Showing posts with label Maulidur Rasul 2013M/1434h. Show all posts
Showing posts with label Maulidur Rasul 2013M/1434h. Show all posts

Monday, March 18, 2013

7. Jamuan makan malam - Maulidur Rasul 2013M/1434h

Jamuan makan malam disediakan selepas selesai ceramah dan solat isyak
 01. Jalan hakikat bukan kepalang,
Jalan disuluh semuanya terang,
Zahir ddan batin semuanya lapang,
Kerana Sir yang empunya pandang.
 02. Wahai saudaraku dengarlah tuan,
Yang sebenar hidup itu katanya Tuhan,
Kuntum yang tujuh di situlah tersimpan,
Itulah pakaian Wali 9.
 03. Kuatnya tubuh itulah nyawa,
Sekalian yang zahir takluk padanya,
Syurga yang tujuh dia yang punya,
Kepada kita menjadi rahsia.
04. Jalan hakikat sangat terpilih,
Hendaklah tahu asalnya benih,
Napi di dalam hati yang putih,
Makrifat kita baharulah jernih.

Monday, March 11, 2013

6. Ustaz Hamdan Yusi - Maulidur Rasul 2013M/1434h

Ceramah sempena Maulidur rasul disampaikan oleh penceramah jemputan khas Al fadhil Ustaz Hamdan Yusi b. Yusof.
 01. Wahai sekalian saudara-saudaraku,
Mengenal waktu biarlah tentu,
Jikalau tak kenal waktu itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.
 02. Waktu kita di alam roh
Berkata Allah pada nyawa,
Bukankan AKU Tuhanmu segala,
Betullah Tuhan itu katanya nyawa.
 03. Jadi olehmu mursyid yang utama,
Yang sebenar makrifah boleh dibawa,
Seperti badan dengannya nyawa,
Dunia akhiran bersama-sama.
04. Hakikat makrifat menyucikan badan,
Air Maal Hayat yang menjalankan,
Zikrullah yang diasyikkan,
kurangkan tidur ataupun makan.

Monday, March 4, 2013

5. Jamuan minum petang - Maulidur Rasul 2013M/1434h

Jamuan minum petang disediakan selepas selesai perarakan.
01. Guru yang mursyid hendaklah dicari,
Itulah ulamak mewarisi Nabi,
Jika di situ ia mengajari,
Di situlah tuan menyerah diri.

Monday, February 25, 2013

4. Perarakan - Maulidur Rasul 2013M/1434h

Perarakan Maulidur Rasul masjid An-Nur seramai hampir 350 bermula.
 01. Mengenal Tuhan tak boleh nyata,
Kerana tak boleh dipandang mata,
Hingga diri jua dicita,
Kenal olehmu sifatnya kita.
 02. Tatkala Adam dengan Hawa,
Dendam berahi antara keduanya,
Napi dan Isbat itulah Dia,
Kepada kita menjadi rahsia.
03. Cari guru mengenal diri,
Yang diamanat olehlah Nabi,
Jangan takut penat dan rugi,
Asalkan dapat ilmu sejati.

Monday, February 18, 2013

3. Ajk Hal Ehwal Wanita Masjid An-Nur - Maulidur Rasul 2013M/1434h

Ajk (HALWA) Hal Ehwal Wanita Masjid An-Nur bergambar sebelum perarakan maulidur rasul.
 01. Jangan binasa sifatmu tuan,
Tiada bertemu hamba dengan Tuhan,
Hakikat kita tinggal di jalan,
Segala amalan menjadi haiwan.
02. Jika begitu kalau kita tidak mengkaji,
Kepada Nabi mendapat keji,
Malaikat tidak membawa wahyu,
Allah tiada mungkirkan janji.

Monday, February 11, 2013

2. Gotong royong memasak - Maulidur Rasul 2013M/1434h

Biro Halwa (Hal Ehwal Wanita ) bergotong royong memasak untuk  makanan perarakan Maulidur Rasul dan Ceramah sempena Maulidur Rasul.
 01. Jalan hakikat sangat terbilang,
Tiada binasa urat dan tulang,
Daging dan darah tiada hilang,
Maka sifat itu dibawa pulang.
02. Jikalau sifat kita sudah binasa,
Kepada Nabi tiada berjumpa,
Segala amalan tiada tiba,
Tiada dapat syurga yang baqa'.

( lihat semua gambar sambutan Mauludur Rasul Masjid An-Nur Ketapang )

Sunday, February 3, 2013

1. Menyampaikan sumbangan - Maulidur Rasul 2013M/1434h

Aktiviti sebelah pagi Biro Kebajikan Masjid An-Nur menyampaikan sumbangan kepada ahli jemaah/kariah Masjid An-nur yg uzur.
 01. Pucuk paku di dalam perahu,
Perahunya datang dari seberang,
Carilah AKU di dalam AKU,
AKU ada di dalam terang...
 02. BISMILLAH itu mula disebut,
Rahman dan Rahim sifat mengikut,
Dunialah akhirat nyatalah luput,
Jalan hakikat pula diturut.
 03. Alhamdulillah pujinya Insan,
Robbil Alamin sifatnya Tuhan,
Selawat Nabi akhir zaman,
Muhammad Amin Abi Burahman.
04. Jalan yang takzim pula dikata,
Atas Nabi junjungan kita,
Sahabat empat nyatalah serta,
Tiada berhenti sekejap masa.

( lihat semua gambar sambutan Mauludur Rasul Masjid An-Nur Ketapang )