Tuesday, July 30, 2013

YA ALLAH… TIBA-TIBA KINI SAYA TELAH TUA


Buku oleh JAMAL MA’MUR ASMANI ini mengandungi 7 bab iaitu indahnya masa muda; menjadi orang yang benar & pintar; manfaatkan usiamu terus berjalan;orang besar bercita-cita besar; kejayaan hidupmu peninggalan yang tidak berakhir; oh indahnya mati menyebarkan pesona dan kematian akan tiba.

Buku Ya Allah…tiba-tiba kini saya telah tua ini harus dibaca oleh setiap muslimin / muslimah agar tidak hanyut dalam kelipan dan kilauan dunia semata-mata. 

Saat ku tatap wajah di cermin pagi hari ini, Subhanallah… Telah banyak uban di kepalaku.  Kulit muka juga telah berkedut-kedut dimamah usia.  Berapakah usiaku kini???  Astargfirullah… tahu-tahu aku telah berumur lebih 40 tahun, lebih 50 tahun, lebih 60 tahun…

Penyakit mula berduyun-duyun…tenaga mula lemah, jalanpun semput,pandangan mulai kabur, ingatan mulai lemah, semua yang dulu kuat, gagah, tangkas, tampan, cantik, memikat kini beransur-ansur meninggalkanku.

Lalu mungkin esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan ajal datang menjemput.  Dibuang sendiri oleh keluargaku yang tercinta ke liang lahad yang dingin, sepi dan gelap.  Ya Allah, rasanya baru kelmarin aku masih kecil, lalu menjadi remaja, mulai jatuh cinta, kemudian berkerjaya dan berkeluarga.  Tapi kini, di sekelilingku telah ramai anak cucu yang gagah seperti aku dulu-dulu…

Sesungguhnya begitulah kehidupan manusia di hadapan kuasa Allah swt.  Justeru, ayuhlah semua…sebelum ajal menjemput, sebelum nafas menjadi semput.  Persiapkan diri…

Selamat membaca!

Disediakan oleh: 
 Fazilarwati binti Abdul Hadi
Perpustakaan Awam Cawangan Bandar Tun Razak Jengka

Sumber:
http://lamanperpustakaan.blogspot.com/2012/12/buku-ya-allah-tiba-tiba-kini-saya-telah.html

Sunday, July 28, 2013

Pageviews by Countries 29.7.2013

Malaysia
2065
United States
504
Germany
177
Russia
172
Indonesia
82
Canada
30
France
26
United Kingdom
23
Brunei
19
Singapore
18

Popular Posts 29.7.2013

  1. Terdapat 27 kesalahan dalam bacaan al-fatihah kita. Mari kita perbetulkan bacaan al-Fatihah kita. Sumber: [http://dlabellaz.blogspot.com/...
  2. Ahli Korporat, para dermawan dan orang perseorangan adalah dipelawa bersama menaja program berikut bagi tujuan ibadah dan dakwah untuk tahun...
  3.  01. Pucuk paku di dalam perahu, Perahunya datang dari seberang, Carilah AKU di dalam AKU, AKU ada di dalam terang... ..  02. BISM...
  4. SETIAUSAHA Tn. Hj. Isham Bin Hj Hamzah   
  5.  01. Dari ‘Aisyah ra., "Aku tidak lihat Rasulullah saw. selepas solat melainkan baginda meminta perlindungan daripada azab kubur”. (...
  6.  01.  Pada 17 Julai 2012 telah berlangsung Ceramah sempena Israk Mikraj. Ceramah Israk Mikraj ini telah diadakan di Masjid An-Nur Kampung...
  7. Nama Program Program Bicara Ilmu Mukim Pekan 1 Tarikh Diadakan 13/10/2012 ( Sabtu ) 8.30 malam-11.00 malam TempatDiadakan Perkaranga...
  8. Masjid An-Nur Kampung Ketapang dapat menampung lebih 1000 orang jemaah sekaligus dengan keselesaan yang maksimum disediakan. gambar Masji...
  9. [1] Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata...
  10. Header baru Blog Masjid An-Nur Ketapang Hari ini kami menukar headar Blog Masjid An0Nur Ketapang.  Pertukaran ini sempena sambutan Maulidur Rasul 2013M/1434H . Melalui pertuka...

Friday, July 26, 2013

Ceramah Sempena Israk Mikraj 2013 (A)

Hebahan Pogram Israq Mikraj di Masjid An-Nur kepada orang ramai

Nama Program
Ceramah Sempena Israk Mikraj

Tarikh Diadakan
06/06/2013 ( Khamis ) Selepas Solat Maghrib

Tempat Diadakan
Masjid An-Nur Kg. ketapang Hilir

Penceramah
Al Fadhil Ust. Nor Hadi bin Sulaiman
Timbalan Khadi Daerah Pekan

Bilangan Jemaah 200 orang


Wednesday, July 17, 2013

GOTONG ROYONG BERSAMA BOMBA DAERAH PEKAN

Nama Program
Program Gotong Royong Bersama Kakitangan BOMBA daerah Pekan Sempena Hari BOMBA

Tarikh Diadakan
15/05/2013 ( Rabu ) 8.00 pagi - 12.00 tengahhari

Tempat Diadakan
Masjid An-Nur Kg. ketapang Hilir

Aktiviti Yang Diadakan
Gotong Royong membersih persekitaran dalam dan luar masjid An-Nur

Bilangan Peserta 80 orang

Seterusnya adalah gambar Ajk Biro Halwa masjid An-Nur bergotong royong menyediakan masakan laksa pahang untuk sajian para peserta gotong royong bersama Anggota Bomba daerah pekan.






Monday, July 15, 2013

Gotong Royong 15.5.2013

LAPORAN AKTIVITI  MEI 2013 MASJID AN-NUR KG. KETAPANG HILIR

Nama Program
Program Gotong Royong Bersama Kakitangan BOMBA daerah Pekan Sempena Hari BOMBA

Tarikh Diadakan
15/05/2013 ( Rabu ) 8.00 pagi - 12.00 tengahhari

Tempat Diadakan
Masjid An-Nur Kg. ketapang Hilir

Aktiviti Yang Diadakan
Gotong Royong membersih persekitaran dalam dan luar masjid An-Nur

Bilangan Peserta 80 orang

 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14

Program Solat Maghrib, Bacaan Yasin dan Tahli Memperingati Allahyarham Tun Haji Abdul Razak (7)

Gambar 23
En Azuan Setiausaha  Jawatankuasa Penduduk Zon B Majlis Daerah Pekan mewakili Pengerusi menyampaikan sumbangan kepada Tn. Hj. Abdul Halim b. Abdul Rahman Pengerusi masjid An-Nur sempena Program Solat Maghrib, Solat hajat , Bacaan Yasin dan Tahlil Memperingati Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak.

Monday, July 8, 2013

Program Solat Maghrib, Bacaan Yasin dan Tahli Memperingati Allahyarham Tun Haji Abdul Razak (6)

 Gambar 18
 Gambar 19
Gambar 20
Sesungguhnya setiap titik peluh yang keluar demi mencari keredhaan Allah itu pastilah tidak akan sia-sia dan Allah Tidak Pernah lupa kalau tidak di dunia di akhirat itu pasti akan mendapat kerahmatan dan ganjarannya. Ahlijawatankuasa dan jemaah masjid An-Nur sentiasa bersedia membantu dalam apa jua program yang pihak masjid adakan.Saya Setiausaha masjid An-Nur mewakili Ahlijawatankuasa dan Pegawai masjid mengucapkan ribuaan terima kasih diatas setiap pertolongan dan bantuan serta sumbangan samada wang ringgit ataupun kederat tenaga dalam setiap program kami hanya Allah s.w.t lah yang dapat membalasnya.

Monday, July 1, 2013

Program Solat Maghrib, Bacaan Yasin dan Tahli Memperingati Allahyarham Tun Haji Abdul Razak (5)

Gambar 17
Seekor lembu telah disumbangkan oleh seorang jemaah yang budiman sebagai hidangan makan malam sempena Progam Solat Maghrib, Solat hajat , 

Bacaan Yasin dan Tahlil Memperingati Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak. Semoga Allah s.w.t membalas dengan rezeki yang berlipatkali ganda kepada penyumbang yang budiman tersebut.