Saturday, October 13, 2012

Pertandingan Azan Kanak-kanak di Masjid An-Nur Ketapang (13.10.2012)

 01. Pucuk paku di dalam perahu,
Perahunya datang dari seberang,
Carilah AKU di dalam AKU,
AKU ada di dalam terang... ..
 02. BISMILLAH itu mula disebut,
Rahman dan Rahim sifat mengikut,
Dunialah akhirat nyatalah luput,
Jalan hakikat pula diturut.
 03. Alhamdulillah pujinya Insan,
Robbil Alamin sifatnya Tuhan,
Selawat Nabi akhir zaman,
Muhammad Amin Abi Burahman.
 04. Jalan yang takzim pula dikata,
Atas Nabi junjungan kita,
Sahabat empat nyatalah serta,
Tiada berhenti sekejap masa.
 05. Jalan hakikat sangat terbilang,
Tiada binasa urat dan tulang,
Daging dan darah tiada hilang,
Maka sifat itu dibawa pulang.
 06. Jikalau sifat kita sudah binasa,
Kepada Nabi tiada berjumpa,
Segala amalan tiada tiba,
Tiada dapat syurga yang baqa'
 07. Jangan binasa sifatmu tuan,
Tiada bertemu hamba dengan Tuhan,
Hakikat kita tinggal di jalan,
Segala amalan menjadi haiwan.
 08. Jika begitu kalau kita tidak mengkaji,
Kepada Nabi mendapat keji,
Malaikat tidak membawa wahyu,
Allah tiada mungkirkan janji.
 09. Mengenal Tuhan tak boleh nyata,
Kerana tak boleh dipandang mata,
Hingga diri jua dicita,
Kenal olehmu sifatnya kita.
 10. Tatkala Adam dengan Hawa,
Dendam berahi antara keduanya,
Napi dan Isbat itulah Dia,
Kepada kita menjadi rahsia.
 11. Cari guru mengenal diri,
Yang diamanat olehlah Nabi,
Jangan takut penat dan rugi,
Asalkan dapat ilmu sejati.
 12. Guru yang mursyid hendaklah dicari,
Itulah ulamak mewarisi Nabi,
Jika di situ ia mengajari,
Di situlah tuan menyerah diri.
 13. Wahai sekalian saudara-saudaraku,
Mengenal waktu biarlah tentu,
Jikalau tak kenal waktu itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.
 14. Waktu kita di alam roh Berkata
Allah pada nyawa,
Bukankan AKu Tuhanmu segala,
Betullah Tuhan itu katanya nyawa.
 15. Jadi olehmu mursyid yang utama,
Yang sebenar makrifah boleh dibawa,
Seperti badan dengannya nyawa,
Dunia akhiran bersama-sama.
 16. Hakikat makrifat menyucikan badan,
Air Maal Hayat yang menjalankan,
Zikrullah yang diasyikkan,
kurangkan tidur ataupun makan.
 17. Jalan hakikat bukan kepalang,
Jalan disuluh semuanya terang,
Zahir dan batin semuanya lapang,
Kerana Sir yang empunya pandang.
 18. Wahai saudaraku dengarlah tuan,
Yang sebenar hidup itu katanya Tuhan,
Kuntum yang tujuh di situlah tersimpan,
Itulah pakaian Wali 9.
 19. Kuatnya tubuh itulah nyawa,
Sekalian yang zahir takluk padanya,
Syurga yang tujuh dia yang punya,
Kepada kita menjadi rahsia.
 20. Jalan hakikat sangat terpilih,
Hendaklah tahu asalnya benih,
Napi di dalam hati yang putih,
Makrifat kita baharulah jernih.
 21. Adapun sifat makni itu tiada bersekutu,
Sifat Allah namanya itu,
Tiada boleh bandingankan sesuatu,
Wujud Allah namanya itu.
 22. Tuntutlah ilmu walau di mana,
Amal dan ilmu tiada terhingga,
Amal tanpa ilmu diazab kita,
Di akhirat tiada berguna.
 23. Kejadian kita dari air yang lazat,
Cahayanya seperti kilat,
Tatkala asyik tiada ingat,
Baharulah ada junub dan janabat.
 24. Di wadi mani manikam,
Asalnya ia daripada kalam,
Dengan khudrat Tuhan Halikul Alam,
Yang menjadikan tubuh anak Adam.
 25. Jika begitu kita tidak mengkaji,
Kepada Nabi mendapat keji,
Malaikat tidak mendapat wahyu,
Allah tiada mungkirkan janji.
 26. Jika tarekat hendak dibawa,
Carikan guru akan petuanya,
Supaya kita jangan bertuhankan nyawa,
Hakikat kita tiada derhaka.
 27. Syarat rukunnya sudah diketahui,
Sah batalnya demikian lagi,
Amal diterima Tuhan Ilahi,
Syarat rukunya sudah diketahui.
 28. Siapa beramal dengan Jahalnya,
Tiada tahu sah batalnya,
Amal tiada diterima Tuhanya,
Di dalam neraka kekallah kita.
 29. Wahai segala saudara-saudaraku,
Mengenal Kaabah biarlah tentu,
Jikalau tak kenal Kaabah itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.
 30. Wahai saudara tua dan muda,
Fikirkanlah kamu sentiasa,
Janganlah seperti orang yang buta,
Tinggal ilmu mencari harta.
 31. Hidup tiada ingat akan mati,
Bersuka ria sepanjang hari,
Hanya harta dapatkan diri,
Tiga lapis kain kapan sahaja dia beri.
 32. Jalan hakikat bukannya kepalang,
Jalan disuluh semuanya terang,
Jikalau hati syak dan waham,
Cahaya yang terang menjadi kelam.
 33. Wahai sekalian saudara-saudaraku,
Jalan hakikat demikianlah itu,
Jikalau boleh pintalah selalu,
Jangan binasa sifatmu itu.
34. Hati yang mukmin suci dan ikhlas,
Laksana air di dalam gelas,
Cuci hatimu seperti kapas,
Makrifah kita baharulah jelas.

Syariat itu martabatnya tinggi,
Yang dipakai oleh Saidina Ali,
Barang siapa dapat asalnya jadi,
Yang bergantung tiada bertali.

Syariat, tarekat terlalu mulia,
Itulah pakaian Wali Ambia,
Barang siapa dapat asalnya,
Bolehlah membawa badan serta nyawa...

database1900.13.forumer.com (Pantun Bermakna )

Sunday, September 9, 2012

GOTONG ROYONG MASJID AN-NUR 9.9.12

 01. Masih banyakl tempat masih menggunakan pendekatan gotong-royong. Kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan kerjasama sesama ahli masyarakat setempat. Interaksi dan kerjasama akan terbina ketika bergotong-royong.
 02. Kalau dulu 'yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing'. Kita mahu cara dahulu tidak berubah 'yang berat kita pikul, yang ringan bagi kita jinjing'sama-sama. Masing masing tidak pentingkan diri. Materialistik dan Individualistik semakin terhakis dalam diri orang Islam. Kalau boleh kita nak berjaya sama-sama, orang lain sama penting denga diri kita.
 03. Apabila kawasan masjid tinggal kita sentiasa bersih dan indah, semua orang akan menyukai masjid An-Nur Ketapang. Ramai orang akan suka singgah. Sebagai seorang pengguna masjid, kami boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan masjid.
 04. Bak kata sambil menyelam minum air. Dengan cara mengaktifkan diri dalam amalan bergotong–royong, kita akan lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan mewujudlah masyarakat yang bekerjasama. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh .
05. Amalan gotong royong ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Semoga ianya berterusan di Masjid An-Nur Ketapang.

Links:
1. panitiabmskbt.blogspot.com (faedah-bergotong)
2. jangan-bukak.blogspot.com (gotong-royong-dan-konsep-win-win)
3. cikgutancl.blogspot.com (Kebaikan Bergotong-royong)

Friday, July 20, 2012

SOLAT TARAWIH BERSAMA Perdana Menteri (20.07.2012 JUMAAT)

 01. Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali bersama kita. Banyak ilmu yang perlu kita ulangkaji berkenaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan, agar kita dapat memperoleh manfaat dan ganjaran yang sepenuhnya pada bulan yang mulia ini. Abu Hurairah r.a. ada menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkannya pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759]
 02. Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya. Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.
 03. Ø£ُصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ التَّرَاوِÙŠْØ­ِ رَÙƒْعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ تَعَالَÙ‰
Niatnya: Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala.
 04.
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
 05.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
 06.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
 07.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
 08.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
 09.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
 10.
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
 11.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
 12.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
 13.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
 14.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
 15. 
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
16.YAB Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dilahirkan pada 23 Julai 1953. Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 bermula pada 3 April 2009. Juga sebagai Menteri Kewangan malaysia dan Ahli Parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, Dato’ Sri Haji Mohd Najib masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi selatan.

Rujukan:
1. abuanasmadani.com (Solat Terawih: Sejarah – Hukum – Kaifiat)
2. fromintankitchen.blogspot.com (panduan-solat-tarawih)
3. e-mosque.com.my (terawih.html)
4. missekaafiqah.blogspot.com (ganjaran-solat-terawih-berbeza)
5. addin77.blogspot.com (allahu-akhbar-lihat-keadaan-solat)
6. pmi.eng.usm.my (kelebihan-solat-terawih)
7. loveperak.blogspot.com (kelebihan-sembahyang-tarawih-malam)

Links:
1. 1malaysia.com.my (Tentang Najib Razak)
2. tuanlukme.blogspot.com (biodata-perdana-menteri-malaysia)
3. budakbenteng.blogspot.com (biodata-dato-sri-najib-pm-ke-6)
4. pmr.penerangan.gov.my (perdana-menteri-malaysia-keenam)
5. sejarah2u.blogspot.com (najib-perdana-menteri-keenam-malaysia)
6. neilandsyud.wordpress.com (yab-dato-sri-haji-mohd-najib-bin-tun-haji-abdul-razak)

Sunday, July 15, 2012

GOTONG ROYONG Membersih Kubur 15.07.2012 AHAD

 01. Dari ‘Aisyah ra., "Aku tidak lihat Rasulullah saw. selepas solat melainkan baginda meminta perlindungan daripada azab kubur”. (HR Bukhari dan Muslim)
 02. Nabi Muhammad s.a.w melalui telah berjalan melalui dua buah kubur. Lalu Baginda bersabda:“Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian? Baginda menjawab dan bersabda: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering”. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 03. Golongan yang terlepas dari Azab Kubur
1. Bersuci daripada hadas (wuduk).
2. Syahid fi sabilillah.
3. Ribat fi Sabilillah.
4. Membaca surah al-Mulk
5. Mati disebabkan sakit perut.
6. Mati malam jumaat.
 04.DIngatlah bahawa balasan Allah swt atas hambanya yang melampaui batas ketika saat hidup di dunia fana ini, serta saat masuk ke barzah lagi telah ditunjukkannya buat manusia yang berfikir. Takutlah akan azab Allah swt. Azabnya sangat pedih. Allah Yang Maha Besar.
 05.Semua yang hidup tetap akan mati. Azab kubur yang dilalui oleh manusia di dalam kubur adalah berbeza berdasarkan amalan yang kita buat semasa hidup. Masih terdapat manusia yang tidak percaya tentang azab kubur. Al-Quran telah menjelaskan mengenai azab kubur melalui dalilnya. "Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka & Firaun bersama kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi & petang & pada hari terjadinya kiamat. (Dikatakan kepada malaikat):'Masukkanlah Firaun & kaumnya ke dalam azab yang sangat keras'. (Surah Ghafir : ayat 45-46)
 06.Menceritakan kisah azab kubur ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan arwah yang telah pergi, tetapi sebagai pengajaran untuk dikongsi bersama supaya menjadikan iktibar berdasarkan pengalaman dan cerita orang lain. Sentiasalah kita berdoa agar Allah mengampunkan dosa silam kita.
 07. Tuan Hj Abdul Halim b. Abdul Rahman. Ketua Kampung dan Pengerusi Masjid An-Nur Ketapang.
08. Tuan Hj. Ibrahim bin Hj Hamzah, Imam Satu Masjid An-nur Ketapang.

Link:
1. lenggangkangkung-my.blogspot.com (doa-lindung-azab-kubur)
2. irhafiz.wordpress.com (diringankan-azab-kubur)
3. suraukini.blogspot.com (golongan-yang-terlepas-dari-azab-kubur)
4. loveloveislam.com (golongan-yang-selmat-dari-azab-kubur)
5. penulissenja.com (subhanallah-kubur-wanita-yang-derhaka-berasap)
6. paidrompin.blogspot.com (azab-kubur)
7. helmdahl.blogspot.com (kisah-azab-kubur)

Thursday, July 12, 2012

MAJLIS TAHLIL SEKAMPUNG & KHATAM AL QURAN 12.07.2012 KHAMIS

 01. Majlsi Tahlil Sekampung Masjid An-Nur Ketapang Pekan. Bersama kita mengimarahkan masjid kita.
 02. Dato Zamri B. Ramli sedang menikmati jamuan.
 03. Hayatilah ayat Allah SWT di dalam surah at-Taubah :“Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”.
 04. Firman ALLAH SWT dalam al-Quran yang bermaksudnya: “Masjid yang dibina atas dasar takwa yang terawal (binaannya) lebih layak untuk kamu berdiri di dalamnya untuk engkau melaksanakan solat.” (Surah At-Taubah : 108)
 05. Kita tidak mahu timbul masalah satu pihak seronok membina masjid, satu pihak lagi mengimarahkan masjid. Satu pihak mendapat sokongan daripada ahli masjid dan satu pihak tidak menyokong. Apabila sebut pasal masjid dan masuk ke dalam masjid kita sama-sama umat Islam, sujud kepada Allah yang ESA. Tidak mahu ada yang berlawan dan tidak bertegur sapa disebabkan perbezaan fahaman politik atau perselisihan peribadi.
06. Sama-sama kita berdoa.

Link:
1. abunuha.wordpress.com (mengimarahkan-masjid)
2. sinarharian.com.my (tanggungjawab-mengimarah-masjid)