Labels
Ajk Masjid An Nur 2012-2014
(15)
Anda suka peranan masjid dikaitkan dengan apa?
(1)
Arwah
(1)
Belajar Mengaji
(1)
Berbuka Puasa 2013
(7)
BERSAMA KOLEJ KOMUNITI PEKAN
(5)
Biro 2012-2014
(6)
Ceramah
(1)
Gotong-royong
(3)
Israq Mikraj 2013
(7)
Kami
(5)
Keputusan Undian
(2)
Khatan Quraan
(1)
Korban
(1)
Kuliah
(1)
Links
(26)
Links Laman Pahang
(13)
Maulidur Rasul 2013M/1434h
(7)
Memperingati Allahyarham Tun Razak
(7)
Pageviews by Countries
(17)
Pantun
(1)
Pegawai Masjid An Nur
(6)
Pertandingan
(1)
Popular Posts
(9)
Program 2013
(5)
Program Bicara Ilmu Mukim Pekan 1
(2)
Promosi 2014
(2)
Promosi 2015
(1)
Rombongan Masjid Nenasi
(7)
Sajak
(2)
Siri Belajar Tajwid Al-Quran
(24)
Siri Belajar Tasawuf
(22)
Siri Sirrul Asror - Taubat
(33)
Surah
(1)
Tahlil
(1)
Tarawikh
(1)
Ulasan Buku Agama Islam
(7)
Showing posts with label Siri Sirrul Asror - Taubat. Show all posts
Showing posts with label Siri Sirrul Asror - Taubat. Show all posts
Friday, July 10, 2015
Sirrul Asror - Taubat 32. Peringkat terakhir semua ilmu
Ini merupakan kewajipan bagi kita.
Nabi s.a.w bersabda,
“Menuntut ilmu wajib bagi setiap orang Islam lelaki dan perempuan”.
Ilmu tersebut merupakan
peringkat terakhir semua ilmu,
itulah ilmu makrifat,
ilmu yang akan membimbing seseorang
kepada asalnya yang sebenar (hakikat).
Ilmu yang lain perlu
menurut sekadar mana keperluannya.
Allah menyukai mereka
yang meninggalkan
cita-cita dan angan-angan
kepada dunia, kemuliaan dan kebesarannya,
kerana kepentingan duniawi ini
menghalang seseorang kepada Allah.
“Katakanlah:
“Aku tidak meminta kepadamu upah atas (menyampaikan)nya, kecuali percintaan (kepadaku) lantaran kerabat”. (Surah Syura, ayat 23).
Ditafsirkan maksud perkataan
“apa yang hampir dengan kamu”
ialah datang hampir dengan kebenaran.
Friday, July 3, 2015
Sirrul Asror - Taubat 31. Itulah guru yang sebenar.
Ketahuilah
bahawa semua akan kembali kepada asal mereka.
Hati, zat, mesti dikejutkan;
jadikan ianya hidup
untuk mencari jalan kembali
kepada asalnya yang suci murni.
Ia mesti mendengar seruan.
Seseorang mesti mencari orang
yang orang
yang daripadanya
seruan itu muncul,
melaluinya zahir seruan.
Itulah guru yang sebenar.
Friday, June 26, 2015
Sirrul Asror - Taubat 30. Datangnya daripada Loh Terpelihara
Malah perkataan yang diucapkan
oleh manusia biasa
datangnya daripada Loh Terpelihara
menurut hukum Allah
terhadap segala perkara
daripada awal hingga akhir.
Loh itu disimpan pada alam tinggi
pada akal asbab
tetapi perkataan diucapkan
menurut makam seseorang.
Perkataan mereka
yang telah mencapai makam makrifat
adalah secara langsung daripada alam tersebut,
makam kehampiran dengan Allah.
Di sana tidak ada perantaraan.
Friday, June 19, 2015
Sirrul Asror - Taubat 29. Hikmah adalah harta yang hilang
Nabi s.a.w menasihatkan,
“Biasakan dirimu berada di dalam majlis orang-orang arif, taatlah kepada pemimpin kamu yang adil. Allah Yang Maha Tinggi menghidupkan hati dengan hikmah seperti Dia jadikan bumi yang mati hidup dengan tumbuh-tumbuhan dengan menurunkan hujan”.
Baginda s.a.w juga bersabda,
“Hikmah adalah harta yang hilang bagi orang yang beriman, dikutipnya di mana sahaja ditemuinya”.
Friday, June 12, 2015
Sirrul Asror - Taubat 27. Ilmu Makrifat
Jenis ketiga ialah ilmu
yang menyentuh kehidupan manusia
di dalam dunia.
Ia disebut sebagai ilmu agama (syariat)
yang menjadi sarang
kepada hikmah kebijaksanaan (makrifat).
Ia adalah ilmu yang diperuntukkan
kepada mereka yang menjadi
pemerintah manusia;
menjalankan keadilan
ke atas sesama manusia;
pentadbiran manusia
ke atas sesama manusia.
Friday, June 5, 2015
Sirrul Asror - Taubat 26. Seruan yang baik
Jenis kedua ialah ilmu zahir
yang disebut Quran sebagai
“seruan yang baik”.
Ia menjadi kulit
kepada hikmah kebijaksanaan rohani.
Mereka yang memilikinya
menyeru kepada kebaikan,
mengajar manusia berbuat baik
dan meninggalkan larangan-Nya.
Nabi s.a.w memuji mereka.
Orang yang berilmu menyeru
dengan lemah lembut dan baik hati,
sementara yang jahil menyeru
dengan kasar dan kemarahan.
Friday, May 29, 2015
Sirrul Asror - Taubat 25. Kekuatan semangat lelaki sejati mampu menggoncang gunung
Nabi s.a.w bersabda,
“Kekuatan semangat lelaki sejati mampu menggoncang gunung”.
Gunung di sini menunjukkan
keberatan hati sesetengah manusia.
Doa lelaki sejati
yang menjadi tentera kerohanian
dimakbulkan.
Bila mereka menciptakan
sesuatu ia berlaku,
bila mereka mahukan sesuatu hilang
maka ia pun hilang.
“Dia kurniakan hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Barangsiapa dikurniakan hikmah maka sesungguhnya dia telah diberi kebajikan yang banyak”. (Surah Baqarah, ayat 269).
Friday, May 22, 2015
Sirrul Asror - Taubat 25. Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana
Bahagian pertama ayat di atas
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana (hikmah)”,
Sesuai dengan makrifat, zat dan permulaan
kepada segala sesuatu,
pemiliknya mestilah
sebagaimana Nabi s.a.w beramal
Sesuai dengannya.
Ia hanya dikurniakan
kepada lelaki sejati yang berani,
tentera kerohanian
yang akan mempertahankan kedudukannya
dan menyelamatkan ilmu tersebut.
Friday, May 15, 2015
Sirrul Asror - Taubat 28. Seumpama sabut melindungi tempurung dan tempurung melindungi isi.
Bahagian terakhir ayat Quran yang di atas tadi
menceritakan tugas mereka
“dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik”.
Mereka ini menjadi kenyataan
kepada sifat Allah
“al-Qahhar” Yang Maha Keras.
Mereka berkewajipan menjaga peraturan
di kalangan manusia selaras dengan hukum Tuhan,
seumpama sabut melindungi tempurung
dan tempurung melindungi isi.
Sirrul Asror - Taubat 24. Tiga jenis ilmu yang menjurus kepada satu
Sebenarnya ada tiga makna
yang kelihatan sebagai
tiga jenis ilmu yang berbeza –
dilakukan secara berbeza,
tetapi menjurus kepada yang satu
Sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w.
Ilmu dibahagikan kepada tiga
yang tidak ada seorang manusia
boleh menanggung keseluruhan
beban ilmu itu
juga tidak berupaya mengamalkan
dengan sekaliannya.
Friday, May 8, 2015
Sirrul Asror - Taubat 23. Saidina Ali r.a. pintu kepada gedung ilmu
Pengetahuan batin tentang
yang tersembunyi
membawa seseorang
kepada rahsia tersebut.
Sains, kesenian dan kemahiran keduniaan
adalah umpama kerangka
kepada pengetahuan batin.
Mereka yang memiliki pengetahuan kerangka itu
bolehlah mengharapkan satu hari nanti
mereka diberi kesempatan
untuk memiliki apa yang di dalam kerangka.
Sebahagian daripada mereka yang berilmu
memiliki apa yang patut dimiliki
oleh seorang manusia secara umumnya
sementara sebahagian yang lain
menjadi ahli dan memelihara ilmu tersebut
daripada hilang.
Ada golongan yang menyeru
kepada Allah dengan nasihat yang baik.
Sebahagian daripada mereka
mengikuti sunnah Nabi s.a.w
dan dipimpin oleh Saidina Ali r.a.
yang menjadi pintu kepada gedung ilmu
yang melaluinya
masuklah mereka
yang menerima undangan dari Allah.
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan nasihat dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik”. (Surah Nahl, ayat 125).
Maksud dan perkataan mereka adalah sama.
Perbezaan pada zahirnya
hanyalah pada
perkara-perkara terperinci
dan cara pelaksanaannya.
Sirrul Asror - Taubat 22. rahsia di sebalik tiga ribu tabir hijab
Ilmu tersebut dimasukkan kepada
Nabi s.a.w pada malam
baginda s.a.w mikraj kepada Tuhannya.
Rahsia itu tersembunyi di dalam diri baginda
di sebalik tiga ribu tabir hijab.
Baginda s.a.w tidak membuka rahsianya
melainkan kepada sebahagian pengikut baginda
yang sangat hampir dengan baginda.
Melalui penyebaran dan keberkatan rahsia inilah
Islam akan terus memerintah sehingga ke hari kiamat.
Friday, May 1, 2015
Sirrul Asror - Taubat 21. Tidak semua orang yang memilikinya
Tidak semua orang
yang memiliki ilmu
berada di dalam keadaan tersebut.
Mereka yang sampai ke situ
adalah yang lebih hampir kepada Rasulullah s.a.w
daripada anak-anak dan keluarga mereka sendiri
dan mereka adalah umpama
anak-anak kerohanian Rasulullah s.a.w
yang hubungannya lebih erat daripada hubungan darah.
Mereka adalah pewaris sebenar kepada Nabi s.a.w.
Anak yang sejati memiliki zat
dan rahsia bapanya
pada rupa zahirnya
dan juga pada batinnya.
Nabi s.a.w menjelaskan rahsia ini,
“Ilmu khusus adalah umpama khazanah rahsia yang hanya mereka yang mengenali Zat Allah boleh mendapatkannya. Namun bila rahsia itu dibukakan orang yang mempunyai kesedaran dan ikhlas tidak menafikannya”.
Friday, April 24, 2015
Sirrul Asror - Taubat 20. Wali-wali yang menjadi guru
Wali-wali
yang menjadi guru
yang memiliki kehampiran
yang serupa dengan
Nabi s.a.w dengan Tuhannya.
Amanah dan penjagaan
terhadap ilmu ketuhanan
yang serupa dianugerahkan kepada mereka.
Mereka merupakan
Pemegang
sebahagian daripada kenabian,
dan diri batin mereka
selamat di bawah penjagaan Rasulullah s.a.w.
Friday, April 17, 2015
Sirrul Asror - Taubat 19. Golongan yang memakai baju bulu
Dalam semua itu
mereka mengikut teladan
daripada pengikut-pengikut Rasulullah s.a.w
yang terkenal sebagai
‘golongan yang memakai baju bulu’
yang telah meninggalkan
semua aktiviti keduniaan
untuk berdiri di pintu Rasulullah s.a.w
dan berada hampir dengan baginda.
Mereka menyampaikan khabar
sebagaimana mereka menerimanya
secara langsung daripada mulut Rasulullah s.a.w.
Dalam kehampiran mereka
dengan Rasulullah s.a.w
mereka telah sampai
kepada peringkat
di mana mereka boleh bercakap
tentang rahsia israk dan mikraj Rasulullah s.a.w
sebelum baginda
membuka rahsia tersebut
kepada sahabat-sahabat baginda.
Friday, April 10, 2015
Sirrul Asror - Taubat 18. Guru bukan Nabi.
Guru kerohanian
yang mengaku diri mereka merdeka,
menyamakan dirinya dengan nabi,
jatuh kepada kesesatan dan kekufuran.
Bila Nabi s.a.w mengatakan
sahabat-sahabat baginda yang arif
adalah umpama
nabi-nabi Bani Israil,
baginda memaksudkan lain daripada ini – kerana
nabi-nabi yang datang
selepas Musa a.s
semuanya mengikuti prinsip agama yang dibawa oleh Musa a.s.
Mereka tidak membawa peraturan baharu.
Mereka mengikuti undang-undang yang sama.
Mereka juga orang-orang arif
dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w
yang bertugas membimbing
sebahagian daripada orang-orang suci yang dipilih,
mengikuti kebijaksanaan Nabi s.a.w,
tetapi menyampaikan perintah dan larangan
dengan cara baharu yang berbeza,
terbuka dan jelas,
menunjukkan kepada murid-murid mereka
dengan perbuatan yang mereka kerjakan
pada masa dan keadaan yang berlainan.
Mereka memberi dorongan
kepada murid-murid mereka
dengan menunjukkan
kelebihan dan keindahan prinsip-prinsip agama.
Tujuan mereka ialah
membantu pengikut-pengikut mereka
menyucikan hati
yang menjadi tapak
untuk membina tugu makrifat.
Friday, April 3, 2015
Sirrul Asror - Taubat 16. Perlulah kepada guru yang matang
Bagi memperolehi suasana tersebut,
untuk membersihkan dan menyinarkan hati,
perlulah kepada guru yang matang,
yang di dalam keesaan dengan Allah,
yang disanjung dan dimuliakan oleh semua,
dahulu dan sekarang.
Guru berkenaan mestilah telah sampai
kepada makam kehampiran dengan Allah dan
dihantar balik ke alam rendah oleh Allah
untuk membimbing dan
menyempurnakan mereka yang layak
tetapi masih mempunyai kecacatan.
Friday, March 27, 2015
Sirrul Asror - Taubat 15. Tuhanku dengan cahaya Tuhanku
Di sini hanya kenyataan atau
penzahiran sifat-sifat suci-Nya
yang dapat disaksikan,
memancar ke atas cermin
yang bersih kepunyaan hati yang suci.
Saidina Umar r.a berkata,
“Hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya Tuhanku”.
Hati yang suci adalah cermin
di mana
keindahan,
kemuliaan dan
kesempurnaan Allah memancar.
Nama lain yang diberi kepada suasana ini ialah
pembukaan (kasyaf),
menyaksikan sifat-sifat Ilahi yang suci.
Friday, March 20, 2015
Sirrul Asror - Taubat 14. Berazam untuk kembali kepada-Nya
Taubat yang demikian
meninggalkan segala-galanya
kecuali Zat Allah,
dan berazam untuk
kembali kepada-Nya,
kembali kepada kehampiran-Nya
untuk melihat Wajah Ilahi.
Nabi s.a.w menjelaskan
taubat yang demikian dengan sabda baginda s.a.w,
“Ada sebahagian hamba-hamba Allah yang tulen yang tubuh mereka berada di sini tetapi hati mereka berada di sana, di bawah arasy”. Hati mereka berada pada langit kesembilan, di bawah arasy Allah kerana penyaksian suci terhadap Zat-Nya tidak mungkin berlaku pada alam bawah.
Friday, March 13, 2015
Sirrul Asror - Taubat 17. Antara wali. Rasul dan Nabi
Di dalam penurunan mereka
untuk melakukan tugas tersebut
wali-wali Allah mestilah berjalan
Sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w
dengan mengikuti teladan baginda s.a.w,
tetapi tugas mereka berlainan dengan tugas rasul.
Rasul diutuskan untuk menyelamatkan
orang ramai dan juga orang-orang yang beriman.
Guru-guru tadi pula tidak dihantar
untuk mengajar semua orang
tetapi hanyalah
sebilangan yang dipilih sahaja.
Rasul-rasul diberi kebebasan
dalam menjalankan tugas mereka,
sementara wali-wali yang mengambil tugas
sebagai guru
mesti
mengikuti jalan rasul-rasul dan nabi-nabi.
Subscribe to:
Posts (Atom)