Thursday, January 9, 2014

Sajak: Haiwan Berbaris Di Langit

Sajak:
Haiwan Berbaris Di Langit
(oleh humairaadawiyah)

Aku terkejut dari tidur......
dah pukul berapa ni?

aku mengarah pandanganku ke sekeliling,
kelihatan kawan-kawan
masih dibuai tidur yang nyenyak.

Aku kembali memejamkan mata...
hmmm...
pasir,
sebenarnya aku di mana ?
Kawasan pasir yang rata, petang.

Aku mendongak ke atas,
buat pertama kalinya
aku melihat langit tinggi
yang begitu biru dan luas,
tanpa sedikitpun dihalang
oleh kepulan awan seperti selalu ...
hairan...

Aku mengalihkan sedikit pandangan
aku ke sudut yang lain...
Tiba-tiba
jantung aku tersentap
dengan ketakjuban,
apabila
kedua-dua belah mata ini melihat

awan-awan putih
berbentuk haiwan-haiwan
dalam saiz yang besar
berbaris ,
populasi yang sama di baris yang sama,
yang berada di barat
bertembung
dengan yang disebelah timur,

aku begitu asyik sekali
memerhatikan
dari utara ke selatan
dan akhir sekali
aku memalingkan pandanganku
ke kanan atau belakang
untuk melihat haiwan yang seterusnya ,
dan merupakan haiwan yang terakhir sekali
dan yang paling jelas sekali dalam ingatan aku

...ikan lumba-lumba...
dan ia tidak bertembung seperti yang lain.

Ada beberapa ekor,
awan itu membentuk salah satu darinya
dolphin yang menguak
seperti tersenyum kepada aku,
ia mengeluarkan bunyinya,
seolah-olah ia berkomunikasi
dengan diri aku,

posisinya menghadap kearah aku...
seperti ingin memberitahu aku
tentang sesuatu...

bunyinya besar
seperti haiwan purba,
bunyi ikan lumba-lumba,
ia menyapa ke telinga aku,
bunyi itu langsung tidak membingitkan,
ia amat tenteram dan tenang,
cara haiwan itu berbaris di langit

SUMBER;
sajak-haiwan-berbaris-di-langit

Sunday, January 5, 2014

Tadarus Ramadhan 1434H di Masjid An-Nur

Bagi mengimarahkan bulan ramadhan 1434H di masjid An-Nur para jemaah muslimin dan muslimat mengambil peluang bertadarus pada stiap malam dan diakhir ramadhan satu majlis Qatam Al-Quran telah diadakan.

Majlis diadakan bagi  meraikan semua jemaah yang telah berjaya Qatam Al-Quran  dan mengimarahkan masjid  setiap malam untuk bertadarus. Tuan Imam Tuan Haji Ibrahim telah mencadangkan Ahli jawatankuasa masjid  memberi cenderahati kepada setiap peserta.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).

Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.

 Sebahagian peserta tadarus pada majlis Qatam Al-Quran
 Peserta tadarus meneliti dan menghayati bacaan yang sedang di perdengarkan.
En Abd Rahman salah seorang Ahli jawatankuasa masjid memperdengarkan bacaan.
 Mohammad Ishaq Husna b. Isham antara peserta termuda yang bertadarus dan Qatam Al-Quran.
 Tn Haji Mohamad Nor Tim. Pengerusi masjid mengacarakan majlis
 Pegawai masjid iaitu Imam 1 Tn Hj Ibrahim dan Imam 2 Tn Hj Ismail turut hadir bersama  Pengerusi masjid bagi meraikan majlis.
 Antara peserta muslimat yang dapat hadir pada majlis tersebut.
 Peserta muslimin yang hadir untuk diraikan.
 Pengerusi masjid memberi cenderahati kepada Imam 2 Tn Hj Ismail
 Imam 1 Tn Hj Ibrahim b, Hj Hamzah turut diminta menyampaikan cenderahati kepada peserta muslimah.
 Cenderahati yang telah disediakan oleh jawatankuasa masjid kepada peserta Qatam A-Quran.
 Para peserta bergambar kenangan selesai majlis penyampaian cencerahati.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam setiap pertolongan dalam menjayakan program yang dianjurkan oleh pihak Masjid An-Nur dalam mendaulatkan agama semoga rahmat Allah s.w.t sentiasa bersama kita semua. 

Tuesday, December 31, 2013

Keputusan undian 2013 atas tajuk "Anda suka peranan masjid dikaitkan dengan apa? "

Keputusan undian 2013 atas tajuk "Anda suka peranan masjid dikaitkan dengan apa? "

hasil undian pada yang telah dijalankan sepanjang tahun 2013, pengunjung mahukan peranan masjid dikaitkan dengan Agama Islam dan Keluarga adalah pilihan yang paling popular. Berada di tempat kedua adalah pendidikan.

Keputusan undian ini boleh digunakan oleh AJK Masjid An-Nur Ketapang bagi membuat perancangan aktiviti masjid bagi tahun 2014.

1.Agama Islam   10 (90%)

2.Alam Sekitar  4 (36%)

3.Ekonomi  3 (27%)

4.Internet  2 (18%)

5.Keluarga  10 (90%)

6.Kerjaya  3 (27%)

7.Kesihatan  4 (36%)

8.Pendidikan  9 (81%)

9.Politik  3 (27%)

10.Sukan  3 (27%)

11.Teknologi  3 (27%)

12.Lain-lain  1

Thursday, December 26, 2013

Kayuh basikal boleh mengubah kehidupan kita

Hidup kita mesti ada rentak, tidak kira apa pun yang kita lakukan, kita mesti tahu di mana nak memecut dan bila harus memperlahankan rentak dan menyimpan tenaga macam mengayuh basikal.

Basikal racing  jenama Mazona Shimano Durace/Ultegra/105 dengan tayar tubless dan padel sarung/sangkar jenama Shimano 600 yang orang dan tak pakai. Menggunakan fork carbon fiber serta guna handel leper. Hub zipp emas dan tayar tubless. Mazona Shimano ini telah dijual.

Hobi mengayuh basikal ada falsafah yang boleh menjadi pegangan hidup kita. Rahsia ini tidak tercungkil jika kita tidak perasan bahawa mengayuh dan hidup ada persamaan. Untuk mengayuh basikal kita perlu mampu imbangkan badan. Untuk meneruskan hidup yang sempurna kita harus mampu imbangkan fokus kita. Untuk maju dalam kerjaya dan perniagaan kita harus mampu membuat keputusan yang seimbang. Untuk menjadi pemimpin juga kita perlu imbangkan perwatakan kita.

Mengayuh basikal mengajar kita supaya mengayuh dengan seimbang antara kaki kanan dan kaki kiri. Tangan juga perlu seimbang antara tangan kiri. Tetapi ada masanya kita akan mengurangkan pegangan tangan salah satu tangan. Kadang-kadang kita mampu mengayuh basikal dengan melepaskan kedua tangan.

Begitu juga dalam kehidupan. Cakap-cakap orang yang baik dan buruk kita harus mampu membuat tindakan yang seimbang. Jika kita condong sebelah pihak sahaja maka kita akan mengayuh dengan sebelah kaki sahaja. Ada juga yang mempunyai 'skill' untuk mengayuh sambil 'lepas tangan'. Jika, kita telah mempunyai bakat dan kemahiran dalam satu-satu keadaan kita mampu membuat keputusan secara 'lepas tangan' juga tetapi haluan hidup tetap lurus. Kita tidak tersungkur. Basikal tidak rosak dan kehidupan kita tidak rosak.

Mengayuh basikal juga perlua ada rentak. Ada masa kita kayuh santai ada masa ketika melintas lampu isyarat kita kena pecut lebih laju. Ada masa kita terpaksa mengayuh selaju-lajunya kerana telah ditinggal jauh oleh kawan atau dijekar anjing gila.

Begitu juga dengan kehidupan. Bukan semua keputusan dan tindakan kita perlu buat segera dan pantas. Ada keputusan perlu betul-betul cepat kalau tidak rugi. Ada pula keputusan kita perlu buat dengan perlahan dan tenang supaya tidak rugi puluh atau ratus ribu.

Basikal adalah sukan individu. Kita tidak perlukan 22 orang untuk memulakannya macam bola sepak. Kita juga tidak perlukan tempat khas untuk mengayuh macam main ping-pong. Kita boleh kayuh bila-bila kita selesa. tak boleh kayuh pagi, kayuh petang. Tak boleh petang kita kayuh malam. Kalau kita tak mampu nak kayuh belah malam (mungkin kita ada benda lain nak kayuh) kita boleh kayuh waktu subuh-subuh, terus ke surau.

BACA SELANKITNYA:
lamanbasikal.blogspot.com kayuh basikal boleh mengubah kehidupan

Thursday, December 19, 2013

Buku: Dahsyatnya Keajaiban Berbakti Kepada Ibu Bapa oleh Salafuddin Abu Sayyid

Buku: Dahsyatnya Keajaiban Berbakti Kepada Ibu Bapa oleh Salafuddin Abu Sayyid
Ulasan :
Sangat besar jasa yang telah diberikan oleh ibubapa terhadap anaknya. Pengorbanan mereka tidak akan mampu dibalas oleh apa pun bentuk balasan yang diberikan oleh seorang anak. Apatah lagi jasa seorang ibu, yang secara khusus mendapatkan penekanan daripada Rasulullah SAW, sebagaimana dalam riwayat Bukhari
  
“Sesungguhnya Allah mewasiatkan (memerintahkan) kepadamu agar berbakti kepada ibumu, ibumu, ibumu. Kemudian kepada ayahmu dan kemudian kepada kaum kerabat yang paling dekat dan yang lebih dekat”.

Judul : Dahsyatnya Keajaiban Berbakti Kepada Ibu Bapa
Pengarang : Salafuddin Abu Sayyid
Penerbit : SynergyMedia
Tahun Terbit : 2012
Harga : RM 17.50
Muka surat : 151
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

Sumber:
http://lamanperpustakaan.blogspot.com/2013/10/buku-dahsyatnya-keajaiban-berbakti.html

Thursday, December 12, 2013

Buku: Rahsia Menghafaz Surah Yasiin oleh Abdullah Abu Mustofa

Buku: Rahsia Menghafaz Surah Yasiin oleh Abdullah Abu Mustofa

Tajuk: Rahsia Menghafaz Surah Yasiin
Penulis: Abdullah Abu Mustofa
Penerbit:Pena Gemilang Sdn.Bhd
Harga: RM 12.900
Mukasurat: 120 ms

Menghafaz surah Ya-siin bukanlah satu perkara yang mustahil walaupun untuk orang awam seperti kebanyakkan kita.

Alangkah baiknya jika umat Islam yang telah mengamalkan pembacaan surah ini sejak sekian lama dapat menghafaznya supaya apabila mereka sudah tua, uzur dan tidak dpat melihat nanti, surah Yasiin dapat kekal menjadi peneman dan penyejuk hati.

Ulasan oleh:
FARIDAH JUSOH (PENYELIA ZON 1)

Thursday, December 5, 2013

Berbuka Puasa 2013 bersama YB Dato’ Sh Mohamed Puzi b. Sh Ali (05)

Majlis Berbuka puasa bersama YB Dato’ Sh Mohamed Puzi b. Sh Ali ADUN Peramu Jaya Pekan  dan penyampaian sumbangan sempena ramadhan al-mubarak telah diadakan di masjid An-Nur ketapang Hilir baru2 ini. Kami harap majlis ini dapat juga mengisi ruang aktiviti Bulam Puasa 2013,  agar setiap aktiviti masjid dapat disebarkan supaya menarik minat masyarakat untuk bersama mengimarahkan masjid2 kita dan mendaulatkan agama. Setiap kerjasama oleh mereka yang terlibat dalam aktiviti berbuka puasa moga hanya Allahlah yg dapat membalasnya semoga sentiasa dalam  rahmatnya. Terima Kasih semua.

Nama Program/Majlis
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YB DATO’ SH MOHAMED PUZI B. SH ALI ADUN PERAMU JAYA PEKAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

Tarikh Diadakan
27/07/2013 ( Sabtu ) 6.00 ptg – 8.00 mlm

Tempat Diadakan
Masjid An-Nur Kg. ketapang Hilir Pekan

Bilangan Kehadiran 300 orang

160 orang penerima sumbangan  terdiri dari kariah masjid An-Nur (Warga Emas,Ibu Tunggal,Anak yatim dan Orang Kurang Upaya OKU) selebihnya ahli jemaah masjid kg. Ketapang Hilir

 Gambar  12-16

YB Dato’ Sh Mohamed Puzi menyampaikan sumbangan kepada penerima yang terdiri dari warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya dan anak yatim.