Labels
Ajk Masjid An Nur 2012-2014
(15)
Anda suka peranan masjid dikaitkan dengan apa?
(1)
Arwah
(1)
Belajar Mengaji
(1)
Berbuka Puasa 2013
(7)
BERSAMA KOLEJ KOMUNITI PEKAN
(5)
Biro 2012-2014
(6)
Ceramah
(1)
Gotong-royong
(3)
Israq Mikraj 2013
(7)
Kami
(5)
Keputusan Undian
(2)
Khatan Quraan
(1)
Korban
(1)
Kuliah
(1)
Links
(26)
Links Laman Pahang
(13)
Maulidur Rasul 2013M/1434h
(7)
Memperingati Allahyarham Tun Razak
(7)
Pageviews by Countries
(17)
Pantun
(1)
Pegawai Masjid An Nur
(6)
Pertandingan
(1)
Popular Posts
(9)
Program 2013
(5)
Program Bicara Ilmu Mukim Pekan 1
(2)
Promosi 2014
(2)
Promosi 2015
(1)
Rombongan Masjid Nenasi
(7)
Sajak
(2)
Siri Belajar Tajwid Al-Quran
(24)
Siri Belajar Tasawuf
(22)
Siri Sirrul Asror - Taubat
(33)
Surah
(1)
Tahlil
(1)
Tarawikh
(1)
Ulasan Buku Agama Islam
(7)
Tuesday, July 30, 2013
YA ALLAH… TIBA-TIBA KINI SAYA TELAH TUA
Buku oleh JAMAL MA’MUR ASMANI ini mengandungi 7 bab iaitu indahnya masa muda; menjadi orang yang benar & pintar; manfaatkan usiamu terus berjalan;orang besar bercita-cita besar; kejayaan hidupmu peninggalan yang tidak berakhir; oh indahnya mati menyebarkan pesona dan kematian akan tiba.
Buku Ya Allah…tiba-tiba kini saya telah tua ini harus dibaca oleh setiap muslimin / muslimah agar tidak hanyut dalam kelipan dan kilauan dunia semata-mata.
Saat ku tatap wajah di cermin pagi hari ini, Subhanallah… Telah banyak uban di kepalaku. Kulit muka juga telah berkedut-kedut dimamah usia. Berapakah usiaku kini??? Astargfirullah… tahu-tahu aku telah berumur lebih 40 tahun, lebih 50 tahun, lebih 60 tahun…
Penyakit mula berduyun-duyun…tenaga mula lemah, jalanpun semput,pandangan mulai kabur, ingatan mulai lemah, semua yang dulu kuat, gagah, tangkas, tampan, cantik, memikat kini beransur-ansur meninggalkanku.
Lalu mungkin esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan ajal datang menjemput. Dibuang sendiri oleh keluargaku yang tercinta ke liang lahad yang dingin, sepi dan gelap. Ya Allah, rasanya baru kelmarin aku masih kecil, lalu menjadi remaja, mulai jatuh cinta, kemudian berkerjaya dan berkeluarga. Tapi kini, di sekelilingku telah ramai anak cucu yang gagah seperti aku dulu-dulu…
Sesungguhnya begitulah kehidupan manusia di hadapan kuasa Allah swt. Justeru, ayuhlah semua…sebelum ajal menjemput, sebelum nafas menjadi semput. Persiapkan diri…
Selamat membaca!
Disediakan oleh:
Fazilarwati binti Abdul Hadi
Perpustakaan Awam Cawangan Bandar Tun Razak Jengka
Sumber:
http://lamanperpustakaan.blogspot.com/2012/12/buku-ya-allah-tiba-tiba-kini-saya-telah.html
Labels:
Ulasan Buku Agama Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment