Hadis dituturkan oleh ahmad dari ibnu umar bahawanya nabi saw melarang menyendiri:
“tidur sendiri dan bermusafir sendirian pula”.
(musnad,ll, halaman 91/kitab al-jihad/shahih al-bukhari,lv,halaman 80)
Dituturkan oleh al-bukhari dari ibnu umar, katanya berkata rasulullah saw:
”Kalau seandainya manusia ini tahu bagaimana berbahayanya menyendiri
seperti apa yang aku ketahui, nescaya ia tidak akan mahu berjalan malam
hari sendiri untuk selamanya”.(musnad,ll,halaman23,24,60,120/kitab al-adaboleh ibnu majah/sunan ibnu majah,11,halaman1239/sunan at-tarmidzi,111,halaman111)
Dituturkan oleh ahmad, dari abu hurairah, katanya:
“rasulullah saw, mengutuk kaum lelaki yang meniru wanita dan wanita yang
meniru lelaki, serta lelaki yang hidup membujang yang berkata bahawa ia
tidak akan kahwin dan wanita yang melacur yang menyatakan tidak mahu
kahwin pula. Juga baginda melaknat penunggang kenderaan jauh secara
sendirian dan yang tidur di rumah sendirian pula”.
(musnad,ll,halaman 186/al-muwatbtba,ll halaman978/kitab al-isti”dzan)
No comments:
Post a Comment