Friday, May 15, 2015

Sirrul Asror - Taubat 28. Seumpama sabut melindungi tempurung dan tempurung melindungi isi.


Bahagian terakhir ayat Quran yang di atas tadi
menceritakan tugas mereka
“dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik”.

Mereka ini menjadi kenyataan
kepada sifat Allah
“al-Qahhar” Yang Maha Keras.

Mereka berkewajipan menjaga peraturan
di kalangan manusia selaras dengan hukum Tuhan,
seumpama sabut melindungi tempurung
dan tempurung melindungi isi.

Sirrul Asror - Taubat 24. Tiga jenis ilmu yang menjurus kepada satu


Sebenarnya ada tiga makna
yang kelihatan sebagai
tiga jenis ilmu yang berbeza –
dilakukan secara berbeza,
tetapi menjurus kepada yang satu

Sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w.
Ilmu dibahagikan kepada tiga
yang tidak ada seorang manusia
boleh menanggung keseluruhan
beban ilmu itu
juga tidak berupaya mengamalkan
dengan sekaliannya.

Friday, May 8, 2015

Sirrul Asror - Taubat 23. Saidina Ali r.a. pintu kepada gedung ilmu


Pengetahuan batin tentang
yang tersembunyi
membawa seseorang
kepada rahsia tersebut.

Sains, kesenian dan kemahiran keduniaan
adalah umpama kerangka
kepada pengetahuan batin.

Mereka yang memiliki pengetahuan kerangka itu
bolehlah mengharapkan satu hari nanti
mereka diberi kesempatan
untuk memiliki apa yang di dalam kerangka.

Sebahagian daripada mereka yang berilmu
memiliki apa yang patut dimiliki
oleh seorang manusia secara umumnya
sementara sebahagian yang lain
menjadi ahli dan memelihara ilmu tersebut
daripada hilang.

Ada golongan yang menyeru
kepada Allah dengan nasihat yang baik.

Sebahagian daripada mereka
mengikuti sunnah Nabi s.a.w
dan dipimpin oleh Saidina Ali r.a.
yang menjadi pintu kepada gedung ilmu
yang melaluinya
masuklah mereka
yang menerima undangan dari Allah.
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan nasihat dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik”. (Surah Nahl, ayat 125).

Maksud dan perkataan mereka adalah sama.
Perbezaan pada zahirnya
hanyalah pada
perkara-perkara terperinci
dan cara pelaksanaannya.

Sirrul Asror - Taubat 22. rahsia di sebalik tiga ribu tabir hijab


Ilmu tersebut dimasukkan kepada
Nabi s.a.w pada malam
baginda s.a.w mikraj kepada Tuhannya.

Rahsia itu tersembunyi di dalam diri baginda
di sebalik tiga ribu tabir hijab.

Baginda s.a.w tidak membuka rahsianya
melainkan kepada sebahagian pengikut baginda
yang sangat hampir dengan baginda.

Melalui penyebaran dan keberkatan rahsia inilah
Islam akan terus memerintah sehingga ke hari kiamat.

Friday, May 1, 2015

Sirrul Asror - Taubat 21. Tidak semua orang yang memilikinya


Tidak semua orang
yang memiliki ilmu
berada di dalam keadaan tersebut.

Mereka yang sampai ke situ
adalah yang lebih hampir kepada Rasulullah s.a.w
daripada anak-anak dan keluarga mereka sendiri
dan mereka adalah umpama
anak-anak kerohanian Rasulullah s.a.w
yang hubungannya lebih erat daripada hubungan darah.

Mereka adalah pewaris sebenar kepada Nabi s.a.w.
Anak yang sejati memiliki zat
dan rahsia bapanya
pada rupa zahirnya
dan juga pada batinnya.

Nabi s.a.w menjelaskan rahsia ini,
“Ilmu khusus adalah umpama khazanah rahsia yang hanya mereka yang mengenali Zat Allah boleh mendapatkannya. Namun bila rahsia itu dibukakan orang yang mempunyai kesedaran dan ikhlas tidak menafikannya”.

Friday, April 24, 2015

Sirrul Asror - Taubat 20. Wali-wali yang menjadi guru


Wali-wali
yang menjadi guru
yang memiliki kehampiran
yang serupa dengan
Nabi s.a.w dengan Tuhannya.

Amanah dan penjagaan
terhadap ilmu ketuhanan
yang serupa dianugerahkan kepada mereka.

Mereka merupakan
Pemegang
sebahagian daripada kenabian,
dan diri batin mereka
selamat di bawah penjagaan Rasulullah s.a.w.

Friday, April 17, 2015

Sirrul Asror - Taubat 19. Golongan yang memakai baju bulu


Dalam semua itu
mereka mengikut teladan
daripada pengikut-pengikut Rasulullah s.a.w
yang terkenal sebagai
‘golongan yang memakai baju bulu’ 
yang telah meninggalkan
semua aktiviti keduniaan
untuk berdiri di pintu Rasulullah s.a.w
dan berada hampir dengan baginda.

Mereka menyampaikan khabar
sebagaimana mereka menerimanya
secara langsung daripada mulut Rasulullah s.a.w.

Dalam kehampiran mereka
dengan Rasulullah s.a.w
mereka telah sampai
kepada peringkat
di mana mereka boleh bercakap
tentang rahsia israk dan mikraj Rasulullah s.a.w
sebelum baginda
membuka rahsia tersebut
kepada sahabat-sahabat baginda.