01. Gotong Royong adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara bersama-sama dan bersifat suka rela agar kegiatan yang dikerjakan dapat berjalan dengan lancar, mudah dan ringan.
02. SEMANGAT GOTONG ROYONG DAN AKTA 663
Gotong-royong menjadi sinonim dengan masyarakat Melayu dan semua warga Malaysia. Kita bergotong-royong untuk kenduri kahwin, membersih masjid dan. Rasa tanggung jawab bahawa mereka adalah sebahagian dari masyarakat dan setiap ahli masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing merupakan di antara aset penting masyarakat sekitar Kampung Ketapang Pekan Pahang.

03. Marilah kita sama-sama berdoa agar konsep gotong royong di masjid An-Nur Ketapang ini akan terus berjaya.
04. Gotong-royong akan menjadikan kerja yang berat menjadi ringan dan kerja yang susah akan menjadi senang.
05. Bergotong-royong memupuk persahabatan dan ukhuwah serta akan bertindak sebagai jambatan masyarakat kepada jamaah yang sejahtera. Setiap ahli akan mengamalkan hidup seumpama aur dan tebing.
06. Kerja bergotong-royong dapat menjimatkan wang kerana ianya adalah percuma dan kerja juga akan disiapkan di dalam masa yang pantas.
07. Beringatlah, semangat gotong-royong ternyata kian luntur selaras dengan perubahan zaman.
08. Keutamaan hari ini sudah berubah berbanding masa dahulu. Kepentingan berjiran tidak ada kerana kita tidak nampak kesan baik di depan mata, sebaliknya masyarakat lebih suka pada apa yang mereka nampak. Salah satu lagi sebabnya juga apabila ianya dikaitkan dengan masyarakat kini yang lebih bersifat individualistik dan materialistik.
09. Kita semua bertanggungjawab untuk menyuburkan balik tradisi Melayu dan budaya Islam ini. Semangat kekitaan ini perlu dipupuk di kalangan semua lapisan masyarakat dan hidup berjamaah tanpa mengira sama ada mereka tinggal di rumah teres, rumah banglo, di bandar atau di perkampungan, berjawatan tinggi atau pun kelas pertengahan.
Konsep kejiranan dan kekitaan ini, secara tidak langsung, semangat gotong-royong juga dapat dipupuk samada di kawasan perumahan kita dan juga di dalam amalan hidup secara berjamaah. Organisasi yang hebat, juga tampak sukar untuk berjaya mencapai misi dan visinya tanpa semangat gotong royong yang tinggi.

Links:
1. pajriblog.blogspot.com (pengertian-gotong-royong)
2. jmbtamansejahtera.blogspot.com (semangat-gotong-royong-dan-tanggung)
3. pdkinsani.blogspot.com (program-gotong-royong)