Jamuan makan malam disediakan selepas selesai ceramah dan solat isyak
01. Jalan hakikat bukan kepalang,
Jalan disuluh semuanya terang,
Zahir ddan batin semuanya lapang,
Kerana Sir yang empunya pandang.
Jalan disuluh semuanya terang,
Zahir ddan batin semuanya lapang,
Kerana Sir yang empunya pandang.
02. Wahai saudaraku dengarlah tuan,
Yang sebenar hidup itu katanya Tuhan,
Kuntum yang tujuh di situlah tersimpan,
Itulah pakaian Wali 9.
Yang sebenar hidup itu katanya Tuhan,
Kuntum yang tujuh di situlah tersimpan,
Itulah pakaian Wali 9.
03. Kuatnya tubuh itulah nyawa,
Sekalian yang zahir takluk padanya,
Syurga yang tujuh dia yang punya,
Kepada kita menjadi rahsia.
Sekalian yang zahir takluk padanya,
Syurga yang tujuh dia yang punya,
Kepada kita menjadi rahsia.
04. Jalan hakikat sangat terpilih,
Hendaklah tahu asalnya benih,
Napi di dalam hati yang putih,
Makrifat kita baharulah jernih.
Hendaklah tahu asalnya benih,
Napi di dalam hati yang putih,
Makrifat kita baharulah jernih.
Sumber: lamanpahang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment