Showing posts with label Kami. Show all posts
Showing posts with label Kami. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

MOHON SUMBANGAN, TAJAAN DAN DERMA

Ahli Korporat, para dermawan dan orang perseorangan adalah dipelawa bersama menaja program berikut bagi tujuan ibadah dan dakwah untuk tahun 2013 - 2014. Bersama meningkatkan masyarakat Islam berilmu dan bertaqwa.
Semua bentuk sumbangan/tajaan/derma boleh dibuat secara terus kapada;

Masjid An-Nur Ketapang. 
26600 Pekan 
Pahang Darul Makmur

== == == == == == == == == == == == == == == ==
NAMA MASJID: 
MASJID AN-NUR KETAPANG
 == == == == == == == ==
NAMA BANK:
CIMB Cawangan Pekan
 == == == == == == == ==
NOMBOR AKAUN : 
0602 1453377 055
== == == == == == == == == == == == == == == ==

Untuk sebarang pertanyaan mengenai penajaan dan sumbangan sila hubungi :-

Pengerusi: Tuan Haji Abdul Halim Bin Abd Rahman
Hp:019 9887346

Setiausaha: Tuan. Haji. Isham Bin Hj Hamzah
Hp: 013 9895671


 Bendahari: Tuan. Haji. Hashim Bin Ujang
Hp: 017 9855297

Wang Sumbungan dan Tajaan akan digunakan untuk tujuan berikut:

1. ELAUN PETUGAS MASJID
Jawatan Bilangan Kosong Elaun (sebulan) Elaun (setahun)
Imam 1 1 RM1000 RM12,000
Bilal 1 1 RM800 RM9600
Siak 2 1 RM800 RM9600
Tukang Kebun 1 1 RM800 RM9600

2. BELANJA CERAMAH DAN KULIAH


Yuran/Hari Bulan Tahun
Isnin Kuliah Al - Quran. RM100 RM400 RM4800
Selasa Kuliah Fekah -Sumbangan JAKIM 0 0 0
Rabu Fardu Ain dan Hadis  RM100 RM400 RM4800
Khamis Membaca Yasin dan Tahlil RM200 RM800 RM9600
Jumaat Kuliah Tauhid.- Sumbangan MUIP 0 0 0
Sabtu Membaca Al Quran . RM100 RM400 RM4800
Ahad Membaca Al Quran / tajwid RM100 RM400 RM4800

Kuliah Subuh  RM100 RM400 RM4800

Ust. Jemputan Minggu pertama Awal Bulan RM500 RM500 RM500

Header baru Blog Masjid An-Nur Ketapang

Hari ini kami menukar headar Blog Masjid An0Nur Ketapang. 

Pertukaran ini sempena sambutan Maulidur Rasul 2013M/1434H . Melalui pertukaran ini juga Masjid An-Nur Ketapang merasakan perlu menjalankan tugas menyebarkan Cahaya Islam kepada penduduk yang tinggal di luar kawasan Kampung Ketapang Pekan. Kami tidak mahu menghadkan tugas menyebarkan Cahaya Islam ini kepada penduduk setempat sahaja. Bukan kata tugas kami di kawasan ini telah lengkap. Cuma kami merasakan perlukan juga peranan menyebarkan Cahaya Islam kepada penduduk Daerah Pekan, penduduk Negeri Pahang, penduduk Negara kita Malaysia dan penduduk Islam di seluruh dunia..

Kami berharap tujuan kami ini dapat disempurnakan melalu Blog Masjid An-Nur Kampung Ketapang ini. Melalui blog ini kami akan sampaikan apa yang kami lakukan di Masjid An-Nur Ketapang. Mungkin cara kami ini boleh diperbaiki menjadi lebih baik oleh penduduk di tempat lain. Atau kami boleh tunjukkan inilah cara kami di Masjid An-Nur Ketapang melakukannya.

Kami juga akan cuba sampaikan ilmu-ilmu yang disampaikan di Masjid An-Nur Ketapang untuk dikongsi dengan penduduk di seluruh dunia.

Dengan rahmat Allah swt, kami juga banyak menerima sumbangan dari penduduk sekitar Kampung Ketapang. Kami pergunakan sumbangan tersebut sebaik yang kami mampu bagi menjaga iman kami. 

Melalui blog Masjid An-Nur Ketapang ini kami juga ingin memberi peluang kepada penduduk di seluruh Pahang, seluruh Malaysia dan seluruh dunia supaya ada peluang untuk memberikan sumbangan/tajaan ikhlas mereka kepada program Masjid An-Nur Ketapang. Jika anda dan mereka semua digerakkan oleh Allah swt untuk memberi sumbangan/tajaan kepada Masjid An-Nur, kami bersyukur hanya kepada Allah swt.

Disini kami berdoa supaya Allah swt mengerakkan hati hamba-hambanya terpilih bagi menghulur derma kepada masjid An-nur Ketapang. Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Sumbangan/tajaan boleh disalurkan melalui akaun berikut:
CIMB CAW. PEKAN  NO. AKAUN : 0602 1453377 055
NAMA MASJID: MASJID AN-NUR KETAPANG

 01. Gambar header lama Blog Masjid An-Nur Ketapang Pekan Pahang Malaysia.
02. Gambar header baru Blog Masjid An-Nur Ketapang telah memasukkan logo Masjid An-Nur Ketapang dan loga Kerajaan Negeri Pahang.

LINKS:
2. limauais.com (duit-derma-siti-nurhaliza-untuk-masjid-di-tolak)

Monday, December 17, 2012

Piagam Masjid An Nur Kampung Ketapang

1.Berusaha memelihara masjid sebagai tempat suci lagi mulia dan lokasi tumpuan umat    islam serta memastikan masjid terhindar daripada perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat islam , enakmen dan arahan pentadbiran.

2.Berusaha menjadikan institusi masjid sebagai pusat ppenyatuan ummah dan bebas daripada sebarang perpecahan.

3.Berusaha menjadikan institusi masjid sebagai pusat pembangunan ummah daripada segi pendidikan, ekonomi, sosial dan kerohanian.

4.Berusaha untuk menjadikan institusi masjid lengkap dengan segala keperluan asas.

5.Berusaha membimbing bagi melahirkan ummah yang berilmu, beriman dan beramal serta menghayati ajaran islam yang sempurna.

6.Berusaha mewujudkan pusat informasi Islam

7.Berusaha membetulkan tanggapan atau paradigm ummah terhadap peranan sebenar masjid.

8.Berusaha dan bersedia mempertingkatkan tahap pentadbiran dan pengurusan masjid, menerima saranan dan cadangan serta menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan penuh amanah dan dedikasi.

9.Berusaha untuk melaksanakan tugas dan amanah sebagai pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dengan sebaik-baiknya.

Sunday, December 16, 2012

Misi, Visi dan Objektif

MISI
Menjadi sebuah institusi utama dan terpenting dalam memimpin, memandu dan membangunkan umat khususnya daripada aspek ibadah, keilmuan, social, kekeluargaan dan persaudaraan islam.

VISI
Ke arah membina kesedaran dan membentuk pemikiran masyarakat terhadap kepentingan dan peranan institusi masjijd di negeri Pahang darul makmur.

OBJEKTIF
1. Menjadikan masjid sebagai sebuah institusi paling gemilang untuk membangunkan ummah dalam aspek ibadah, muamalah dan ilmu pengetahuan.
2. Menjadikan masjid  sebagai lambing ketinggian tamadun ummah serta syiar Islam.

Saturday, December 15, 2012

Sejarah Masjid An-Nur Kampung Ketapang

Masjid An-Nur Kampung Ketapang dapat menampung lebih 1000 orang jemaah sekaligus dengan keselesaan yang maksimum disediakan.
gambar Masjid An-Nur Kampung Ketapang

Masjid An-Nur Kampung Ketapang ditadbir urus oleh seorang pengerusi berserta 15 orang ahli jawatankuasa yang dilantik termasuk seorang bendahari, dua orang imam, dua orang bilal berserta dua orang siak yang disumbangkan oleh jabatan agama islam melalui pejabat kadhi daerah dengan bayaran elaun bulanan.

Kesemua urusan penyelenggaraan dan pengendalian aktiviti harian Masjid An-Nur Kampung Ketapang dibuat dengan ikhsan orang ramai yang amat terhad melalui kutipan tabung yang disediakan dalam masjid.

Masjid ini diklasifikasikan antara masjid yang aktif dibandar ini dengan penyediaan kuliah maghrib berterusan setiap hari untuk para jemaah memahami ilmu tauhid, feqah dan al-quran. Melalui ustaz-ustaz yang bertauliah yang dilantik khas oleh pengurusan dan pentadbiran masjid ini.