Monday, March 25, 2013

(1/7) Lawatan YB Adun Bebar bersama AJk Masjid Nenasi

Pada 15 Feb. 2013 ( Jumaat ) Masjid An-Nur Ketapang telah menerima romongan lawatan YB Adun Bebar Dato’ Ishak b Mohamad Exco Kerajaan Pahang bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Nenasi serta Tok Penghulu Mukim Pekan 2 En Md Noor b A Rahman.

YB berucap mengucapkan terima kasih dan meminta Pngerusi Tn Hj  Abdul Halim b Abdul Rahman memulakan taklimat aktiviti serta  pentadbiran masjid An-nur kepada Semua Pengerusi ,AJK masjid Nenasi  di kaw. ADUN BEBAR.
Taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Masjid An-Nur. Pegawai masjid dan Ajk masjid An-Nur turut hadir menyambut ketibaan YB Ishak dan rombongannya.

Taklimat aktiviti diberikan kepada YB Dato’ Ishak, Pengerusi dan Ajk Masjid Nenasi supaya dapat sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan untuk mengimarahkan lagi masjid-masjid di Nenasi.

YB  juga memberi sumbangan peribadi  kepada Masjid an-nur dan tak lupa juga cenderahati kepada semua yg hadir pada sesi taklimat tersebut.

Program: Taklimat Aktiviti Masjid An-Nur Kg ketapang.
Tarikh : 15 Feb. 2013 ( Jumaat )
Tempat: Bilik Mesyuarat Masjid An-Nur

Tuesday, March 19, 2013

Popular Posts 20.3.2013

  1. Ahli Korporat, para dermawan dan orang perseorangan adalah dipelawa bersama menaja program berikut bagi tujuan ibadah dan dakwah untuk tahun...
  2.  01. Pucuk paku di dalam perahu, Perahunya datang dari seberang, Carilah AKU di dalam AKU, AKU ada di dalam terang... ..  02. BISM...
  3. SETIAUSAHA Tn. Hj. Isham Bin Hj Hamzah   
  4.  01. Dari ‘Aisyah ra., "Aku tidak lihat Rasulullah saw. selepas solat melainkan baginda meminta perlindungan daripada azab kubur”. (...
  5. Masjid An-Nur Kampung Ketapang dapat menampung lebih 1000 orang jemaah sekaligus dengan keselesaan yang maksimum disediakan. gambar Masji...
  6.  01.  Pada 17 Julai 2012 telah berlangsung Ceramah sempena Israk Mikraj. Ceramah Israk Mikraj ini telah diadakan di Masjid An-Nur Kampung...
  7. BENDAHARI Tn. Hj. Hashim Bin Ujang
  8. PENGERUSI Tn Hj Abdul Halim Bin Abd Rahman   
  9.  01. Gotong Royong adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara bersama-sama dan bersifat suka rela agar kegiatan yang dikerjakan dapat be...
  10. [1] Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata...

Pageviews by Countries 20.3.2013

Malaysia 970
United States 298
Germany 65
Brunei 13
United Kingdom 12
South Korea 12
Indonesia 11
Singapore 6
Australia 5
Belarus 5

Rayuan Derma Masjid An-Nur Ketapang

Ahli Korporat, para dermawan dan orang perseorangan adalah dipelawa bersama menaja program berikut bagi tujuan ibadah dan dakwah untuk tahun 2013 - 2014. Bersama meningkatkan masyarakat Islam berilmu dan bertaqwa.

Semua bentuk sumbangan/tajaan/derma boleh dibuat secara terus kapada;
Masjid An-Nur Ketapang. 
26600 Pekan 
Pahang Darul Makmur

== == == == == == == == == == == == == == == ==
NAMA MASJID: 
MASJID AN-NUR KETAPANG
 == == == == == == == ==
NAMA BANK:
CIMB Cawangan Pekan
 == == == == == == == ==
NOMBOR AKAUN : 
0602 1453377 055
== == == == == == == == == == == == == == == ==

Untuk sebarang pertanyaan mengenai penajaan dan sumbangan sila hubungi :-

Pengerusi: Tuan Haji Abdul Halim Bin Abd Rahman
Hp:019 9887346

Setiausaha: Tuan. Haji. Isham Bin Hj Hamzah
Hp: 013 9895671


 Bendahari: Tuan. Haji. Hashim Bin Ujang
Hp: 017 9855297

Wang Sumbungan dan Tajaan akan digunakan untuk tujuan berikut:

1. ELAUN PETUGAS MASJID
Jawatan Bilangan Kosong Elaun (sebulan) Elaun (setahun)
Imam 1 1 RM1000 RM12,000
Bilal 1 1 RM800 RM9600
Siak 2 1 RM800 RM9600
Tukang Kebun 1 1 RM800 RM9600

2. BELANJA CERAMAH DAN KULIAH


Yuran/Hari Bulan Tahun
Isnin Kuliah Al - Quran. RM100 RM400 RM4800
Selasa Kuliah Fekah -Sumbangan JAKIM 0 0 0
Rabu Fardu Ain dan Hadis  RM100 RM400 RM4800
Khamis Membaca Yasin dan Tahlil RM200 RM800 RM9600
Jumaat Kuliah Tauhid.- Sumbangan MUIP 0 0 0
Sabtu Membaca Al Quran . RM100 RM400 RM4800
Ahad Membaca Al Quran / tajwid RM100 RM400 RM4800

Kuliah Subuh  RM100 RM400 RM4800

Ust. Jemputan Minggu pertama Awal Bulan RM500 RM500 RM500

Monday, March 18, 2013

7. Jamuan makan malam - Maulidur Rasul 2013M/1434h

Jamuan makan malam disediakan selepas selesai ceramah dan solat isyak
 01. Jalan hakikat bukan kepalang,
Jalan disuluh semuanya terang,
Zahir ddan batin semuanya lapang,
Kerana Sir yang empunya pandang.
 02. Wahai saudaraku dengarlah tuan,
Yang sebenar hidup itu katanya Tuhan,
Kuntum yang tujuh di situlah tersimpan,
Itulah pakaian Wali 9.
 03. Kuatnya tubuh itulah nyawa,
Sekalian yang zahir takluk padanya,
Syurga yang tujuh dia yang punya,
Kepada kita menjadi rahsia.
04. Jalan hakikat sangat terpilih,
Hendaklah tahu asalnya benih,
Napi di dalam hati yang putih,
Makrifat kita baharulah jernih.

Thursday, March 14, 2013

Al-Fatihah kepada Arwah Mad Dan bin Pilus (Kg Ketapang Hilir)


Diucapkan salam takziah kepada keluarga allahyarham Mad Dan bin Pilus. Arwah telah meninggal dunia pada 13.03.2013 Rabu Jam: 10.25 pagi ketika berumur 63 tahun. Arwah adalah Pesara Kerajaan (JKR). Arwah juga memegang jawatan Timbalan UMNO Cawangan Kg Ketapang Hilir dan Pemeriksa Kira-Kira UMNO Bahagian Pekan. Tidak ketinggalan juga menjadi Ajk JKKK Kg Ketapang Hilir. Arwah meninggal akibat penyakit kencing manis (kurang gula dalam darah).

Pengerusi masjid An-Nur merangkap Ketua Kampong Ketapang Hilir Tn. Hj. Abdul Halim b. Abdul Rahman  antarayang hadir memberi penghormatan dan salam takziah kepada keluarga Allahyarham serta membantu kelancaran  pengkebumian Allahyarham Mad Dan b. Pilus.

Gambar 01-03
Kediaman arwah di kg ketapang hilir dan jenazah beliau saudara mara membaca yasin dan mendoakan kesejahteraan arwah.
 01.
 02.
 03.

Gambar 04-05
Dato Seri Wan Razali dan ADUN Chini Dato Bakar Harun antara yang hadhir menziarahi dikediaman arwah
 04.
 05.

Gambar 06-07
Keluarga Arwah hiba ketika jenazah dibawa ke masjid an-nur untuk disembahyangkan oleh jemaah dan kariah masjid annur
 06.
 07.

Gambar 08-09
Jenazah dibawa kemasjid An-Nur serta disembahyangkan dengan diimamkan oleh Imam 1  masjid An Nur Tn Hj Ibrahim b. Hj Hamzah
 08.
 09.
 10.
 11.
 12.
 13.

Gambar 14-17
Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Kg Ketapang Hilir
 14.
 15.
 16.
 17.

Gambar 18
En Zaidi anak kepada Allahyarham sayu ketika bersama sama kebumikan allahyarham ayahndanya.
 18.

Gambar 19
Pengerusi masjid yang juga pengerusi JKKK kg ketapang Hilir turut berada bersama Imam 1 Tn. Hj. Ibrahim b Hj Hamzah mentalkinkan Allahyarham
 19.
 20.

Gambar 21-22
Tn Imam Tn Hj Ibrahim dan anaknda Allahyarham menyirami pusara selepas selesai Talkin dan tahlil dibacakan
 21.
 22.

Gambar 23-24
Ahli Kelab Pemuda Masjid An-Nur dibawah Khairat Kematian Masjid An-Nur yang bertugas secara sukarela menggali liang lahad ketika ada kematian  di kaw kariah Kg Ketapang Hilir Pekan yang diketuai oleh Bilal Masjid An-Nur En Ahmad b Yaakob.
 23.
 24.

Gambar 25-26
Baju t-shirt sumbangan yang digunakan oleh kelab Pemuda Masjid ketika bertugas menggali liang lahad apabila ada kematian
 25.
 26.

Gambar 27-28
Van yang disumbangkan oleh BSN untuk kegunaan membawa jenazah dibawah kariah Masjid An-Nur Kg ketapang Hilir.
 27.
28.

Monday, March 11, 2013

6. Ustaz Hamdan Yusi - Maulidur Rasul 2013M/1434h

Ceramah sempena Maulidur rasul disampaikan oleh penceramah jemputan khas Al fadhil Ustaz Hamdan Yusi b. Yusof.
 01. Wahai sekalian saudara-saudaraku,
Mengenal waktu biarlah tentu,
Jikalau tak kenal waktu itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.
 02. Waktu kita di alam roh
Berkata Allah pada nyawa,
Bukankan AKU Tuhanmu segala,
Betullah Tuhan itu katanya nyawa.
 03. Jadi olehmu mursyid yang utama,
Yang sebenar makrifah boleh dibawa,
Seperti badan dengannya nyawa,
Dunia akhiran bersama-sama.
04. Hakikat makrifat menyucikan badan,
Air Maal Hayat yang menjalankan,
Zikrullah yang diasyikkan,
kurangkan tidur ataupun makan.