Monday, March 31, 2014

Pertandingan Fotografi UTC Pahang 2014

UTC Pahang akan menyambut ulangtahun pertama penubuhannya pada April 2014. Pihak pengurusan UTC Pahang akan mengadakan Pertandingan Fotografi UTC Pahang pada 1-7hb April 2014. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli dan peminat fotografi.
.
Peserta perlu mengambil gambar dengan cara yang menarik dan dapat nenonjolkan keberkesanan perkhidmatan UTC Pahang kepada masyarakat dengan tema "PENGUNJUNG UTC PAHANG". "Pengunjung UTC Pahang" bermaksud apa juga subjek yang mengambarkan gelagat pengunjung, pelanggan dan orang ramai yang berurusan di UTC Pahang atau memberi perkhidmatan atau melakukan pelbagai aktiviti di UTC Pahang. Peserta boleh juga menggunakan model yang ditanggung sendiri oleh peserta. Dan... yang penting Gambar MESTI dicetak di WTY Foto Sdn. Bhd sahaja. Cetak ditempat lain tidak diterima.
.
Penyampaian hadiah akan diadakan pada 9 April 2014.
.
Hadiah pertama:
Wang tunai RM700.00 serta sijil dan 
kupon bagi penggunaan percuma bagi kemudahan berbayar di UTC Pahang.
.
Hadiah kedua:
RM350.00 serta sijil
.
Hadiah ketiga
RM200.00 serta sijil
.
Lima hadiah saguhati:
RM50 serta sijil
.
Untuk maklumat lanjut
Puan Sharifah bt Muhammad Ali
09-5124999
013-9815429
email: sharifah@mpk.gov.my
Faks: 09-5124089
.
TARIKH TUTUP
7 APRIL 2014
.
Download BORANG Pertandingan Fotografi UTC Pahang 2014
1. Tema Pertandingan Fotografi UTC Pahang adalah "Pengunjung UTC Pahang"
 
2. "Pengunjung UTC Pahang" bermaksud apa juga subjek yang mengambarkan gelagat pengunjung, pelanggan dan orang ramai yang berurusan di UTC Pahang atau memberi perkhidmatan atau melakukan pelbagai aktiviti di UTC Pahang.
 
3. Terbuka kepada semua warga negara Malaysia kecuali kakitangan
Majlis Perbandaran Kuantan dan WTY Foto Sdn. Bhd.
 
4. Kamera digital sahaja dibenarkan.
 
5. Penyertaan perlu disertakan dengan gambar warna saiz (minima) 8"x12" dan disertakan dengan CD.
 
6. Penggunaan teknik pengambaran dan cetakan boleh dipertimbangkan.
 
7. Saiz minima gambar 3MB.
 
8. Dibelakang gambar perlu ada
- Nama penuh
- Alamat / No. Telefon
- No. KP
- Tajuk gambar
- Lokasi gambar
9. Gambar MESTI dicetak di WTY Foto Sdn. Bhd.

Belajar Tajwid Al-Quran (9) Idgham


2. Idgham

Hukum bacaan ini terbagi menjadi dua bahagian, iaitu:

Jika nun mati atau tanwin bertemu huruf-huruf seperti:
mim (م),
nun (ن),
wau (و), dan
ya’ (ي),

maka ia harus dibaca lebur dengan dengung.

Contoh: فِيْ عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍ harus dibaca Fī ʿamadim mumaddadah.

Sumber:
http://belajarmembacaalquran.com/
(Moga pengusahanya mendapat rahmat dari Allah swt))

MOHON BETULKAN KAMI JIKA TERSILAP

Monday, March 24, 2014

Belajar Tajwid Al-Quran (8) Izhar Halqi

08
1. Izhar Halqi

Izhar halqi bila bertemu dengan huruf izhar maka cara melafazkan atau mengucapkannya harus “jelas”

Jika nun mati atau tanwin bertemu huruf-huruf Halqi (tenggorokan) seperti:
alif/hamzah(ء),
ha’ (ح),
kha’ (خ),
‘ain (ع),
 ghain (غ), dan
 ha’ ().

 Izhar Halqi yang artinya dibaca jelas.
Contoh : نَارٌ حَامِيَةٌ 

Sumber:
http://belajarmembacaalquran.com/
(Moga pengusahanya mendapat rahmat dari Allah swt))

MOHON BETULKAN KAMI JIKA TERSILAP

Monday, March 17, 2014

Belajar Tajwid Al-Quran, (7) 9 hukum bacaan


Dalam ilmu tajwid juga dikenal ada 9 hukum bacaan yang isinya menjelaskan bagian-bagian tanda baca dan cara melafazkannya atau pengucapannya, antara lain :

A. Hukum nun mati dan tanwin, terdiri dari :




Contoh : ayat diatas merupakan surat Al-Quran ( QS: Al-Baqarah ayat 145 ), huruf yang diberi warna (merah : izhar halqi), (hijau : idgham), ( biru : ikhfa haqiqi), ( ungu : iqlab).

Monday, March 10, 2014

Belajar Tajwid Al-Quran (6) membaca basmalah di antara dua surah


Terdapat 4 cara membaca basmalah di antara dua surah. Membaca basmalah adalah tanda awal dimulai suatu bacaan dalam surat Al-Quran. Guna dari membaca basmalah suatu keharusan dengan tujuan :

a. Basmalah sebagai pemisah dengan surahAl-Quran yang lain

b. Sebagai penghubung dengan awal surahAl-Quran

c. Sebagai penghubung dari kesemua surahAl-Quran

d. Menghubungkan akhir surahdengan basamalah, lalu berhenti.

Namun basamalah tidak selalu menjadi surah awal yang harus terus dibaca untuk melanjutkan surah  berikutnya. Walau bagaimana pun, tidak harus membaca demikian karena dikhawatirkan ada yang mengganggap basmalah merupakan salah satu ayat daripada surah yang sebelumnya.

Sumber:
http://belajarmembacaalquran.com/
(Moga pengusahanya mendapat rahmat dari Allah swt))

MOHON BETULKAN KAMI JIKA TERSILAP

Monday, March 3, 2014

Belajar Tajwid Al-Quran (5)


Terdapat 4 cara membaca iati’azah, basmalah dan surat :

a. Memutuskan isti’azah (berhenti) kemudian baru membaca basmalah,

b. Menyambungkan basmalah dengan surah tanpa berhenti,

c. Membaca isti’azah dan basmalah terus-menerus tanpa henti,

d. Membaca isti’azah, basmalah dan awal surat terus-menerus tanpa berhenti.

Sumber:
http://belajarmembacaalquran.com/
(Moga pengusahanya mendapat rahmat dari Allah swt))

MOHON BETULKAN KAMI JIKA TERSILAP