Basikal racing jenama Mazona Shimano Durace/Ultegra/105 dengan tayar tubless dan padel sarung/sangkar jenama Shimano 600 yang orang dan tak pakai. Menggunakan fork carbon fiber serta guna handel leper. Hub zipp emas dan tayar tubless. Mazona Shimano ini telah dijual.
Hobi mengayuh basikal ada falsafah yang boleh menjadi pegangan hidup kita. Rahsia ini tidak tercungkil jika kita tidak perasan bahawa mengayuh dan hidup ada persamaan. Untuk mengayuh basikal kita perlu mampu imbangkan badan. Untuk meneruskan hidup yang sempurna kita harus mampu imbangkan fokus kita. Untuk maju dalam kerjaya dan perniagaan kita harus mampu membuat keputusan yang seimbang. Untuk menjadi pemimpin juga kita perlu imbangkan perwatakan kita.
Mengayuh basikal mengajar kita supaya mengayuh dengan seimbang antara kaki kanan dan kaki kiri. Tangan juga perlu seimbang antara tangan kiri. Tetapi ada masanya kita akan mengurangkan pegangan tangan salah satu tangan. Kadang-kadang kita mampu mengayuh basikal dengan melepaskan kedua tangan.
Begitu juga dalam kehidupan. Cakap-cakap orang yang baik dan buruk kita harus mampu membuat tindakan yang seimbang. Jika kita condong sebelah pihak sahaja maka kita akan mengayuh dengan sebelah kaki sahaja. Ada juga yang mempunyai 'skill' untuk mengayuh sambil 'lepas tangan'. Jika, kita telah mempunyai bakat dan kemahiran dalam satu-satu keadaan kita mampu membuat keputusan secara 'lepas tangan' juga tetapi haluan hidup tetap lurus. Kita tidak tersungkur. Basikal tidak rosak dan kehidupan kita tidak rosak.
Mengayuh basikal juga perlua ada rentak. Ada masa kita kayuh santai ada masa ketika melintas lampu isyarat kita kena pecut lebih laju. Ada masa kita terpaksa mengayuh selaju-lajunya kerana telah ditinggal jauh oleh kawan atau dijekar anjing gila.
Begitu juga dengan kehidupan. Bukan semua keputusan dan tindakan kita perlu buat segera dan pantas. Ada keputusan perlu betul-betul cepat kalau tidak rugi. Ada pula keputusan kita perlu buat dengan perlahan dan tenang supaya tidak rugi puluh atau ratus ribu.
Basikal adalah sukan individu. Kita tidak perlukan 22 orang untuk memulakannya macam bola sepak. Kita juga tidak perlukan tempat khas untuk mengayuh macam main ping-pong. Kita boleh kayuh bila-bila kita selesa. tak boleh kayuh pagi, kayuh petang. Tak boleh petang kita kayuh malam. Kalau kita tak mampu nak kayuh belah malam (mungkin kita ada benda lain nak kayuh) kita boleh kayuh waktu subuh-subuh, terus ke surau.
BACA SELANKITNYA:
lamanbasikal.blogspot.com kayuh basikal boleh mengubah kehidupan
No comments:
Post a Comment