Labels
Ajk Masjid An Nur 2012-2014
(15)
Anda suka peranan masjid dikaitkan dengan apa?
(1)
Arwah
(1)
Belajar Mengaji
(1)
Berbuka Puasa 2013
(7)
BERSAMA KOLEJ KOMUNITI PEKAN
(5)
Biro 2012-2014
(6)
Ceramah
(1)
Gotong-royong
(3)
Israq Mikraj 2013
(7)
Kami
(5)
Keputusan Undian
(2)
Khatan Quraan
(1)
Korban
(1)
Kuliah
(1)
Links
(26)
Links Laman Pahang
(13)
Maulidur Rasul 2013M/1434h
(7)
Memperingati Allahyarham Tun Razak
(7)
Pageviews by Countries
(17)
Pantun
(1)
Pegawai Masjid An Nur
(6)
Pertandingan
(1)
Popular Posts
(9)
Program 2013
(5)
Program Bicara Ilmu Mukim Pekan 1
(2)
Promosi 2014
(2)
Promosi 2015
(1)
Rombongan Masjid Nenasi
(7)
Sajak
(2)
Siri Belajar Tajwid Al-Quran
(24)
Siri Belajar Tasawuf
(22)
Siri Sirrul Asror - Taubat
(33)
Surah
(1)
Tahlil
(1)
Tarawikh
(1)
Ulasan Buku Agama Islam
(7)
Friday, May 29, 2015
Sirrul Asror - Taubat 25. Kekuatan semangat lelaki sejati mampu menggoncang gunung
Nabi s.a.w bersabda,
“Kekuatan semangat lelaki sejati mampu menggoncang gunung”.
Gunung di sini menunjukkan
keberatan hati sesetengah manusia.
Doa lelaki sejati
yang menjadi tentera kerohanian
dimakbulkan.
Bila mereka menciptakan
sesuatu ia berlaku,
bila mereka mahukan sesuatu hilang
maka ia pun hilang.
“Dia kurniakan hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Barangsiapa dikurniakan hikmah maka sesungguhnya dia telah diberi kebajikan yang banyak”. (Surah Baqarah, ayat 269).
Friday, May 22, 2015
Sirrul Asror - Taubat 25. Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana
Bahagian pertama ayat di atas
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana (hikmah)”,
Sesuai dengan makrifat, zat dan permulaan
kepada segala sesuatu,
pemiliknya mestilah
sebagaimana Nabi s.a.w beramal
Sesuai dengannya.
Ia hanya dikurniakan
kepada lelaki sejati yang berani,
tentera kerohanian
yang akan mempertahankan kedudukannya
dan menyelamatkan ilmu tersebut.
Friday, May 15, 2015
Sirrul Asror - Taubat 28. Seumpama sabut melindungi tempurung dan tempurung melindungi isi.
Bahagian terakhir ayat Quran yang di atas tadi
menceritakan tugas mereka
“dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik”.
Mereka ini menjadi kenyataan
kepada sifat Allah
“al-Qahhar” Yang Maha Keras.
Mereka berkewajipan menjaga peraturan
di kalangan manusia selaras dengan hukum Tuhan,
seumpama sabut melindungi tempurung
dan tempurung melindungi isi.
Sirrul Asror - Taubat 24. Tiga jenis ilmu yang menjurus kepada satu
Sebenarnya ada tiga makna
yang kelihatan sebagai
tiga jenis ilmu yang berbeza –
dilakukan secara berbeza,
tetapi menjurus kepada yang satu
Sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w.
Ilmu dibahagikan kepada tiga
yang tidak ada seorang manusia
boleh menanggung keseluruhan
beban ilmu itu
juga tidak berupaya mengamalkan
dengan sekaliannya.
Friday, May 8, 2015
Sirrul Asror - Taubat 23. Saidina Ali r.a. pintu kepada gedung ilmu
Pengetahuan batin tentang
yang tersembunyi
membawa seseorang
kepada rahsia tersebut.
Sains, kesenian dan kemahiran keduniaan
adalah umpama kerangka
kepada pengetahuan batin.
Mereka yang memiliki pengetahuan kerangka itu
bolehlah mengharapkan satu hari nanti
mereka diberi kesempatan
untuk memiliki apa yang di dalam kerangka.
Sebahagian daripada mereka yang berilmu
memiliki apa yang patut dimiliki
oleh seorang manusia secara umumnya
sementara sebahagian yang lain
menjadi ahli dan memelihara ilmu tersebut
daripada hilang.
Ada golongan yang menyeru
kepada Allah dengan nasihat yang baik.
Sebahagian daripada mereka
mengikuti sunnah Nabi s.a.w
dan dipimpin oleh Saidina Ali r.a.
yang menjadi pintu kepada gedung ilmu
yang melaluinya
masuklah mereka
yang menerima undangan dari Allah.
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan nasihat dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik”. (Surah Nahl, ayat 125).
Maksud dan perkataan mereka adalah sama.
Perbezaan pada zahirnya
hanyalah pada
perkara-perkara terperinci
dan cara pelaksanaannya.
Sirrul Asror - Taubat 22. rahsia di sebalik tiga ribu tabir hijab
Ilmu tersebut dimasukkan kepada
Nabi s.a.w pada malam
baginda s.a.w mikraj kepada Tuhannya.
Rahsia itu tersembunyi di dalam diri baginda
di sebalik tiga ribu tabir hijab.
Baginda s.a.w tidak membuka rahsianya
melainkan kepada sebahagian pengikut baginda
yang sangat hampir dengan baginda.
Melalui penyebaran dan keberkatan rahsia inilah
Islam akan terus memerintah sehingga ke hari kiamat.
Friday, May 1, 2015
Sirrul Asror - Taubat 21. Tidak semua orang yang memilikinya
Tidak semua orang
yang memiliki ilmu
berada di dalam keadaan tersebut.
Mereka yang sampai ke situ
adalah yang lebih hampir kepada Rasulullah s.a.w
daripada anak-anak dan keluarga mereka sendiri
dan mereka adalah umpama
anak-anak kerohanian Rasulullah s.a.w
yang hubungannya lebih erat daripada hubungan darah.
Mereka adalah pewaris sebenar kepada Nabi s.a.w.
Anak yang sejati memiliki zat
dan rahsia bapanya
pada rupa zahirnya
dan juga pada batinnya.
Nabi s.a.w menjelaskan rahsia ini,
“Ilmu khusus adalah umpama khazanah rahsia yang hanya mereka yang mengenali Zat Allah boleh mendapatkannya. Namun bila rahsia itu dibukakan orang yang mempunyai kesedaran dan ikhlas tidak menafikannya”.
Subscribe to:
Posts (Atom)