka takala beliau menaiki tahta kerajaannya beliau berkata kepada gurunya, apakah yang membebankan engkau sehingga memukul aku pada hari sekian-sekian dengan kezaliman jua.
maka kata gurunya:'takala itu aku lihat engkau sangat menggemari ilmu dan aku harap engkau memiliki kerajaan selepas bapa engkau, maka aku kasihkan engkau, lalu aku rasakan kepada engkau kezaliman supaya engkau tidak berbuat zalim kepada seseorang. maka berkata anu syirwan:"elok,elok".

dari kitab (munyatul musolli/oleh,shekh daud abdullah al-fathoni)

Anonymous
on 3/19/15

No comments:

Post a Comment