Showing posts with label Gotong-royong. Show all posts
Showing posts with label Gotong-royong. Show all posts

Sunday, September 9, 2012

GOTONG ROYONG MASJID AN-NUR 9.9.12

 01. Masih banyakl tempat masih menggunakan pendekatan gotong-royong. Kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan kerjasama sesama ahli masyarakat setempat. Interaksi dan kerjasama akan terbina ketika bergotong-royong.
 02. Kalau dulu 'yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing'. Kita mahu cara dahulu tidak berubah 'yang berat kita pikul, yang ringan bagi kita jinjing'sama-sama. Masing masing tidak pentingkan diri. Materialistik dan Individualistik semakin terhakis dalam diri orang Islam. Kalau boleh kita nak berjaya sama-sama, orang lain sama penting denga diri kita.
 03. Apabila kawasan masjid tinggal kita sentiasa bersih dan indah, semua orang akan menyukai masjid An-Nur Ketapang. Ramai orang akan suka singgah. Sebagai seorang pengguna masjid, kami boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan masjid.
 04. Bak kata sambil menyelam minum air. Dengan cara mengaktifkan diri dalam amalan bergotong–royong, kita akan lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan mewujudlah masyarakat yang bekerjasama. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh .
05. Amalan gotong royong ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Semoga ianya berterusan di Masjid An-Nur Ketapang.

Links:
1. panitiabmskbt.blogspot.com (faedah-bergotong)
2. jangan-bukak.blogspot.com (gotong-royong-dan-konsep-win-win)
3. cikgutancl.blogspot.com (Kebaikan Bergotong-royong)

Sunday, July 15, 2012

GOTONG ROYONG Membersih Kubur 15.07.2012 AHAD

 01. Dari ‘Aisyah ra., "Aku tidak lihat Rasulullah saw. selepas solat melainkan baginda meminta perlindungan daripada azab kubur”. (HR Bukhari dan Muslim)
 02. Nabi Muhammad s.a.w melalui telah berjalan melalui dua buah kubur. Lalu Baginda bersabda:“Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian? Baginda menjawab dan bersabda: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering”. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 03. Golongan yang terlepas dari Azab Kubur
1. Bersuci daripada hadas (wuduk).
2. Syahid fi sabilillah.
3. Ribat fi Sabilillah.
4. Membaca surah al-Mulk
5. Mati disebabkan sakit perut.
6. Mati malam jumaat.
 04.DIngatlah bahawa balasan Allah swt atas hambanya yang melampaui batas ketika saat hidup di dunia fana ini, serta saat masuk ke barzah lagi telah ditunjukkannya buat manusia yang berfikir. Takutlah akan azab Allah swt. Azabnya sangat pedih. Allah Yang Maha Besar.
 05.Semua yang hidup tetap akan mati. Azab kubur yang dilalui oleh manusia di dalam kubur adalah berbeza berdasarkan amalan yang kita buat semasa hidup. Masih terdapat manusia yang tidak percaya tentang azab kubur. Al-Quran telah menjelaskan mengenai azab kubur melalui dalilnya. "Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka & Firaun bersama kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi & petang & pada hari terjadinya kiamat. (Dikatakan kepada malaikat):'Masukkanlah Firaun & kaumnya ke dalam azab yang sangat keras'. (Surah Ghafir : ayat 45-46)
 06.Menceritakan kisah azab kubur ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan arwah yang telah pergi, tetapi sebagai pengajaran untuk dikongsi bersama supaya menjadikan iktibar berdasarkan pengalaman dan cerita orang lain. Sentiasalah kita berdoa agar Allah mengampunkan dosa silam kita.
 07. Tuan Hj Abdul Halim b. Abdul Rahman. Ketua Kampung dan Pengerusi Masjid An-Nur Ketapang.
08. Tuan Hj. Ibrahim bin Hj Hamzah, Imam Satu Masjid An-nur Ketapang.

Link:
1. lenggangkangkung-my.blogspot.com (doa-lindung-azab-kubur)
2. irhafiz.wordpress.com (diringankan-azab-kubur)
3. suraukini.blogspot.com (golongan-yang-terlepas-dari-azab-kubur)
4. loveloveislam.com (golongan-yang-selmat-dari-azab-kubur)
5. penulissenja.com (subhanallah-kubur-wanita-yang-derhaka-berasap)
6. paidrompin.blogspot.com (azab-kubur)
7. helmdahl.blogspot.com (kisah-azab-kubur)

Sunday, May 13, 2012

GOTONG ROYONG MASJID AN-NUR 13.05.2012 (AHAD)

 01. Gotong Royong adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara bersama-sama dan bersifat suka rela agar kegiatan yang dikerjakan dapat berjalan dengan lancar, mudah dan ringan.
 02. SEMANGAT GOTONG ROYONG DAN AKTA 663
Gotong-royong menjadi sinonim dengan masyarakat Melayu dan semua warga Malaysia. Kita bergotong-royong untuk kenduri kahwin, membersih  masjid dan. Rasa tanggung jawab bahawa mereka adalah sebahagian dari masyarakat dan setiap ahli masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing merupakan di antara aset penting masyarakat sekitar Kampung Ketapang Pekan Pahang.
 03. Marilah kita sama-sama berdoa agar konsep gotong royong di masjid An-Nur Ketapang ini akan terus berjaya.
 04. Gotong-royong akan menjadikan kerja yang berat menjadi ringan dan kerja yang susah akan menjadi senang.
05. Bergotong-royong memupuk persahabatan dan ukhuwah serta akan bertindak sebagai jambatan masyarakat kepada jamaah yang sejahtera. Setiap ahli akan mengamalkan hidup seumpama aur dan tebing.
 06. Kerja bergotong-royong dapat menjimatkan wang kerana ianya adalah percuma dan kerja juga akan disiapkan di dalam masa yang pantas.
 07. Beringatlah, semangat gotong-royong ternyata kian luntur selaras dengan perubahan zaman.
 08. Keutamaan hari ini sudah berubah berbanding masa dahulu. Kepentingan berjiran tidak ada kerana kita tidak nampak kesan baik di depan mata, sebaliknya masyarakat lebih suka pada apa yang mereka nampak. Salah satu lagi sebabnya juga apabila ianya dikaitkan dengan masyarakat kini yang lebih bersifat individualistik dan materialistik.
09. Kita semua bertanggungjawab untuk menyuburkan balik tradisi Melayu dan budaya Islam ini. Semangat kekitaan ini perlu dipupuk di kalangan semua lapisan masyarakat dan hidup berjamaah tanpa mengira sama ada mereka tinggal di rumah teres, rumah banglo, di bandar atau di perkampungan, berjawatan tinggi atau pun kelas pertengahan.

Konsep kejiranan dan kekitaan ini, secara tidak langsung, semangat gotong-royong juga dapat dipupuk samada di kawasan perumahan kita dan juga di dalam amalan hidup secara berjamaah. Organisasi yang hebat, juga tampak sukar untuk berjaya mencapai misi dan visinya tanpa semangat gotong royong yang tinggi.

Links:
1. pajriblog.blogspot.com (pengertian-gotong-royong)
2. jmbtamansejahtera.blogspot.com (semangat-gotong-royong-dan-tanggung)
3. pdkinsani.blogspot.com (program-gotong-royong)
4. ismaaustralia.com (gotong-royong-di-ambang-kepupusan)
5. punang.com (konsep-gotong-royong)