Showing posts with label Program 2013. Show all posts
Showing posts with label Program 2013. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

Tadarus Ramadhan 1434H di Masjid An-Nur

Bagi mengimarahkan bulan ramadhan 1434H di masjid An-Nur para jemaah muslimin dan muslimat mengambil peluang bertadarus pada stiap malam dan diakhir ramadhan satu majlis Qatam Al-Quran telah diadakan.

Majlis diadakan bagi  meraikan semua jemaah yang telah berjaya Qatam Al-Quran  dan mengimarahkan masjid  setiap malam untuk bertadarus. Tuan Imam Tuan Haji Ibrahim telah mencadangkan Ahli jawatankuasa masjid  memberi cenderahati kepada setiap peserta.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).

Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.

 Sebahagian peserta tadarus pada majlis Qatam Al-Quran
 Peserta tadarus meneliti dan menghayati bacaan yang sedang di perdengarkan.
En Abd Rahman salah seorang Ahli jawatankuasa masjid memperdengarkan bacaan.
 Mohammad Ishaq Husna b. Isham antara peserta termuda yang bertadarus dan Qatam Al-Quran.
 Tn Haji Mohamad Nor Tim. Pengerusi masjid mengacarakan majlis
 Pegawai masjid iaitu Imam 1 Tn Hj Ibrahim dan Imam 2 Tn Hj Ismail turut hadir bersama  Pengerusi masjid bagi meraikan majlis.
 Antara peserta muslimat yang dapat hadir pada majlis tersebut.
 Peserta muslimin yang hadir untuk diraikan.
 Pengerusi masjid memberi cenderahati kepada Imam 2 Tn Hj Ismail
 Imam 1 Tn Hj Ibrahim b, Hj Hamzah turut diminta menyampaikan cenderahati kepada peserta muslimah.
 Cenderahati yang telah disediakan oleh jawatankuasa masjid kepada peserta Qatam A-Quran.
 Para peserta bergambar kenangan selesai majlis penyampaian cencerahati.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam setiap pertolongan dalam menjayakan program yang dianjurkan oleh pihak Masjid An-Nur dalam mendaulatkan agama semoga rahmat Allah s.w.t sentiasa bersama kita semua. 

Wednesday, October 23, 2013

SOLAT TERAWIH MASJID AN-NUR 2013M 1434H

Salam .... kepada pengunjung Blog MASJID AN-NUR

Alhamdulillah ibadah Solat tarawih di tahun  2013 bagi umat islam di kariah masjid An-Nur ini seperti tahun-tahun yang lepas sentiasa mendapat tempat di hati muslimin dan muslimat.Lihat bagaimana mereka semua memenuhi saf-saf masjid demi mencari keredhaan dan pahala yang berlipat kali ganda di bulan ramadhan al-mubarak ini.Pihak masjid amat berbangga dengan kahadiran jemaah yang datang mengambil peluang bersolat tarawih di sini malah mereka juga turut menyumbang kepada tabung-tabung masjid untuk menambah kewangan bagi mengimarahkan lagi ramadhan pada tahun ini.Pihak Ahli Jawatankuasa masjid amat berterima kasih kepada para jemaah yang hadir berjemaah di masjid kami dan kepada semua penyumbang kewangan samada dari Jabatan,Agensi,Korporat dan orang perseorangan  kepada tabung masjid bagi mengimarahkan ramadhan al-mubarak kami berdoa semoga mendapat limpahan rahmat dari Allah s.w.t jua.

Gambar 01
Tn Hj Ibrahim bin Hj Hamzah memimpin solat tarawih di masjid An-Nur


Gambar 02-03
Para jemaah kusyuk mengerjakan solat tarawih berjemaah


Gambar 04-05
Para jemaah beramai-ramai berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w usai solat  tarawih


Gambar 06
Anak-anak  juga turut mengikuti ibu bapa hadir untuk bersolat tarawih

Gambar 07-10
Para jemaah menikmati jumuan/moreh yang disediakan oleh Biro Halwa masjid selesai bersolat tarawih.




Gambar 11
Muslimat turut sama menikmati moreh yang disediakan.

Gambar 12-14
Diantara hidangan/moreh yang disediakan kepada jemaah pada setiap malam selesai bertarawih.



Teks dan gambaroleh Hj Isham

Friday, July 26, 2013

Ceramah Sempena Israk Mikraj 2013 (A)

Hebahan Pogram Israq Mikraj di Masjid An-Nur kepada orang ramai

Nama Program
Ceramah Sempena Israk Mikraj

Tarikh Diadakan
06/06/2013 ( Khamis ) Selepas Solat Maghrib

Tempat Diadakan
Masjid An-Nur Kg. ketapang Hilir

Penceramah
Al Fadhil Ust. Nor Hadi bin Sulaiman
Timbalan Khadi Daerah Pekan

Bilangan Jemaah 200 orang


Wednesday, July 17, 2013

GOTONG ROYONG BERSAMA BOMBA DAERAH PEKAN

Nama Program
Program Gotong Royong Bersama Kakitangan BOMBA daerah Pekan Sempena Hari BOMBA

Tarikh Diadakan
15/05/2013 ( Rabu ) 8.00 pagi - 12.00 tengahhari

Tempat Diadakan
Masjid An-Nur Kg. ketapang Hilir

Aktiviti Yang Diadakan
Gotong Royong membersih persekitaran dalam dan luar masjid An-Nur

Bilangan Peserta 80 orang

Seterusnya adalah gambar Ajk Biro Halwa masjid An-Nur bergotong royong menyediakan masakan laksa pahang untuk sajian para peserta gotong royong bersama Anggota Bomba daerah pekan.






Monday, July 15, 2013

Gotong Royong 15.5.2013

LAPORAN AKTIVITI  MEI 2013 MASJID AN-NUR KG. KETAPANG HILIR

Nama Program
Program Gotong Royong Bersama Kakitangan BOMBA daerah Pekan Sempena Hari BOMBA

Tarikh Diadakan
15/05/2013 ( Rabu ) 8.00 pagi - 12.00 tengahhari

Tempat Diadakan
Masjid An-Nur Kg. ketapang Hilir

Aktiviti Yang Diadakan
Gotong Royong membersih persekitaran dalam dan luar masjid An-Nur

Bilangan Peserta 80 orang

 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14