Showing posts with label Links Laman Pahang. Show all posts
Showing posts with label Links Laman Pahang. Show all posts

Saturday, September 19, 2015

dua jenis kancil dan dua jenis rusa

sekarang ini,untuk beberapa tahun kebelakang telah ada dua jenis kancil dan dua jenis rusa. kedua-dua nya menggunakan nama yang sama tetapi berlainan fungsi dan kaedahnya. satunya;yang hidup didalam hutan dan boleh dimakan. satu lagi; yang diperbuat dari besi dan hanya hidup apabila dihidupkan tetapi tidak boleh dimakan. mana yang sedap dan mana yang lazat diantara kedua kancil dan juga rusa tersebut. begitu jugalah apabila mendengarkan bacaan ayat al-quran yang dikumandangkan atau di baca diperdengarkan di corong-corong pembesar suara masjid-masjid dan surau-surau. mana yang lebih afdal dan baik. yang datangnya dari suara tuan punya tubuh itu sendiri atau datangnya dari sajian rakaman. inilah yang perpatah melayu lama ada berkata "seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus". moden dan teknologi itu tidak salah, sebab teknologi sekarang tidaklah secanggih teknologi yang allah telah anugerahkan

Anonymous
on 3/20/15

Saturday, September 12, 2015

ANU SYIRWAN@(RAJA FARSI

dalam satu cerita berkenaan ANU SYIRWAN@(RAJA FARSI), dimana beliau mempunyai seorang guru yang mengajar ilmu adab kepadanya sehingga ia menjadi masyhur dalam ilmu itu.
pada suatu hari guru tersebut memukulnya dengan ketiadaan dosa (tiada kesalahan) lalu ia menyimpan marah didalam hatinya.

maka takala beliau menaiki tahta kerajaannya beliau berkata kepada gurunya, apakah yang membebankan engkau sehingga memukul aku pada hari sekian-sekian dengan kezaliman jua.
maka kata gurunya:'takala itu aku lihat engkau sangat menggemari ilmu dan aku harap engkau memiliki kerajaan selepas bapa engkau, maka aku kasihkan engkau, lalu aku rasakan kepada engkau kezaliman supaya engkau tidak berbuat zalim kepada seseorang. maka berkata anu syirwan:"elok,elok".

dari kitab (munyatul musolli/oleh,shekh daud abdullah al-fathoni)

Anonymous
on 3/19/15

Saturday, September 5, 2015

keampunan@belas kasihan@rahmat@rahim

perumpaannya kepada bidang pertanian. dalam pertanian ada pertanian itu sendiri.ada perikanan. ada penternakan. kalau kita mahu bercucuk tanam, kita perlu berjumpa pakar pertanian. kalau kita mahu menangkap ikan kita tanyakan orang yang pakar memancing atau menjala. kalau kita mahu haiwan ternakan kita gemuk sihat daging dan susunya kita rujuk kepada mereka yang mahir atau gembala haiwan ternakan. bergitulah dalam bidang fikah dan adat dan ilmu dan keturunan. tak menurun darjat seseorang tu yang mengotorkan kakinya mengharuk
bendang@sawah@paya disebabkan lumpur melekat di dikaki. darjat adam tidak gugur walaupun dia dikeluarkan dari surga ke bumi dunia. dia masih
digelar@panggil dengan gelaran
nabi adam @ bapa manusia @ khalifah pertama muka bumi.
tuan@puan tidak berasa malu ke kalau seorang nabi "nabi adam",
sendiri pun berjalan dimuka bumi sambil berdoa memohon
keampunan@belas kasihan@rahmat@rahim

Anonymous
on 3/19/15

Saturday, August 29, 2015

sebelum manusia di zahirkan

sebelum manusia di zahirkan ke dunia ini, manusia telah diambil janjinya oleh allah dan ianya telah di kisahkan oleh rasulullah saw. kerana tidak mahu manusia mendakwa yang mereka di hidupkan tanpa perdoman dan ilmu. dan apa bila manusia hendak dilahirkan, sekali lagi perjanjian diambil, sebab musabab manusia perlu dilahirkan hidup. memang perkara itu tidak diingati oleh manusia dan apa yang sampai apabila lahirnya manusia adalah tangisan. tuan@puan,,,

kita ini sama sahaja. tuan@puan dan kami ini mendapat ilmu yang sama.seperti mana nabi adam telahpun tahu kesemua nama-nama haiwan dan perkara lain sebelum dia di perintah kan keluar dari surga. perlulah belajar untuk mengigati akan ilmu yang telahpun ada tersimpan dalam otak melalui al-quran dan al-hadis. jawapannya ada dalam simpanan otak(otak itu seperti perpustakaan). perhatikan sistem diperpustakaan, apabila hendak mengambil buku, kena mencari dirak

Anonymous
on 3/18/15

Saturday, August 22, 2015

ibnul Muqaffa dalam kitab ad-durratul yatimah

alangkah indahnya apa yang diucapkan oleh ibnul Muqaffa dalam kitab ad-durratul yatimah bab 'kawan' mengenai kedudukan ini, katanya: jika kau lihat kawanmu bersama musuhmu, janganlah kau merasa marah terhadapnya, kerana ia ketika itu adalah salah satu dua orang:

1] andaikata ia seorang yang boleh dipercayai, niscaya ia merupakan sebaik-baik kawan yang boleh memberi faedah kepadamu disebabkan terdekatnya kepada musuhmu. jika ada bahaya yang dirancangkan oleh musuhmu dapat ia menghalangnya, jika ada keburukan dapat ia menutupnya, jika ada rahasia dapat ai memberitahumu. adapun kawan itu apalah yang bisa menguntungkan kamu, bila ia berkawan dengan hanya orang-orang kepercayaanmu saja?

2]andaikata ia seorang kawan yang tidak rapat denganmu, maka dengan apa jalan engkau hendak menahannya dari berkawan dengan orang ramai, atau engkau hendak memerintahnya supaya jangan berkawan atau menghampiri, melainkan

Laman Pahang
3/17/15

Saturday, August 15, 2015

kitab ihya''ulumuddin(imam ghazali) dalam al-quran


kitab ihya''ulumuddin(imam ghazali) dalam al-quran(dari surah dan ayat) dimaksudkan oleh para ulamak (baca dan semak)
surah ali-imran;ayat 104.
surah at-taubah;ayat71.
surah al-maidah;ayat78&79.
surah ali-imran;ayat 110.
surah al-a'raf;ayat 165.
surah al-maidah;ayat 2.
surah al-maidah;ayat63.
surah hud;ayat 116.
surah an-nisa; ayat 135.
surah an-nisa;ayat114.
surah al-hujurat;ayat 13.
surah taha;ayat44. hadis diriwayatkan oleh abu bakar as-siddiq r.a. dari rasulullah saw(dalam bab amar ma'ruf dan nahi munkar).

Laman Pahang
3/16/15

Friday, August 7, 2015

ambillah kesempatan kebolehan bicara itu dengan berdiam diri

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

kilaf @kias dibentang kembali dengan kebenaran@izin allah swt...
inshaallah...dengan nama allah yang maha pengasih maha mengasihani.

as-syafi'i ra berkata; ambillah kesempatan kebolehan bicara itu dengan berdiam diri dan carilah idea untuk menghuraikan sesuatu perkara dengan berfikir.

ketahuilah teras berfikir itu ialah ilmu pengetahuan, untuk mencukil makrifat yang tidak dapat dihasilkan melainkan dengan berfikir.

dan dialah [allah] juga yang menyebabkan berkembangnya ilmu pengetahuan dalam diri manusia dan menghasilkan kemakrifatan untuk berbagai faedah yang berguna.

kilaf@kias kepada fitnah yang berikut...

golongan yahudi akan terpecah kepada 72 golongan.
golongan nasrani akan terpecah kepada 72 golongan.
dan dari umat islam akan terpecah kepada 73 golongan,,,

perkara ini pun sampai kepada umat islam zaman ini.[diseluruh duia]
orang islam semakin menzalimi diri mereka sendiri. apabila fitnah melingkari diri mereka sendiri.[kerosakan[dibumi], adalah dari perbuatan tangan-tangan mereka sendiri].

fikirkan lah tuan@puan,,,untuk melepaskan bala yang bertimpa-timpa sekarang ini, rungkailah dan perbetulkan fitnah yang digenggang kukuh dalam diri tuan@puan sekalian.
cari dimana terletaknya fitnah@perkara yang dipersangka-sangkakan[cerita angin@berita tak berpasak] oleh tuan@puan sekalian.

fitnah dalam ilmunya.
fitnah dalam sejarahnya.
fitnah dalam fekahnya.
fitnah dalam adatnya.

jangan salahguna kelebihan@keistimewaan ilmu makrifat yang ada pada tuan@puan kepada @ untuk kepentingan diri dan golonhan tertentu semata-mata sahaja.
gunakan keistimewaan yang dimiliki dalam membantu dan membentuk umat islam kejalan yang sebenar yang seperti rasullullah lakukan.pada 1400 tahun yang lepas.

sumber:
bahtin-saridun

Thursday, January 9, 2014

Sajak: Haiwan Berbaris Di Langit

Sajak:
Haiwan Berbaris Di Langit
(oleh humairaadawiyah)

Aku terkejut dari tidur......
dah pukul berapa ni?

aku mengarah pandanganku ke sekeliling,
kelihatan kawan-kawan
masih dibuai tidur yang nyenyak.

Aku kembali memejamkan mata...
hmmm...
pasir,
sebenarnya aku di mana ?
Kawasan pasir yang rata, petang.

Aku mendongak ke atas,
buat pertama kalinya
aku melihat langit tinggi
yang begitu biru dan luas,
tanpa sedikitpun dihalang
oleh kepulan awan seperti selalu ...
hairan...

Aku mengalihkan sedikit pandangan
aku ke sudut yang lain...
Tiba-tiba
jantung aku tersentap
dengan ketakjuban,
apabila
kedua-dua belah mata ini melihat

awan-awan putih
berbentuk haiwan-haiwan
dalam saiz yang besar
berbaris ,
populasi yang sama di baris yang sama,
yang berada di barat
bertembung
dengan yang disebelah timur,

aku begitu asyik sekali
memerhatikan
dari utara ke selatan
dan akhir sekali
aku memalingkan pandanganku
ke kanan atau belakang
untuk melihat haiwan yang seterusnya ,
dan merupakan haiwan yang terakhir sekali
dan yang paling jelas sekali dalam ingatan aku

...ikan lumba-lumba...
dan ia tidak bertembung seperti yang lain.

Ada beberapa ekor,
awan itu membentuk salah satu darinya
dolphin yang menguak
seperti tersenyum kepada aku,
ia mengeluarkan bunyinya,
seolah-olah ia berkomunikasi
dengan diri aku,

posisinya menghadap kearah aku...
seperti ingin memberitahu aku
tentang sesuatu...

bunyinya besar
seperti haiwan purba,
bunyi ikan lumba-lumba,
ia menyapa ke telinga aku,
bunyi itu langsung tidak membingitkan,
ia amat tenteram dan tenang,
cara haiwan itu berbaris di langit

SUMBER;
sajak-haiwan-berbaris-di-langit

Saturday, June 29, 2013

Link: Keutamaan ilmu pengetahuan

Maksud dari ali imran:18;” Allah telah menyasikan bahawasanya tiada tuhan melainkan dia jua, begitu pula para malaikat dan para ahli ilmu pengetahuan turut menyasikan sama, iaitu tuhan yang berdiri diatas keadilan.”
Maksud dari az zumar:9;”katakanlah: tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pengetahuan.”
Diantara wasiat luqman al hakim terhadap anaknya ialah; wahai anakku,, pergaulilah para alim ulama dan rapatilah mereka dengan kedua lututmu, sebab allah swt menghidupkan hati dengan nur hikmat, sebagaimana dia menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit.
 
Keutamaan ilmu pengetahuan; Dari imam al ghazali [ihya ulumuddin]

Saturday, June 22, 2013

Link: Keutamaan belajar

Maksud dari at taubah122; “mengapa tidak ada sekelompok pun dari setiap golongan mereka itu, yang berangkat untuk menambah ilmu pengetahuan agama.”
Maksud dari an nahal:43;”maka tanyakanlah para ahli ilmu pengetahuan, kiranya kamu tiada mengerti.”
“menuntut ilmu itu adalah wajib diatas setiap orang muslim.”
Berkata fatah al maushili rahimahullah: bukankah sipersakit itu bila tidak diberi makan atau minum ubat, ia akan mati ,,, orang ramai menjawab: benar katamu,,, da dia berkata pula: demikian pulalah sifatnya hati, kiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari saja, akan matilah ia.
Berkata ibnu mas”ud r.a.: hendaklah kamu mencari ilmu pengetahuan sebelum ianya terangkat, dan terangkatyan ilmu pengatahuan itu dengan kematian ahli-ahlinya.

Saturday, June 15, 2013

Links: Keutamaan mengajar

Maksud dari At taubah:122.”hendakah mereka memberikan peringatan kepada kaumnya, apabila telah kembali kepada mereka nanti, moga-moga mereka berhati-hati.”
Maksud dari Al baqarah:146.”ada sebahagian dari mereka itu yang menyembunyikan kebenaran, sedang mereka itu mengetahui.”
Maksud dari al baqarah:283.” Barang siapa menyembunyikannya, maka berdosalah hatinya.”
“sesungguhnya allah swt. Dan para malaikatnya, begitu juga penghuni langit dan buminya, sehingga semut yang berada dilubangnya dan ikan yu dilautan, semuanya memuhon rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai.”

Saturday, June 8, 2013

Link: Berbahayanya menyendiri

Hadis dituturkan oleh ahmad dari ibnu umar bahawanya nabi saw melarang menyendiri:

“tidur sendiri dan bermusafir sendirian pula”.
(musnad,ll, halaman 91/kitab al-jihad/shahih al-bukhari,lv,halaman 80)

Dituturkan oleh al-bukhari dari ibnu umar, katanya berkata rasulullah saw:

”Kalau seandainya manusia ini tahu bagaimana berbahayanya menyendiri seperti apa yang aku ketahui, nescaya ia tidak akan mahu berjalan malam hari sendiri untuk selamanya”.(musnad,ll,halaman23,24,60,120/kitab al-adaboleh ibnu majah/sunan ibnu majah,11,halaman1239/sunan at-tarmidzi,111,halaman111)

Dituturkan oleh ahmad, dari abu hurairah, katanya:

“rasulullah saw, mengutuk kaum lelaki yang meniru wanita dan wanita yang meniru lelaki, serta lelaki yang hidup membujang yang berkata bahawa ia tidak akan  kahwin dan wanita yang melacur yang menyatakan tidak mahu kahwin pula. Juga baginda melaknat penunggang kenderaan jauh secara sendirian dan yang tidur di rumah sendirian pula”.

(musnad,ll,halaman 186/al-muwatbtba,ll halaman978/kitab al-isti”dzan)

Saturday, June 1, 2013

Link: Ilmu yang fardhu ain

Termasuk ilmu yang dikatakan fardhu ain itu, ialat ilmu pengetahuan yang bakal mengenal asas tauhid yang dengan nya pula dapat diketahui zat Allah dan sifat-sifatnya. 
Juga dengannya dapat dituntut cara-cara beribadah, perkara halal dan haram dalam agama  yang dibolehkan dan dilarang didalam urusan hidup seharian