Tuesday, March 7, 2017

Percakapan Allah Dengan Nabi Musa 'dipinjam' sebagai teknik menyampaikan dakwah keislaman.

October 2, 2013 - Munajat Nabi Allah Musa Di Bukit Tursina

Firman Allah; Wa kallama Allahu Musa Taklima (al-Nisa` 4: 164).
Bermaksud: Dan Allah berkata-kata kepada Musa kata-kata secara langsung (Tiada perantaraan).

Apa yang dimaksudkan dengan munajat yang diperturunkan di bawah dari teks bukanlah ditekankan berhubung dengan bagaimana Nabi Musa berkomunikasi dengan Allah, tetapi lebih kepada penyampaian ajaran-ajaran kepada Nabi Musa (sebenarnya ajaran Nabi Muhammad s.a.w. di dalam teks). Sebahagian dari teks ringkas adalah:

Bismi Allah al-Rahman al-Rahim
Wa bihi nasta`in  bi Allah al-A`la:

Ini cetera hikayat tatkala Nabi Allah Musa `alayhi al-salam munajat ke Bukit Tursina, maka berkata-kata dengan Allah Subhanahu wa Ta`ala, maka sabda Nabi Allah Musa. Ya Ilahi ya Rabbi, Ainni bi haulik: Ertinya  tiada dapat melihat rupaKu, maka bahawasanya mati ia. Maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala: Ya Musa bahawasanya ucap olehmu:

La ilaha illa Allah Muhammad Rasul Allah salla Allah `alayhi wa sallam

Maka pahalanya seberat bumi dengan langit dan segala isinya.

Ya Musa barang siapa tiada menyebut namaku kepada tiap-tiap hari malam dan siang, maka Ku turunkan seksa akan dia dengan seksa yang amat sangat dari kerana ia lupa dan lalai akan Daku.

Maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Musa, maka barang siapa menahani hatinya daripada segala pekerjaan yang jahat, maka Aku lepaskan ia daripada seksaku daripada dunia dan akhirat,

maka Nabi Allah Musa,
Ya Tuhanku,
adakah Engkau berkata-kata dengan Nabi dahulu daripada kemudian daripada hambaMu,
maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala,
maka Aku berkata-kata dengan Kasihku Muhammad Rasulullah, doanya pun aku perkenankan.

Maka sembah Nabi Allah Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya orang yang sembahyang lima waktu. Maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Musa orang itulah yang amat bercahaya-cahaya mukanya lagi Aku ampun segala dosanya dan Aku beri rahmat ia di dalam dunia datang pada hari akhirat.

Maka sembah Nabi Musa kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya orang yang memberi sadaqah segala faqir dan miskin, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, Aku memberi rahmat dan nikmat daripada dunia dan akhirat dan Aku ampun segala dosanya.
Maka sembah Nabi Musa kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya orang yang memberi makan orang yang lapar.
Maka firman Allah subhana wa Ta`ala, Ya Musa dan tiada kukenakan seksa api neraka dan tertutplah pintu neraka dan rezekinya pun tiadalah berkurang.

Maka sembah Nabi Musa kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya orang yang mandi janabat itu. Maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Musa beribu-ribu rahmat aku negarahkan ia  dititik air daripada tubuhnya itu sepuluh dosanya ku ampun,

maka sembah Nabi Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku, apa pahalanya orang yang mandi berlangir pada hari Jumaat itu, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Musa tiadalah aku memberi kalam menyurat akan dia segala perbuatannya tujuh hari itu, jikalau  lupa sekalipun akan dia aku dan ampun dosanya dan lagi bercahaya-cahaya mukanya pada hari kiamat, maka terlebih daripada bulan dan matahari.

Maka sembah Nabi Musa kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya mengunjung orang yang sakit, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Musa, Aku beri pahalanya, tatkala ia turun daripada rumahnya berjalan ia atas rahmatKu dan suatu langkahnya seribu dosanya Aku ampun dan Aku beri ia berjalan atas rahmatKu.

Maka sembah Nabi Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya orang yang mandi akan mayat sama Islam, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala pada Musa, Ya Musa Aku lepas akan dia  daripada seksa api neraka pada tatkala hari kiamat dan daripada seksa dan daripada setitik air yang gugur daripada mayat itu dua laksa dosanya Kuampuni dan satu maligai Aku kurniakan dalam syurga akan balasnya.

Maka sembah Nabi Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya orang yang sembahyang akan mayat samanya Islam dengan kurnia Allah Subhanahu wa Ta`ala Ya Musa, tatkala ia mati segala malaikat dari langit turun sembahyang akan mayat orang itu.

Maka sembah Nabi Musa kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya orang yang menahani hatinya daripada larangan  Allah Subhanahu wa Ta`ala seperti segala yang haram, maka firman Allah Sunhanahu wa Ta`ala, Ya Musa aku berikan rahmatKu dan nikmatKu akan mereka itu pada hari kiamat.

Maka sembah Nabi Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku, apa pahalanya orang yang memberi kain akan orang yang miskin, anak-anak yatim, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Musa Aku beri kain dari dalam syurga aku balasnya.

Maka sembah Nabi Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya orang yang membaca Qur`an dan membaca kitab, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Musa berjalan atas titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat dan Aku  masukkan ia ke dalam syurga.

Maka sembah Nabi Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya segala raja-raja dan orang yang besar-besar  menyuruh segala rakyatnya sembahyang, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Musa aku masukkan ia ke dalam syurga dengan tiada dikekiranya  pada hari kiamat  dan Aku surat akan pahalanya sebilang tumbuh-tumbuhan atas bumi,

maka sembah Nabi Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya orang yang menahani hatinya daripada mashghul, tatkala kehilangan harta dicuri oleh orang, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, maka Aku ampuni dosanya jikalau sebanyak rambut dikepalanya atau roma ditubuhnya sekalipun Aku ampuni dan doanya pun aku qabul akan,

maka sembah Nabi Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya  kanak-kanak kecil mati, maka segala ibunya, bapanya  tiada menangis. Maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Musa  bahawasanya aku menyuruh akan tujuh orang Nabi memeliharakan dia  itu.

Maka sembah Nabi Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku, yang mana tujuh itu ya Tuhanku, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala,
-Ya Musa, pertamanya Adam `alayhi al-salam, dan
-kedua Nuh `alayhi al-salam, dan
-ketiga Ibrahim `alayhi al-salam, dan
-keempat Ismail `alayhi al-salam,
-kelima Musa `alayhi al-salam,
-keenam Isa `alayhi al-salam ,
-ketujuh Muhammad Rasul Allah salla Allah `alayhi wa sallam,

maka sembah Nabi Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya orang yang menahani dirinya daripada berzinah dan minum arak, tuak dan makan `kandabarkand`, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala pada Nabi Musa, Aku beri titahkan dengan malaikat dan rahmatKu, tatkala ia mati aku anugerahkan,

maka sembah Nabi Musa kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya  orang yang mengerjakan puasa, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Musa aku beri bercahaya-cahaya mukanya dan segala tubuhnya bercahaya-cahaya di dalam kuburnya, berapa-rapa rahmatku akan dia dan dinding api neraka pada hari kiamat ,

maka sembah Nabi Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, ya Tuhanku apa pahalanya orang yang mengambil air sembahyang pada ketika dinihari, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, ya Musa daripada setitik air sembahyang itu seribu rahmatku dan kusudahkan malaikat menyurat pahalanya dan seribu dosanya diampun tatkala hari kiamat,

maka sembah Nabi Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya orang yang meminta akan samanya Islam, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Musa aku suruhkan Malaikat menyuratkan pahalanya serasa ia puasa tujuh tahun pahalanya dan tiada ia pandang api neraka pada hari kiamat,

maka sembah Nabi Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku apa pahalanya orang taubat itu daripada segala dosanya, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Musa Aku lepaskan ia daripada api neraka pada hari kiamat dan Aku masukkan ia ke dalam syurga Jannah al-Na`im,

maka sembah Nabi Musa, Ya Tuhanku apa pahalanya perempuan membubuh bau-bauan akan suaminya, tatkala ia  pergi sembahyang di masjid, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Musa, Aku suruhkan malalikat menyuratkan  segala amal dan pahalanya itu daripada, setitik air sembahyangnya seribu rahmatKu kurnia akan dia dan seribu dosanya Aku ampun, tatkala hari kiamat pahalanya seperti orang yang mengucap salawat akan Nabi salla Allah `alayhi wa sallam dan Aku masukkan ia ke dalam syurga yang indah-indah,

maka sembah Nabi Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Tuhanku, apa pahalanya orang yang menyapu masjid, maka firman Allah Subhanahu wa Ta`ala, Ya Musa Aku anugerahkan dia pahalanya seribu bidadari dalam syurga akan balasnya,

maka sembah Nabi Musa pada Allah Subhanahu wa Ta`ala, apa dosanya perempuan yang menghiasi dirinya di belakang suaminya, maka firman Allah Subhanahu wa Ta-ala pada Nabi Musa, Aku masukkan ia ke dalam neraka jahannam seribu tahun lamanya dengan orang yang mencium baunya oleh laki-laki yang lain di dalam dunia segala malaikat pun kutuk akan dia.

Demikianlah soal jawab diteruskan antara Nabi Musa dengan Allah Subhanahu wa Ta`ala.

Pengarang mengambil kesempatan dari peristiwa percakapan Allah dengan Nabi Musa dijadikan teknik soal jawab di dalam teks.

Pengarang mengelak diri dari membicarakan soal yang berhubung bagaimana keadaan keberadaban Nabi Musa berdepan dengan Allah untuk mengelak dari persoalan akidah.

Sebenarnya walaupun dikatakan percakapan Nabi Musa, namun inti kandungan adalah pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Musa dijadikan mekanisme di dalam percakapan.  Apa yang disampaikan ialah pengajaran yang dituntut Islam.

Pendekatan ini adalah kreativiti penulis, bukan sebenarnya percakapan Nabi Musa dengan Allah sebagaimana dibicarakan. Jadi peristiwa `Percakapan Allah Dengan Nabi Musa` dipinjam sebagai teknik menyampaikan dakwah keislaman. Jika tidak melalui peristiwa ini, pengarang tidak berani mengenengahkan Percakapan Allah kepada Makhluk yang boleh membawa implikasi dari segi akidah. Adalah lebih baik dan tidak digalakkan menggunakan teknik ini di dalam penulisan kreatif moden.

Sekian.
ditulis oleh Dr Shafie Abu Bakar
Rujukan: drshafie

Monday, November 14, 2016

Histeria: Penyakit Mental dan Kerasukan

 Histeria, Penyakit Mental dan Kerasukan – Dr. Zul Azlin Razali
by  • 
kita dipertanggungjawabkan untuk beramal berdasarkan wahyu yang tepat; Al-Quran dan hadith sahih. Muslim telah diberi panduan di dalam perkara spiritual dan ghaib seperti rasukan jin dan syaitan.

Nabi SAW melarang untuk berlebihan-lebihan untuk menyabitkan makhluk halus sebagi punca masalah kehidupan.

Diriwayatkan dari Abu Malih dari seorang lelaki, dia berkata, “Ketika aku menunggang di belakang Nabi s.a.w. tiba-tiba kenderaan (unta) beliau tergelincir.
Serta-merta aku katakan, “Celakalah syaitan.”

Lalu beliau bersabda, “Jangan kamu katakan, “celakalah syaitan,” sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan berkata, “Demi kekuatanku (engkau telah terjatuh),”

Akan tetapi ucapkanlah “Bismillah,” sebab jika kamu ucapkan lafaz tersebut, syaitan akan mengecil hingga sekecil lalat,” (Hadith Riwayat Abu Dawud [4982], ditashihkan oleh Al Albani).

baca selanjutnya:
mmgazette.com

Sunday, August 7, 2016

Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016

 Tarikh: 27 Ogos hingga  4 September 2016
Masa: 10 pagi hingga 9.00 malam
Tempat: Kuantan Parade Atrium 1 dan 2.

Saturday, September 19, 2015

dua jenis kancil dan dua jenis rusa

sekarang ini,untuk beberapa tahun kebelakang telah ada dua jenis kancil dan dua jenis rusa. kedua-dua nya menggunakan nama yang sama tetapi berlainan fungsi dan kaedahnya. satunya;yang hidup didalam hutan dan boleh dimakan. satu lagi; yang diperbuat dari besi dan hanya hidup apabila dihidupkan tetapi tidak boleh dimakan. mana yang sedap dan mana yang lazat diantara kedua kancil dan juga rusa tersebut. begitu jugalah apabila mendengarkan bacaan ayat al-quran yang dikumandangkan atau di baca diperdengarkan di corong-corong pembesar suara masjid-masjid dan surau-surau. mana yang lebih afdal dan baik. yang datangnya dari suara tuan punya tubuh itu sendiri atau datangnya dari sajian rakaman. inilah yang perpatah melayu lama ada berkata "seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus". moden dan teknologi itu tidak salah, sebab teknologi sekarang tidaklah secanggih teknologi yang allah telah anugerahkan

Anonymous
on 3/20/15

Saturday, September 12, 2015

ANU SYIRWAN@(RAJA FARSI

dalam satu cerita berkenaan ANU SYIRWAN@(RAJA FARSI), dimana beliau mempunyai seorang guru yang mengajar ilmu adab kepadanya sehingga ia menjadi masyhur dalam ilmu itu.
pada suatu hari guru tersebut memukulnya dengan ketiadaan dosa (tiada kesalahan) lalu ia menyimpan marah didalam hatinya.

maka takala beliau menaiki tahta kerajaannya beliau berkata kepada gurunya, apakah yang membebankan engkau sehingga memukul aku pada hari sekian-sekian dengan kezaliman jua.
maka kata gurunya:'takala itu aku lihat engkau sangat menggemari ilmu dan aku harap engkau memiliki kerajaan selepas bapa engkau, maka aku kasihkan engkau, lalu aku rasakan kepada engkau kezaliman supaya engkau tidak berbuat zalim kepada seseorang. maka berkata anu syirwan:"elok,elok".

dari kitab (munyatul musolli/oleh,shekh daud abdullah al-fathoni)

Anonymous
on 3/19/15

Sunday, September 6, 2015

EKSPO BUKU ISLAM 14 PAHANG 2015 DI KUANTAN PARADE

EKSPO BUKU ISLAM 14, PAHANG
26 SEPT - 4 OKT 2015
KUANTAN PARADE,KUANTAN
10.00 PAGI - 9.00 MALAM
★ Buku terbaik dan terbaharu daripada penerbit-penerbit terkenal tanahair
★ Diskaun yang menarik.
★ Pelbagai aktiviti menarik
★ Wang tunai bagi cabutan bertuah

untuk maklumat lanjut:
-KLIK DISINI-

Saturday, September 5, 2015

keampunan@belas kasihan@rahmat@rahim

perumpaannya kepada bidang pertanian. dalam pertanian ada pertanian itu sendiri.ada perikanan. ada penternakan. kalau kita mahu bercucuk tanam, kita perlu berjumpa pakar pertanian. kalau kita mahu menangkap ikan kita tanyakan orang yang pakar memancing atau menjala. kalau kita mahu haiwan ternakan kita gemuk sihat daging dan susunya kita rujuk kepada mereka yang mahir atau gembala haiwan ternakan. bergitulah dalam bidang fikah dan adat dan ilmu dan keturunan. tak menurun darjat seseorang tu yang mengotorkan kakinya mengharuk
bendang@sawah@paya disebabkan lumpur melekat di dikaki. darjat adam tidak gugur walaupun dia dikeluarkan dari surga ke bumi dunia. dia masih
digelar@panggil dengan gelaran
nabi adam @ bapa manusia @ khalifah pertama muka bumi.
tuan@puan tidak berasa malu ke kalau seorang nabi "nabi adam",
sendiri pun berjalan dimuka bumi sambil berdoa memohon
keampunan@belas kasihan@rahmat@rahim

Anonymous
on 3/19/15