Friday, April 10, 2015

Sirrul Asror - Taubat 18. Guru bukan Nabi.


Guru kerohanian
yang mengaku diri mereka merdeka,
menyamakan dirinya dengan nabi,
jatuh kepada kesesatan dan kekufuran.

Bila Nabi s.a.w mengatakan
sahabat-sahabat baginda yang arif
adalah umpama
nabi-nabi Bani Israil,
baginda memaksudkan lain daripada ini – kerana
nabi-nabi yang datang
selepas Musa a.s
semuanya mengikuti prinsip agama yang dibawa oleh Musa a.s.

Mereka tidak membawa peraturan baharu.
Mereka mengikuti undang-undang yang sama.
Mereka juga orang-orang arif
dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w
yang bertugas membimbing
sebahagian daripada orang-orang suci yang dipilih,
mengikuti kebijaksanaan Nabi s.a.w,
tetapi menyampaikan perintah dan larangan
dengan cara baharu yang berbeza,
terbuka dan jelas,
menunjukkan kepada murid-murid mereka
dengan perbuatan yang mereka kerjakan
pada masa dan keadaan yang berlainan.

Mereka memberi dorongan
kepada murid-murid mereka
dengan menunjukkan
kelebihan dan keindahan prinsip-prinsip agama.

Tujuan mereka ialah
membantu pengikut-pengikut mereka
menyucikan hati
yang menjadi tapak
untuk membina tugu makrifat.

Friday, April 3, 2015

Sirrul Asror - Taubat 16. Perlulah kepada guru yang matang


Bagi memperolehi suasana tersebut,
untuk membersihkan dan menyinarkan hati,
perlulah kepada guru yang matang,
yang di dalam keesaan dengan Allah,
yang disanjung dan dimuliakan oleh semua,
dahulu dan sekarang.

Guru berkenaan mestilah telah sampai
kepada makam kehampiran dengan Allah dan
dihantar balik ke alam rendah oleh Allah
untuk membimbing dan
menyempurnakan mereka yang layak
tetapi masih mempunyai kecacatan.

Friday, March 27, 2015

Sirrul Asror - Taubat 15. Tuhanku dengan cahaya Tuhanku


Di sini hanya kenyataan atau
penzahiran sifat-sifat suci-Nya
yang dapat disaksikan,
memancar ke atas cermin
yang bersih kepunyaan hati yang suci.

Saidina Umar r.a berkata,
“Hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya Tuhanku”.
Hati yang suci adalah cermin
di mana
keindahan,
kemuliaan dan
kesempurnaan Allah memancar.
Nama lain yang diberi kepada suasana ini ialah
pembukaan (kasyaf),
menyaksikan sifat-sifat Ilahi yang suci.

Friday, March 20, 2015

Sirrul Asror - Taubat 14. Berazam untuk kembali kepada-Nya


Taubat yang demikian
meninggalkan segala-galanya
kecuali Zat Allah,
dan berazam untuk
kembali kepada-Nya,
kembali kepada kehampiran-Nya
untuk melihat Wajah Ilahi.

Nabi s.a.w menjelaskan
taubat yang demikian dengan sabda baginda s.a.w,
“Ada sebahagian hamba-hamba Allah yang tulen yang tubuh mereka berada di sini tetapi hati mereka berada di sana, di bawah arasy”. Hati mereka berada pada langit kesembilan, di bawah arasy Allah kerana penyaksian suci terhadap Zat-Nya tidak mungkin berlaku pada alam bawah.

Friday, March 13, 2015

Sirrul Asror - Taubat 17. Antara wali. Rasul dan Nabi


Di dalam penurunan mereka
untuk melakukan tugas tersebut
wali-wali Allah mestilah berjalan
Sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w
dengan mengikuti teladan baginda s.a.w,
tetapi tugas mereka berlainan dengan tugas rasul.

Rasul diutuskan untuk menyelamatkan
orang ramai dan juga orang-orang yang beriman.

Guru-guru tadi pula tidak dihantar
untuk mengajar semua orang
tetapi hanyalah
sebilangan yang dipilih sahaja.

Rasul-rasul diberi kebebasan
dalam menjalankan tugas mereka,
sementara wali-wali yang mengambil tugas
sebagai guru
mesti
mengikuti jalan rasul-rasul dan nabi-nabi.

Sirrul Asror - Taubat 13. Mencabut kewujudan diri


Dia jadikan rasul-Nya
yang suci murni
sebagai teladan
tentang cara bertaubat – dengan
merayu kepada Allah
supaya menghilangkan ego seseorang,
sifat-sifatnya dan dirinya,
semuanya pada diri seseorang,
mencabut kewujudan diri seseorang.
Inilah taubat yang sebenarnya.

Friday, March 6, 2015

Sirrul Asror - Taubat 12. Kewujudan dirimu merupakan dosa


Perhatian orang awam
tertuju kepada dunia ini dan
kesenangan mereka adalah
merasai nikmat kebendaan dan
kewujudan kebendaannya.

Malah,
jika kewujudan kebendaan manusia
dan dunia merupakan satu kesilapan
begitu jugalah nikmat
dan kecacatan yang paling baik daripadanya.

Kata-kata yang diucapkan
oleh orang arif,
“Kewujudan dirimu merupakan dosa,
menyebabkan segala dosa menjadi kecil
jika dibandingkan dengannya”.

Orang arif selalu mengatakan
bahawa kebaikan yang dilakukan
oleh orang baik-baik
tidak mencapai kehampiran dengan Allah
tidak lebih daripada kesalahan
orang yang hampir dengan-Nya.

Jadi,
bagi mengajar kita memohon keampunan
terhadap kesalahan
yang tersembunyi
yang kita sangkakan kebaikan,
Nabi s.a.w yang tidak pernah berdosa
memohon keampunan
daripada Allah sebanyak
seratus kali sehari.

Allah Yang Maha Tinggi mengajarkan kepada rasul-Nya:
“Pintalah perlindungan bagi buah amal kamu dan bagi mukmin dan mukminat”. (Surah Muhamamd, ayat 19).