Friday, February 6, 2015

Sirrul Asror - Taubat 09. Mencabut akar taubat


Ini ditujukan kepada mereka
yang hanya mengucapkan kata-kata taubat
tetapi tidak tahu sejauh mana dosa mereka,
malah tidak mengambil tindakan
pembaikan dan pencegahan.

Itulah taubat yang biasa,
taubat zahir
yang tidak menusuk
kepada punca dosa.

Ia adalah umpama
orang yang cuba menghapuskan rumput
dengan memotong bahagian di atas tanah
tetapi tidak mencabut akarnya
yang di dalam bumi.

Tindakan yang demikian
membantu rumput untuk tumbuh
dengan lebih segar.

Orang yang bertaubat
dengan mengetahui kesalahannya
dan punca kesalahan itu
berazam tidak mengulanginya
dan membebaskan dirinya
daripada kesalahan itu,
mencabut akar pokok
yang merosakkan itu.

Cangkul yang digunakan
untuk menggali akarnya,
punca kepada dosa-dosa,
ialah pengajaran kerohanian
daripada guru yang benar.

Tanah mestilah dibersihkan
sebelum ditanam pokok orkid.

“Dan Kami bawakan perumpamaan kepada manusia supaya mereka memikirkannya”. (Surah Hasyr, ayat 21).
“Dia jualah Penerima taubat hamba-hamba-Nya dan mengampunkan dosa, dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Surah Syura, ayat 25).

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan amal salih, maka mereka itu Allah tukarkan kejahatan mereka dengan kebaikan kerana adalah Allah itu Pengampun, Penyayang”. (Surah Furqaan, ayat 70).

No comments:

Post a Comment