Monday, April 28, 2014

Belajar Tajwid Al-Quran (14) Jenis hukum mim mati


Hukum mim mati memiliki 3 jenis, yang diantaranya adalah :

1. Ikhfa Syafawi (ﺇﺧﻔﺎﺀ ﺷﻔﻮﻱ)
Apabila mim mati (مْ) bertemu dengan ba (ب), maka cara membacanya harus dibunyikan samar-samar di bibir dan dibaca didengungkan.

Contoh: (فَاحْكُم بَيْنَهُم) (تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ) (وَكَلْبُهُم بَاسِطٌ)

2. Idgham Mimi ( إدغام ميمى)
Apabila mim mati (مْ) bertemu dengan mim (م), maka cara membacanya adalah seperti menyuarakan mim rangkap atau ditasyidkan dan wajib dibaca dengung. Idgham mimi disebut juga idgham mislain atau mutamasilain.

Contoh : (أَم مَنْ) (كَمْ مِن فِئَةٍ)

3. Izhar Syafawi (ﺇﻇﻬﺎﺭ ﺷﻔﻮﻱ)
Apabila mim mati (مْ) bertemu dengan salah satu huruf hijaiyyah selain huruf mim (مْ) dan ba (ب), maka cara membacanya dengan jelas di bibir dan mulut tertutup.

Contoh: (لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ) (تَمْسُونَ)

Monday, April 21, 2014

Belajar Tajwid Al-Quran (13) Hukum mim mati


B. Hukum mim mati

Selain hukum nun mati dan tanwin ada pula hukum lainnya dalam mempelajari dan membaca Al-Quran yakni Hukum mim mati, yang disebut hukum mim mati jika bertemu dengan huruf mim mati (مْ) yang bertemu dengan huruf-huruf arab tertentu.
 

Contoh bacaan diatas diambil dari (QS: Al-Mu’minun :55-59) yang diberi tanda warna  (biru : ikhfa syafawi), ( merah : idgham mimi), (hijau : izhar  syafawi).

Belajar Tajwid Al-Quran (12) Ikhfa’ haqiqi


5. Ikhfa’ haqiqi

Jika nan mati atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf seperti
ta’(ت),
tha’ (ث),
jim (ج),
dal (د),
dzal (ذ),
zai (ز),
sin (س),
syin (ش),
sod (ص),
dhod (ض),
tho (ط),
zho (ظ),
fa’ (ف),
qof (ق), dan
 kaf (ك),

maka ia harus dibaca samar-samar (antara Izhar dan Idgham)

Contoh: نَقْعًا فَوَسَطْنَ

Monday, April 14, 2014

Belajar Tajwid Al-Quran (11) Iqlab


4. Iqlab

Hukum ini terjadi apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf
ba’ (ب).

Dalam bacaan ini, bacaan nun mati atau tanwin berbah menjadi bunyi mim (م).

Contoh: لَيُنۢبَذَنَّ harus dibaca Layumbażanna

Sumber:
http://belajarmembacaalquran.com/
(Moga pengusahanya mendapat rahmat dari Allah swt))

MOHON BETULKAN KAMI JIKA TERSILAP

Monday, April 7, 2014

Belajar Tajwid Al-Quran (10) Idgham Bilaghunnah


3. Idgham Bilaghunnah

Jika nun mati atau tanwin bertemu huruf-huruf seperti
ra’ (ر) dan
 lam (ل),

maka ia harus dibaca lebur tanpa dengung.

Contoh: مَنْ لَمْ harus dibaca Mal lam

Pengecualian
Jika nun mati atau tanwin bertemu dengan keenam huruf idgam tersebut tetapi ditemukan dalam satu kata,

seperti بُنْيَانٌ, اَدُّنْيَا, قِنْوَانٌ, dan صِنْوَانٌ,

maka nun mati atau tanwin tersebut dibaca jelas.

Sumber:
http://belajarmembacaalquran.com/
(Moga pengusahanya mendapat rahmat dari Allah swt))

MOHON BETULKAN KAMI JIKA TERSILAP

Wednesday, April 2, 2014

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)

Tarikh 23 April telah dipilih sebagai hari Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia. tarikh ini telah dipilih oleh Pertubuhan Pendidikan, sainstifik dan kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.. Ianua adalah bertujuan untuk memertabatkan buku sebagai sumber pengatahuan. dalam era terkologi yang semakin maju, buku perlu diletakkan ditempat yang sewajarnya supaya terus bersesuan dengan era ini.

Untuk menyokong sambutan ini, program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) akan diadakan di seluruh Malaysia bersama Perpustakaan Awam Negeri-Negeri Se-Malaysia.

Program ini adalah pengisian program gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun. Usaha berterusan ini adalah bagi membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.

Kesemua perpustakaan awam negeri bersetuju untuk melaksanakan JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama. Tarikh 22 April 2014 jam 10.00 hingga 10.10 pagi telah dipilih sebagai tarikh dan waktunya.

Konsep JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diilhamkan daripada sambutan Earth Hour.

Melalui program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) semua peserta tanpa mengira apa jua latarbelakang, pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan sama-sama  berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Pelaksanaan program  JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dengan keperluan masyarakat.

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) merupakan  inisiatif membaca di perpustakaan awam negeri bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).

Usaha ini akan dijalankan dengan sokongan sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA/IPTS, Jabatan kerajaan, NGO dan individu yang berminat.

MARILAH KITA MEMBACA SERENTAK PADA:
Tarikh: 22 April 2014
Hari: Selasa
Masa mula: 10.00 pagi
Masa tamat: 10.10 pagi
Tempoh masa: 10 minit.
Bahan bacaan: apa-apa bahan yang bermanafaat.
Tempat: Dimana-mana sahaja anda berada pada tarikh dan masa tersebut.

Tunjukkan minat kepada budaya membaca dengan menyertai JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES).

Kepada pembaca blog yang berminat menyokong JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) marilah kita membaca serentak bersama-sama seluruh negeri Pahang dan seluruh Malaysia pada 22 April 2014 - hari Selasa - bermula  jam 10.00 pagi - sampai 10.10 pagi - iaitu selama masa 10 minit sahaja.

Marilah bersama 1.2 juta seluruh Malaysia untuk menunjuk 'KITA SUKA ILMU, KITA SUKA MEMBACA' bagi mencipta rekod Membaca Se Malaysia.

Emailkan kepada kami gambar aktiviti membaca anda pada 22 April 2014 - hari Selasa - bermula  jam 10.00 pagi - sampai 10.10 pagi untuk dikongsi dalam blog ini.