Friday, February 27, 2015

Sirrul Asror - Taubat 11. Taubat orang mukmin sejati


Orang mukmin sejati,
hamba Allah yang tulen,
berada di dalam suasana
yang jauh berbeza.

Mereka berada pada
makam makrifat
yang jauh lebih tinggi
daripada makam orang awam
yang paling baik.

Sebenarnya bagi mereka
tidak ada lagi anak tangga
untuk dipanjat;
mereka telah sampai
kepada kehampiran dengan Allah.

Mereka telah meninggalkan
kesenangan dan nikmat dunia ini
dan menikmati kelazatan alam kerohanian –
rasa kehampiran dengan Allah,
nikmat menyaksikan Zat-Nya
dengan mata keyakinan.

Friday, February 20, 2015

Sirrul Asror - Taubat 10. Taubat orang awam


Ada dua jenis taubat,
taubat orang awam dan
taubat orang mukmin sejati.

Orang awam berharap
meninggalkan kejahatan
dan masuk kepada kebaikan
dengan cara mengingati Allah
dan mengambil langkah usaha bersungguh-sungguh,
meninggalkan hawa nafsunya
dan kesenangan badannya
dan menekankan egonya.

Dia mesti meninggalkan keegoannya
yang ingkar terhadap peraturan Allah
dan masuk kepada taat.
Itulah taubatnya
yang menyelamatkannya
dari neraka dan
memasukkannya ke dalam syurga.

Friday, February 13, 2015

Sirrul Asror - Taubat 10. Taubat yang diterima


Ketahuilah
taubat yang diterima
tandanya ialah
seseorang itu tidak lagi jatuh
ke dalam dosa tersebut.

Friday, February 6, 2015

Sirrul Asror - Taubat 09. Mencabut akar taubat


Ini ditujukan kepada mereka
yang hanya mengucapkan kata-kata taubat
tetapi tidak tahu sejauh mana dosa mereka,
malah tidak mengambil tindakan
pembaikan dan pencegahan.

Itulah taubat yang biasa,
taubat zahir
yang tidak menusuk
kepada punca dosa.

Ia adalah umpama
orang yang cuba menghapuskan rumput
dengan memotong bahagian di atas tanah
tetapi tidak mencabut akarnya
yang di dalam bumi.

Tindakan yang demikian
membantu rumput untuk tumbuh
dengan lebih segar.

Orang yang bertaubat
dengan mengetahui kesalahannya
dan punca kesalahan itu
berazam tidak mengulanginya
dan membebaskan dirinya
daripada kesalahan itu,
mencabut akar pokok
yang merosakkan itu.

Cangkul yang digunakan
untuk menggali akarnya,
punca kepada dosa-dosa,
ialah pengajaran kerohanian
daripada guru yang benar.

Tanah mestilah dibersihkan
sebelum ditanam pokok orkid.

“Dan Kami bawakan perumpamaan kepada manusia supaya mereka memikirkannya”. (Surah Hasyr, ayat 21).
“Dia jualah Penerima taubat hamba-hamba-Nya dan mengampunkan dosa, dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Surah Syura, ayat 25).

“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan amal salih, maka mereka itu Allah tukarkan kejahatan mereka dengan kebaikan kerana adalah Allah itu Pengampun, Penyayang”. (Surah Furqaan, ayat 70).