Saturday, October 27, 2012

KORBAN DI MASJID AN-NUR KETAPANG 27.10.2012

 01.  Terdapat sepuluh jenis korban, iaitu: 
1. Qurban Semasa Nabi Adam AS.
2. Qurban Semasa Nabi Idris AS
3. Qurban Semasa Nabi Nuh AS.
4. Qurban semasa masa Nabi Ibrahim AS.
5. Qurban Semasa Nabi Musa AS.
6. Qurban Bani Israil.
7. Qurban Semasa Nabi zakaria AS dan Nabi Yahya AS.
8. Qurban Pada Bangsa Yahudi dan Nashrani
9. Qurban Pada Bangsa Arab Jahilliyah.
10. Qurban Abdul Muthalib (nenek Nabi SAW).
11. Qurban Nabi Muhammad SAW. ibnuhasyim.com (sejarah-korban-sepintas-lalu)
 02. Nabi Muhammad SAW melakukan qurban semasa waktu Haji Wada di Mina iaitu setelah solat Aidul Adha. Ketika itu sebanyak 100 ekor unta disembelih. Nabi Muhammad SAW menyembelih 70 ekor tangannya sendiri dan 30 ekor di sembelih oleh Sayyidina Ali RA.
 03. "Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi'ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, Maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat), kemudian apabila telah roboh (mati), Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, Mudah-mudahan kamu bersyukur." (Al Hajj:36).
 04. Ayat diatas menerangkan tentang
-binatang yang dijadikan qurban,
-tujuan qurban,
-cara menyembelih haiwan qurban,
-bila memakan daging qurban, dan
-siapa yang dapat memakan daging qurban.
05.Binatang qurban, iaitu al-Budnu, nama khusus bagi unta. Sedangkan lembu (sapi) dipandang sama dengan unta dalam hukum, kerana Nabi Saw berkata, "Unta dijadikan dalam tujuh (bentuk) dan sapi merupakan bahagian dari ketujuh bentuk itu."

Rujukan:
1. ibnuhasyim.com (sejarah-korban-sepintas-lalu)
2. nasronhashim.blogspot.com (sejarah-ibadah-korban-dan-maknanya)
3. anakulucheka.com (korban-teragung-dalam-sejarah-manusia)
4. abang-ikan.blogspot.com (sejarah-korban)
5. jaksa-yadim.blogspot.com (kisah-penuh-sejarah-korban-dan-kaabah)

No comments:

Post a Comment