Sunday, January 26, 2014

Buku : Fahamilah Perasaanku 30 Luahan Perasaan Suami oleh Hasan Mohd. Ali

Buku yang bertajuk fahamilah perasaanku (30 luahan perasaan suami ) ini bertujuan untuk menyemarakkan perasaan cinta, moga kasih mekar selamanya………

Apa yang mahu diluahkan oleh seorang suami? Bahagiakah suami di samping permaisuri hati? Selami hati……..fahami peribadi….perbaiki situasi bagi mendapat perhubungan yang hakiki.
   
Buku ini menyelami 30 bisikan hati seorang suami buat isteri tercinta…..
Isteriku, iktiraflah kepimpinanku.
 Isteriku, hiasilah dirimu.
Isteriku, janganlah leteri aku.
 Isteriku, jagalah makan dan minumku.
Isteriku, janganlah cemburu buta.
Isteriku, jadikan anak-anakku insan berakhlak mulia.
 Isteriku, jangan boros dan banyak lagi.
   
Hayatilah keluhan hati dan bisikan nurani seorang suami. Semoga istana bahagia teguh berdiri, kekal abadi. InsyaAllah. “SELAMAT MEMBACA”.

SUMBER:
http://lamanperpustakaan.blogspot.com/2013/11/buku-fahamilah-perasaanku-30-luahan.html

Thursday, January 9, 2014

Sajak: Haiwan Berbaris Di Langit

Sajak:
Haiwan Berbaris Di Langit
(oleh humairaadawiyah)

Aku terkejut dari tidur......
dah pukul berapa ni?

aku mengarah pandanganku ke sekeliling,
kelihatan kawan-kawan
masih dibuai tidur yang nyenyak.

Aku kembali memejamkan mata...
hmmm...
pasir,
sebenarnya aku di mana ?
Kawasan pasir yang rata, petang.

Aku mendongak ke atas,
buat pertama kalinya
aku melihat langit tinggi
yang begitu biru dan luas,
tanpa sedikitpun dihalang
oleh kepulan awan seperti selalu ...
hairan...

Aku mengalihkan sedikit pandangan
aku ke sudut yang lain...
Tiba-tiba
jantung aku tersentap
dengan ketakjuban,
apabila
kedua-dua belah mata ini melihat

awan-awan putih
berbentuk haiwan-haiwan
dalam saiz yang besar
berbaris ,
populasi yang sama di baris yang sama,
yang berada di barat
bertembung
dengan yang disebelah timur,

aku begitu asyik sekali
memerhatikan
dari utara ke selatan
dan akhir sekali
aku memalingkan pandanganku
ke kanan atau belakang
untuk melihat haiwan yang seterusnya ,
dan merupakan haiwan yang terakhir sekali
dan yang paling jelas sekali dalam ingatan aku

...ikan lumba-lumba...
dan ia tidak bertembung seperti yang lain.

Ada beberapa ekor,
awan itu membentuk salah satu darinya
dolphin yang menguak
seperti tersenyum kepada aku,
ia mengeluarkan bunyinya,
seolah-olah ia berkomunikasi
dengan diri aku,

posisinya menghadap kearah aku...
seperti ingin memberitahu aku
tentang sesuatu...

bunyinya besar
seperti haiwan purba,
bunyi ikan lumba-lumba,
ia menyapa ke telinga aku,
bunyi itu langsung tidak membingitkan,
ia amat tenteram dan tenang,
cara haiwan itu berbaris di langit

SUMBER;
sajak-haiwan-berbaris-di-langit

Sunday, January 5, 2014

Tadarus Ramadhan 1434H di Masjid An-Nur

Bagi mengimarahkan bulan ramadhan 1434H di masjid An-Nur para jemaah muslimin dan muslimat mengambil peluang bertadarus pada stiap malam dan diakhir ramadhan satu majlis Qatam Al-Quran telah diadakan.

Majlis diadakan bagi  meraikan semua jemaah yang telah berjaya Qatam Al-Quran  dan mengimarahkan masjid  setiap malam untuk bertadarus. Tuan Imam Tuan Haji Ibrahim telah mencadangkan Ahli jawatankuasa masjid  memberi cenderahati kepada setiap peserta.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).

Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.

 Sebahagian peserta tadarus pada majlis Qatam Al-Quran
 Peserta tadarus meneliti dan menghayati bacaan yang sedang di perdengarkan.
En Abd Rahman salah seorang Ahli jawatankuasa masjid memperdengarkan bacaan.
 Mohammad Ishaq Husna b. Isham antara peserta termuda yang bertadarus dan Qatam Al-Quran.
 Tn Haji Mohamad Nor Tim. Pengerusi masjid mengacarakan majlis
 Pegawai masjid iaitu Imam 1 Tn Hj Ibrahim dan Imam 2 Tn Hj Ismail turut hadir bersama  Pengerusi masjid bagi meraikan majlis.
 Antara peserta muslimat yang dapat hadir pada majlis tersebut.
 Peserta muslimin yang hadir untuk diraikan.
 Pengerusi masjid memberi cenderahati kepada Imam 2 Tn Hj Ismail
 Imam 1 Tn Hj Ibrahim b, Hj Hamzah turut diminta menyampaikan cenderahati kepada peserta muslimah.
 Cenderahati yang telah disediakan oleh jawatankuasa masjid kepada peserta Qatam A-Quran.
 Para peserta bergambar kenangan selesai majlis penyampaian cencerahati.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam setiap pertolongan dalam menjayakan program yang dianjurkan oleh pihak Masjid An-Nur dalam mendaulatkan agama semoga rahmat Allah s.w.t sentiasa bersama kita semua.